Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

21 April 2016

Aku ingin bahagia kerana Allah itu Maha Adil

Pernah tak kita terfikir kenapa sangat sukar untuk kita hidup tanpa sedetik pun terbit perasaan dihati, membandingkan hidup kita dengan orang lain? Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding.

In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be.

Orang bijak hanya membandingkan hidup mereka dengan diri mereka sendiri Hidup bukan pertandingan. Hidup adalah perjalanan.

We are all on a journey to find something, to become something, to learn, to create. 

Kekurangan itu adalah memadai or dalam bahasa pasarnya - OK ( tiada orang yang akan sempurna ) Satu gambar tidak menceritakan keseluruhan kisah Kebanyakkan kisah kejayaan yang kita baca tidak menceritakan kegagalan mereka (kecuali untuk menceritakan bagaimana mereka berjaya mengatasinya)
Kamu insan yang istimewa dipilih Allah Kita akan membandingkan keadaan dan situasi kita yang terburuk, dengan keadaan mereka yang terbaik. Dari sudut pandangan apa yang kita lihat dan apa yang kita anggap pada ketika itu. Kita hanya melihat pada kelebihannya sahaja tanpa kita menilai kekurangannya yang lain.

Kita tertipu. 

Sebenarnya, kebanyakkan perkara yang ditonjolkan orang kepada dunia luar adalah berbeza dengan realiti yang sebenarnya. Manusia cenderung untuk hanya menunjukkan kegembiraan, kehebatan dan kesempurnaannya sahaja.
Sebagai contoh, bila ada seseorang bertanya khabar kita, berapa kerapkah kita memberi respons dengan mengatakan menceritakan keadaan sebenar hidup mereka dgn kita unless jika mereka benar benar sahabat sejati kita yang faham akan kita dan sentiasa ada bersama ketika susah maupun senang.
But most of person yang kita jumpa akan sentiasa tersenyum sambil mengatakan “Alhamdulillah semuanya OK.” Jangan salahkan mereka...mereka bukan hipokrit tapi mereka sedang berusaha macam kita juga..cuba menerima sebaik mgkn dan menutup sebaik apa jua kekurangan walaupun dgn sehelai kain yang nipis

People are less likely to reveal their negative emotions than their positive emotions.

Kita sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya. Oleh itu, kena fokus untuk perjalanan hidup kita ini Setiap orang adalah berbeza. Walau saudara kembar sekali pun. Tidak akan sama.Perjalanan kita tiada kaitan dengan orang lain. Hanya kita yang menentukan apa yang kita mahu dan dimana kita mahu pergi. Kehidupan diri anda dimasa kini dan kehidupan diri anda dimasa dahulu. Siapa diri kita sekarang adalah hasil daripada keputusan yang kita buat semalam. Kita sentiasa dalam proses perubahan. Sentiasa belajar menjadi matang. Kerana kehidupan kita akan sentiasa Mungkin kita boleh tuliskan dalam diari apa yang telah kita belajar dan apa masalah yang telah berjaya kita atasi. – boleh menjadi rujukan berguna pada suatu masa nanti.

Learn from your mistakes and try again. Remember that it’s not over when you lose, it’s over when you quit. 

Kena kembangkan nilai dalaman seperti suka memberi senyuman, bersedekah dan menyebarkan kebaikan disekeliling kita. Jadilah jiwa yang suka mengambil pelajaran dari kehidupan. Kita semua tidak perasan adalah kita semua hidup didalam masyarakat yang gilakan kesempurnaan dan glamour, membuatkan kita terikut-ikut tanpa sedar.Salah satu kekurangan yang ada pada diri ini.Astafirrullah Al Adzhim... (sesungguhnya hamba Mu ini sentiasa lalai) Kita membaca majalah. Kita menonton drama. Laman sosial menjadi teman baik kita.. Satu perkara penting yang harus kita hadam supaya tidak terjatuh dalam perangkap membandingkan hidup adalah:
Tiada yang akan sempurna sampai bila-bila. Belajar menerimanya. Memang kita perlu sentiasa improve tetapi jangan berharap untuk menjadi sempurna. Membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain adalah satu kebodohan. Tetapi mencari inspirasidan belajar dari kisah kehidupan orang lain adalah satu kebijaksanaan. Aku harus tenang dan kena sentiasa tersenyum. Setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri yang telah Allah lakarkan indah diatas pentas kehidupan. Pasti semuanya bersesuaian dengan kehidupan kita. Cuma kita terlalu naïf dan lemah untuk menilai dengan sebaik-sebaik penilaian terhadap semua takdir kita.

“Janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang orang yang beriman”. [ surah ali-imran ayat 139 ] 

Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan.
Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.

Allah itu Maha Adil.
 Kita semua istimewa dipandanganNya.
 Jika kita mulia dimata manusia lebih mulia lagi disisi Allah (something to ponder.. bagaimana kita ingin dilihat mulia di mata masyarakat?)...

Dan yang paling pasti...aku ingin bahagia dengan jalan yang bakal aku pilih di umur yg akan menjengah setengah abad ini.

Selamat jalan masa lalu.. I must be strong with the path that I've choose... Insya Allah...

Janji Allah itu pasti...semuga aku kuat untuk menghadapi kehidupan yang baru ini...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

15 April 2016

2015 - Sepanjang jalan kenangan bersama G68

Part 1
Assalamu'alaikum, 

Bertemu semula kawan kawan ini dari Sekolah Rendah Kebangsaan Puchong sehingga Sekolah Menengah Puchong sebelum berhijrah ke Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Ampangan Seremban.
Tidak disangka dengan satu informal invitation ke dalam group G68 telah menemukan kami semua..walaupun sekadar mencapai 89 orang kesemuanya.

Kalau dulu..kami masing masing mempunyai kumpulan kecil yg tersendiri... tidak mengenali lebih rapat.. walaupun selalu berjumpa dan berselisih bahu.. Ada kumpulan pandai, ada kumpulan "hot baby', kumpulan gila gila..dan ada yg sentiasa bersama BFF sepanjang masa... . Pergaulan dengan guys jangan cakap la..budak budak lagi kan..kalau tak bergaduh.., mmg tak bercakap la...
Mgkn bila dah form 3 baru la mula berbual..tapi tupun maseh pilih lagi.

Macam kita ni yang sentiasa dgn BFF kehulu kehilir macam kembar tak seiras mmg jarang lah nak bergaul dgn yg lain..setakat dalam kelas saje la... and dalam kelas pun berkawan dgn budak budak cina.. berboyfriend pun dgn budak cina...ha ha... macamlah kurang sangat budak melayu masa tu kan...


Ini lah BFF Juliana namanya... famous kat sekolah sebb dia lawa... sekrg dia dah jadi ibu pada 7 orang anak.. bawah ni gambar terbaru
Dari sebelah kiri Fazidah, Zuraidah, Juliana (my BFF) and Nasruaspah
Masing dah jadi ibu, mama, mummy yg anggun..dan jelita... masa sekolah tak pandai lagi melaram kan...
Ok..tk perlu banyak berbicara... kita berbicara jelajah gambar gambar lama dulu ye


Form 4 ( From standing from left Justry, Zaidi, Zainuddin, Zaifol, not recognised,  Below, Shahar and also not recognised)

Gambar yang agak kabur sampai susah mengenali muka masing masing
Semasa kami dalam darjah 6, dari kiri kita la, rosina, halina, junior1, junior 2, sarimah, noriza, belakang kita, aspa, arbiah and zaridah... ada dihujung sana mahitawana
Atas sebelah kiri, Panee, zaifol,shahar, azmi, hazri effendy,norazlan,zuhaidi,shahrol,zaidi,sabaruddin, azhar
Barisan perempuan yg berdiri dari sebelah kiri Anida,Arbiah,Mahita, Zaridah,Siti Zunika,Aspa,Noraini,Halina, Patma
Duduk sebaris dgn cikgu dari sebelah kiri Ajit,Roslin CIkgu Dollah, Ustaz Md. Nor, (Me-Rozi), Noriza
Baris bawah sekali dari bawah (din, Lee, Mustapha,Fadil, Anuar, Rosina,Alina, Aini dan Rozaidi)

Most of the girls muka tk banyak berubah dari dulu dan sekarang.. Too bad gambar sekolah menengah zie tak banyak simpan..nanti cuba cari dengan kawan kawan and kita share.
But to tell you the truth..dulu masa sekolah mmg tak ramai kawan pun.. especially dengan budak lelaki, DI sekolah la..tapi kat rumah kawan dgn jiran jiran yg semua terdiri dari budak lelaki. Main bola sepak bagai..tu yg kulit jadi sawa matang :)

Masa di sekolah menengah..sebelum berhijarah ke sekolah teknik, kenangan yg maseh ingat...banyak join acara persembahan...la..sebab suka menari..ntah kenapa..suka sangat menari...tapi tarian tradisional yer..bukan yg gila gila remaja tu. Yang tu serah pada geng hot stuff tadi...sampai depa kena rotan dgn ustaz Zul...(aruah dah Ustaz tu)...

Boleh sambung lagi nanti yer... nak kena hafal hukum tajwid ni..besok kena soal... tulah dah tua tua baru nak belajar tajwid..dulu main langgar jer.. nak refreshkan semula... semua dah tak ingat tunggang langgang...

Kita sambung bahagian ke 2 pulak nanti yer



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

05 April 2016

Spring cleaning 2016

Assamualaikum, pada umat Nabi Muhammad yg menziarah blog ini. Dah lama tidak menjengah... rasanya dah bertahun juga... Isyallah akan mula meneruskan catatan perjalanan yg maseh bersisa di bumi Allah ini. Kita mulakan dengan Bismillah dan belanja satu gambar yea

Nanti kita sambung lagi yea

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 March 2015

Tazkirah hari Jumaat :TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Mulakan pagi ini dengan blogwalking..sebab merindui anak yg berada di perantauan..
Meh kita baca..tadi dah mengalir airmata dah...
Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa.
Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya. Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.
Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

26 February 2015

Muncul kembali

Assalamualaikum... hmm ingatkan nak genapkan setahun tak menjengah rumah yg dah pernuh sarang ni...tapi rasanya nak mula kembali..rasanya lagi seronok mengupdate dan berkata-kata kata di rumaha sendiri dari meng-update status di FB.

Banyak sangat rasanya nak bercerita..tapi terus terang katakan kembali nya diruangan ini bila membaca ruangan adik ataupun boleh jadi pangkat anak pun ia juga... Blog ataupun ruangan dia memang memberi keinsafan juga pada diri.. kerana sebagai umat Allah yg terdiri dari anak cucu Adam ini bagaimana kuatnya kita makin kuat juga cabaran yg akan kita hadapi.

Mesti ramai yg tak faham apa yg nak di bebel ni kan.

Yang semestinya biarlah diri sendiri yang memahami...

Rasa nak tukar appearance blog ni pun ada..tapi nanti lambat la pulak...byk bende nak bega..kan.

Apa-apa pun selamat bersua kembali di alam maya ini...Nantikan omelan saya yg adakalanya yg tak masuk di akal...al maklumlah ibu beranak 4 ni... macam macam nak cerita,,kan

Jumpa lagi



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 May 2014

After 1 year and 1 month with SCOMI Rail

Tajuk macam nak ada "sesuatu" kan... Ye la sgt..walaupun mmg ada..tapi belum boleh cite lagi..cuma nak share gambar jer sebenarnya. he he ...

Hari tu ingat tak sibuk mencari baju nak gi dinner...di SCOMI.. Dah kira dah basi dah tu sebenarnya..tapi baru bulan lepas pihak admin upload gambar dalam Vengoplus.. al-maklum lah..nak dpt gambar dai photographer tak bertauliah.. bukannya senang.. mesti lah mereka nak ambil gambar mereka sendiri dari gambar makcik yg dah hampir suku abad ni kan..(xper mengaku..sedar diri sikit :) )...
Ini gambar dari photographer bertauliah... so boleh lah cuci-cuci mata yg tgh mengantuk tu kan..ala mengaku jer.. kalau tak mengantuk jgn haraplah nak berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog kan...ha ha...sama la kiter...

Cite panjang lah pulak yer...
ok..let start!!


Our Vice President 
Haa..mesti ada yg kenal kan...tak yah mention nama lar..nanti ada org google nama dia..terus termasuk dalam blog ni kang..naya..beb..

Geng dari NKLF Rawang- menyendiri..ok kat hujung jer...malu malu
Jejaka-jejaka handsome SCOMI NKLF- Rawang

Candid from the tOP
Mencari kawan sebab segan nak masuk..

Jejaka dan aweks dari Rawang
Cik Puan kita bersama best dresses of the night- yg kat tengah tu..
Persembahan opening dari BOSSES..kena menari youuu






Itu jer..yang nak share...selebihnyer..mmg tak de gambar pun.. he he
Nanti kalau ada yg terselit kita tambah yer... :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 April 2014

Pemeriksaan MRI

Assalamualaikum,

ha tentu ramai yg tertanya tanya kenapa la tajuk pendek tapi mcam tahu je makna or maseh berteka teki? Tu lah dahlah jarang update blog, sekali masuk..cite ni, sekali lagi masuk cite tu..byk kali masuk..tak de cite baru langsung..ha ha..
Okaylah..cam gini sebenarnya.. pada hari rabu bersamaan seminggu yg lps..rasanya la..lupa sikit, tangan ni lepas tolong kawan angkat barang kat rumah supplier dier, tiba-tiba jadi lenguh semacam..macam salah urat pun ada..lenguh yg kadang-kadang rasa perit..tapi sebab biasa lenguh sana sini kat badan ni..so kira buat macam biasa jer la...tapi bila dah masuk hari jumaat dia bertambah sakit..dah rasa macam kebas-kebas pun ada..sakit dia dah rasa macam sampai ke telinga..pernah tak ada rasa macam tu?...okaylah sambung cite lagi

UITM-Shah Alam - Kelang _ Puchong
Hari Sabtu ke esokkan harinya...masa ni lah dah rasa sakit yg teramat sgt, ingatkan sebab salah tido ajer... tapi kuatkan semangat gak, bila tgk dapur kat belakang tu..mak oi...teramatlah "bersih"nyer... nak nangis pun tak guna...bersihkan ajerlah walaupun tangan sakit..layan kan jgk... sampai suami tegur "eh pukul berapa nak pergi nih?"- Terlupa hari tu dah janji dgn anak yg sulung..dia habis dah foundation dia kat uitm tu..dah kena angkut semua barang dari asrama...lepas tu nak pergi jemputan kenduri la pulak... heh panjang plak cite ek?
Balik dari semua tu...tangan mmg dah sakit sgt dah, geram pun ada..yelah tangan yg biasa kita gunakan untuk makan dsbg..dah kurang functionnyer... bayangkan...sbb tak tahan sakit... bawak tido jer...

Puchong-UM KL- Taman Berkely, Klang
Sebab dah janji dgn anak yg ke dua (baru dapat result SPM), pergilah teman dier gi UM, dapat offer biasiswa dan penempatan di Kolej apa tah di Melaka.."kalau ikut mmg tak nak pergi sbb ada taklimat bagai..rasa mcam tak percaya pun ada, cuma..ikutkan ajer lah.. eh..jap jap...dah melalut rasanye nih...
Ini kita cite dalam tajuk lain la yer...

Ok...berbalik dari rasa sakit tadi... selepas saje balik dari kenduri di Klang, terus menuju ke Klinik di Shah Alam..sbb fikir tmpt tu ada x-ray lah konon kan... Bila masuk sajer..sbb sebelum tu ada patient dah terlalu lama sampai 45 minute dalam bilik doktor...(tak tahu dia check apa-satu badan mungkin)..doktor pun dah macam kelihatan, so dah boleh bayangkan lah kan..doktor hari Ahad, nak balik pulak tu..lebih 1.30 dah tu.., kita yg kesakitan tadi cerita masalah dari A sampai Z pasal sakit tangan kanan tu..tapi dia tekan tmpt setiap sendi kite tu...dan dia diagnose..(cewah ayat)... ini sakit urat ni..tk pelah saya kasi pain killer dgn ubat urat dan krim panas... tu jer..."habis doktor..tak de cara lain..saya nak pakai tudung pun anak saya pakaikan"..baju usah cakap lah..kan... Tapi doktor kata kalau nak MC, besok dtg lagi sekali.."ewah dalam hati..kalau nak mc, buat dtg hari ni, lebih baik dtg besok kan..tapi sbb hormat dan skt punya pasal..senyum je la... (senyum tu kan sedekah-dapat juga pahala :) )

Tapi tak sampai tgh malam pun, sebelum magrib sakit yg teramat sgt..sampai nak angkat pun tak boleh, nak pusing kan tgn pun dah tak boleh... tak boleh nak cite..sakitnyer... akhirnya dgn nasihat pakar physio (kenalan anak saudara melalui telepon), dia nasihat pergi hospital terus..

SDMC _Subang Jaya Ahad Malam
Smpai emergency room, nak tulis dkt brg kat situ pun, mita tlg staff kat situ, last-last hulur medical card jer..baik sungguh diorng...
Masa dalam bilik doctor, terus dia suruh buat x-ray.. alhamdullilah pakar tulang ada masa tu, sbb ramai patient yg patah dan retak pulak masa tu..then di pulak on-call..mmg bernasib baik.. daripada x-ray dia dah nampak ke pelikkan tulang akak ni..tulang yg tak patah tapi bengkuk..di antara tulang pulak ada satu dotted...then dia decide besok terus buat MRI..

MRI
singkatan bagi Magnetic Resonance Imaging - tula dier...ha ha mesti yg mengeluh..baru nak kena dgn tajuk yer.. :)
Besok pagi..walaupun terpaksa buat MRI petang...atas kesilapan nurse di ER tu.. tepat pukul 2.30 di panggil untuk masuk ekbilik MRI...malam sebelum nye x-ray, buka yg bab atas jer kan? tapi bila MRI..kena buka apa saje yg ada besi.. kalu siapa yg ada pakai korset yg bertulang tu..di nasihatkan lah..bila buat ni janganlah pakai..dan lagi satu..baju semua kena buka..pakai lah..baju hospital yg ada tali byk byk kat belakng tu kan,...dinasihat kan juga...kita pakailah legging yg quarter tu..at-least, masa jalan..tak lah seksi sgtkan :)..atas bertutup, bawah..he he.. bayangkan sendiri la yer...

Okay cuba tgk lubang machine MRI yg gambar mula mula tu.. besarkan?


tapi bila dia nak scan kita tu dah akan sesuaikan ikut keadaan dan posisi yg mana mereka nak senang detect..yg kita kena macam bawah ni


kecikkan?...rapat betul ...bayangkan sebab nak scan "right four arm"..mmglah kena masuk kedalam lagi...
Bayangkan betapa kecil dan sempitnyer... Sebab pertama kali masuk..'gayat" jugaklah.. terus tutup mata...sebab dia mmg bagi satu earphone yg macam deejay selalu pakai tu..besar dan tebal..sebab nanti ada gangguan bunyi dari MRI scanner tersebut..di earphone tu diputarkan lagu english jiwang zaman remaja skrg ni lah..walaupun taklah sgt mengikuti..tapi sebab anak pun dah remaja, bila masuk kereta jer..dari  saluran ikim terus meloncat tukar ke saluran apa-apa yg berbahasa inggeris..tak kisahlah....janji boleh improve language dgn lidah kemelayuan diaorg nih!
Berbalik pada suasana MRI tu, di nasihatkan..sbb dah mengalami...masa dah di masukkan ke dalam tunnel MRI scanner tu...bacalah ayat-ayat terutama Al-fatihah...mmg sgt membantu, sbbnya...macam diri ni, tekanan darah mmg selalu rendah.. darah cepat gemuruh.. sarapan mmg jarang ambik..so mmg tak de tenaga...masa dalam tu...lagi dnyutan jantung mmg laju...sbb..sbb takut tu satu...tiba-tiba terbuka mata..bila nampak ruang yg terlalu sempit..tiba-tiba nafas jadi laju...terus rasa tak bernafas... puas tutup mata balik tapi keadaan jadi tambah teruk rasa nak menjerit tak bernafas..nasib baik adik yg control scanner tu ada bagi butang untuk di tekan jika ada rasa yg tak kena... sblm tu lupa nak bagi tahu tadi..bila berada di dalam tunnel tu, kita dah tak boleh bergerak walaupun se"picing" pun, oh mksd kita, sedikitpun..terutama waktu scanner tu berbunyi yg spt tren membunyikan hon melalui tunnel...yg tertentu..tapi dalam nada yg berterusan..bayangkan berapa lama... 
Mula-mula masuk dalam 15 minute..rasa macm sekejapkan? tapi..bila kita dalam tu..15 minute tu rasa macam 1/2 jam...
tulah masa 15 minute yg pertama..3 minute..nak habis dah minta keluar..sbbnya...tu lah tadi...dah rasa nyawa nak tercabut..lemasnya...Ya Allah...tak boleh nak  describe...no wonderlah... masa mak kena masuk dulu..dia menjerit-jerit minta keluar kata along..ingatkan kenapa...NOw I know...
selepas 15 minute kena masuk another 5 minute dan continue 15 minute more..bersama suntikan ubat..sebab keputusan MRI tak nampak apa dotted di antara tulang tadi...
Kena tunggu 15 minute lagi dalam tu...mmg rasa nak menangis, siap minta adik tu kita minum air dulu..bayangkan walau dah berada di luar tunnel tapi still dalam posisi yg sama berbaring..tak boleh bergerak sbb kedudukan dah di settingkan begitu..hu hu..minum air pun pakai straw.. adik tu pegangkan..malu pun ada...
Nasihat satu lagi..jgnlah pakai tudung yg berpusing-pusing atau berlapis-lapis..tu kira nak membunuh diri nama nye...sebabnya...dalam tmpt tu mmg panas.. dah lah rasa lemas..panas...Allah hu Akbar..mmg ujian duniawi mcm yg ustaz selalu sebut...pakai lah inner yg selapis tu...Insya Allah..

Masa kali ke tiga selepas di beri suntikan ubat MRI (hanya untuk certain cases saje), terus tutup mata..dan isytifar byk byk...bacaan Al-fatihah tu..mmg tak lepas di mulut..alhamdulillah Allah permudahkan..kita tertido sekejap..masya Allah..sesungguhnya Allah maha mendengar,

Tapi ini ujian bagi diri kita la kan..ujian bagi orang lain mungkin berbeza... tapi dari pengalaman mak yg ada darah tinggi dan kita yang bertekanan darah rendah ni...macam tu la rasanya... ataupun Allah nak bagi rasa lubang yg ala-ala dalam kubur mungkin... Ya Allah..macam mana keadaan kita nanti hanya Allah Taala  yg lebih mengetahui...

Last but no least, sebelum terlupa..sesiapa yg sebelum ini tak de alahan ubat..tapi ubat suntikan ubat untuk kesan MRI salah satu ubat yg akan menjadikan kita alah pada ubat itu..sebabnya hari tu badan muka habis tumbuh biji-biji besar selepas ujian yg kedua...gatal jgn cakap lar...dah nak jadi mcm "nyet" pun ada hari tu...adik yg tukang suntik tu pun dah mengelabah...sbb kena tulis report..patient jadi rupa apa dah penuh merah satu badan..muka jgn cakap lah...bengkak macam kena sengat tebuan pun ada...terus dia bagi ubat gatal dan alahan..kena stay 1 1/2 jam sblh bilik MRI tu..sebab nak tunggu bengkak surut.

Keputusan bukan terus dapat pun..keesokannya baru dapat..tapi tak yah share la..yea..PnC..ops! sedih pun ada..takut pun ada..tapi kena positive..perjalanan mesti diteruskan demi anak-anak...

ok bye...kalau rajin kita cite pasal kena Bipsy pulak..tapi biopsy kita di pengsankan...so xyah cite la yer :)






Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS