Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

29 March 2011

Hati ku berbunga riang

Hatiku berbunga riang apabila my beloved (anak yg berada di Taiping) menghubungi di awal pagi. Seronok sungguh bila dia mula bercerita mengenai exam yg baru dia hadapi semalam. Dia dalam perjalanan ke Basketball tournament di Taiping. Terpaksa menunda kertas fizik untuk menyertai tournament tersebut. Sekolah pun satu buat tournament time peperiksaan, pening jugak memikirkan pelik betul perjalanan sistem sekolah sekarang. Memanglah kokurilukum tu sebagai kredit tambahan bagi setiap pelajar sekolah, tapi bila menyertai perlawanan masa time peperiksaan tu rasa cam cuak lah jugak..Dalam gembira u ada juga risau nyer, ya lah.. keluar dari kawasan sekolah..berapa orang cikgu yang ada, makan macammana, Naik bas tu selamat ke tidak...Satu-satu persoalan dalam kepala timbul..Masa nilah teringat zaman kanak-kanak dulu, no wonder lah ayah memang tak bagi ikut rombongan sekolah ada saje alasannye sampai nangis-nangis bawah katil sebab tak dapat pergi rombongan..he he..kelakar jgk bila teringat zaman sekolah dulu.

Got to go, nak sambung buat proposal paper :)


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

17 March 2011

Time after time - My beloved

if you're lost you can look--and you will find me
time after time
if you fall I will catch you--I'll be waiting
time after time...

#cyndi lauper#

My 1st prince bersama my princess - Ain


Bukan nya teringat kan lagu ni cuma mengenangkan anak sulung yang semakin dewasa. He's not my little baby anymore. And time after time, he seem far away.. Maseh rindu dengan ciuman yg selalu di berikan olehnya walaupun sudah menjangkau umur 11 tahun, selalu aku mengelak bila dia ingin memberi ciuman, bukan tak suka..cuma bagi ku dia dah dewasa, aku jadi tak selesa, tapi ada sahabat berkata, masa dia tengah sayang kita , jangan kita tolak dia, sebab bila dah dah sedar dia dah dewasa, dia takkan memeluk dan mencium kita lagi..masa itu kita akan terasa...

Langkawi- Masa umur 5 tahun,

Dan itulah yg aku rasakan sekarang, kami semakin jauh, bukan sekadar tinggal berjauhan tapi hubungan kami terasa agak dingin, dia bukan lagi menjadi pendengar setia ku, dia bukan lagi tempat ku menumpang kasih bila aku memerlukan "shoulder to cry on"... Tiada perselisihan faham diantara kami, cuma dia telah mempunyai teman yg untuk dia bermain kasih, meluahkan perasaan hati dan berkongsi masalah. 

Bagi ku pula umurnya maseh muda untuk memulakan sesuatu hubungan "adam dan hawa", bila aku menyatakan kerisauan ku itu, dia hanya berkata "temannya itu hanya sekadar sumber inspirasi dan galakan dia untuk berjaya", sedih juga bila mendengar alasan beliau, apa taknya, aku bukan lagi pemberi semangat padanya, aku bukan lagi tempat dia bermanja dan aku bukan lagi tempat dia mencurahkan masalahnya..

Bersama "teman" merangkap sumber inspirasi katanya :p
Kalau dulu, tak kira sakit atau tidak, setiap minggu dia mesti menghubungi aku, untuk bercerita keadaan dia di asrama, bila pulang bercuti, kalau tak mengambil cuti untuk beriadah dgn dia tak sah..dia akan sentiasa berada di sisiku. bercerita, bergurau senda malah ada saje aktiviti untuk kami berdua ataupun sekeluarga..

Sesungguhnya aku benar merindui anak sulung ku itu. Bukanlah ia merupakan anak kesayangan, cuma dia permataku yang pertama. Terlalu banyak cabaran membesarkan dia. Pernah satu ketika aku hampir kehilangan dia apabila dia di masukkan ke wad kecemasan disebabkan virus denggi, darah putih telah menutupi sel darah merah nya, plat darahnya semakin menurun.. suara nya begitu lemah, matanya sukar untuk dibuka bila aku memanggil nama nya ketika itu, masa itu Allah saja yg maha mengetahui betapa lemah seluruh anggota ku, tiada apa yg kupinta hanyalah memohon kepadaNya agar tidak terlalu cepat mengambil dia dari aku.
Kini dia semakin meningkat remaja, 16 tahun but his still my little boy... still manja but its seem I hardly know him now.. WHY?? Cuti sekolah bukan lagi waktu untuk dia bergembira bersama kami tapi kerap menyendiri dan tidak lagi mahu bergurau senda dengan adik-adiknya.. Pantang di cuit, sekejap aje boleh mencetuskan fenomena yg kurang selesa di antara kami.. 


Cuti persekolahan pertama 2011
Apa yg kurasakan berlaku lagi..sedih sungguh.. Tapi bagaimanapun kali ini, dia seolah-olah mengerti akan apa yg aku rasa. Entahlah...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Journey in Chiness new Year

New Journey for my beloved son. MRSM Taiping here we come... Bermula kembali satu perjalanan bagi kami sekeluarga maupun anak lelaki sulungku. Nak buat macammana, tak diikut kan dia dah buat yg terbaik untuk diri dia dan keluarga. Tapi yg pasti aku tak ingin mel;ihat dia bersedih. Kebahagian anak-anak adalah kebahagian aku jua.

Ingatkan nak bertolak hari Ahad aje. tapi bila ajakan demi ajakan dari along sukar untuk ku tolak.. Memang aku suka sangat pergi melihat kampung orang mesti seronok. Tapi mengenangkan kenderaan kami yg agak come untuk memuatkan ke enam org kami yg bermacam-macam size ni... berfikir byk kali juga..Last sekali..I've to decide...(itu yg selalu berlakulah ;p)..
Bertolak juga kami ke Tronoh, Perak.
posing selepas breakfast

yang paling ku sayang (ibu dan ayah)
Singgah dulu di kawasan perumahan adik ipar along..(panggilan uda)..kami di jamu berbagai jenis makanan..semuanya nampak meyelerakan...mmm sebabkan nak maintain ayu..terpaksalah control nafsu nafsi yg dah berkobar-kobar tadi...

Pulang dari situ kami trus menuju ke Tronoh.. sampai hampir pukul 10 mlm. Rasa macam masuk kg batu 14 yg dulu aje.. Mesti best sebab dapat merasai kembali kenangan masa kecik-kecik dulu.

bergambar sebelum menghala ke destinasi masing-masing

Keesokan kami di jamu dengan berbagai jenis makanan lagi..riuh rendah  juga.. Terasa betul suasana kampung; alangkah seronoknya kalau kampung aku maseh seprti itu.. ;( Tp nak buat macammana kena ikut juga arus pembangunan cuma agak terkilan bila masing-masing ada yg putih mata bila ditawarkan dgn berpuluhan ribu untuk mwnyewakan tapak pertanian itu sebagai tempat kilang-kilang haram di kampung kami di sini.

Bergerak ke homestay Taman Jana Mulia... (lupa pulak nak ambil gambar homestay, tapi memang ok, cuma yg tak bestnya peralatan yg di beri agak kureng sikit...Ingatkan dapat homestay baru segalanya baru tapi separuh baru separuh trpakai... tapi alhamdulillah lah..pnyewanya jenis tak berkira, nak masuk (check in) awal pun tak pe, Nak keluar (check -out) lewat pun tak pe.. Itu yg best partnye.. Bilik utama ada air cond lagi. Ada 4 bilik kesemuanya..apa lagi kesukaan lah budak-budak tu...
Cuma satu jer yg tak gemar..AIR... airnya kurang kebesaran nya.. aku ni memang hantu air.. kalau mandi kalau air tak besar mmg lah tak puas.. apa lagi nak membuang hajat.. tapi itu boleh di improve kan...
Makan tengahari sebelum ricky ke MRSM Taiping
Asrama lelaki

MRSM taiping- Asrama lelaki

tak habis lagi nak cite..kalau senang nanti sambung







Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS