Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

25 February 2009

ES FaMiLy DaY

Hari tu bawa anak-anak pergi Family Day ES department. Pada mulanya memang tak nak pergi, tapi kesiannya anak-anak sibuk nak berjalan, so since trip ni banyak di tanggung oleh Kelab ES tu sendiri, rasanya berbaloi kot pergi.

Si hilmi Nampak jer air dah tak sabar-sabar nak masuk, pukul dari pukul 8.30 hingga pukul 9.00 dis tunggu, merengek jer dia. (.30 dia dah tak boleh nak sabar dah, bagi jer dia masuk, heee..geram sungguh.

Nak tengok gambar die??

Hubby pun join juga..bagi die rehat sikit, asyek ingat kerja jer kan..

Yang bestnya dapat cabutan bertuah lagi... Grand prize!! Walau tak sebesar mana, DVD jer, tapi rasa banggalah jugak sebab first time menang cabutan bertuah nie...ha ha..nampak sangat selalu bernasib malang kan?.... Tak sia-sia pergi join diaorang nie

Sepatutnya lepas family day nie nak gi jumpa ex-STTJ lama, Yan yg ajak ...tapi tak larat lah pulak dgn sakit kakinya, kepala usah cakaplah, berdenyut denyut sbb lambat makan. Asyek dok tengok anak jer... Makan pun dah lupa.

Apa-apapun, mmeng seronok jugaklah sebab bersantai bersama anak-anak, cuma Nasrul jer lah yg tak de...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

20 February 2009

MaAf...KaN...iBU....

HaRI NI betul-betul hari emosional. Sepatutnya hari Jumaat adalah hari yg paling menyeronokkan, pagi-pagi dah kena mengadap BOSS, mmglah tak de apa cuma penat sungguh lah kalau asyek cover bagi pihak oranglain. Last-last kita pulak yg kena attend meeting untuk menjawab isu-isu yg berbangkit nanti.

Hari ini merupakan hari sukan untuk anak kak zie -HiLMi.. kesian dia ibu dia tak dapat nak attend "sport day" die...

Call husband suruh dia pergi on behalf tapi sedih betul jawapan yg di terima, Nampak cam dia buyers pada anak yg normal saje... HiLMi, ibu harap HilMI faham situasi ibu sekrg. Masa pergi ambil dia waktu balik tu, dia terus meluru dan memeluk kak zie, hibanya tangisan die, dia kata "Hilmi menang, dapat hadiah, tapi ibu tadi pergi mana?" Tak ayat yg nak kak zie aturkan untuk die, hanya memeluk dan mencium dia bertalu-talu minta di maafkan, kerana tidak ada bersama menyaksikan waktu kegembiraan dia tadi.

Bagaimana kak zie teramat berterima kaseh kpd BOss yg mengizinkan kak zie keluar awal daripada mtg bersama ketua-ketua jabatan semada meeting Audit yg dijalankan tadi. Terima kaseh banyak, walaupun tak sempat menyaksikan anak di hari sukan beliau, sekurang-kurang, maseh sempat menebus kesalahan dengan mengambil dia pulang dari Sekolah (selalu ada transpotter yg datang jemput).

Murah betul airmata kak zie hari ni, dgn kerja yg banyak, hari yg paling sibuk, emotional pulak tiba-tiba terganggu dgn insiden yg remeh temeh..

Semuga Allah memberi kebahagian di dunia dan di akhirat untuk anak-anak ku nanti

A..MIN....

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

18 February 2009

Perjuangan mesti di teruskan....

Kalau ikut tajuk mesti suspen kan?...Tak de pun..cuma beberapa hari yg lepas..anak kak zi Sufi kena demam + ashtma..seminggu ulang alik hsopital, ambik ubat, ambik gas, ambik darah...ubat berbotol-botol...siannya dah lah tubuh dia kecil..terpaksa menelan berbotol-botl ubat...tak sampai hati rasanya apatah lagi setiap kali nampak botol ubat ajar dah menangis...

Hari Sabtu yg lepas pula kak zie pula kena demam, selsema, sakit kepala mak oi..tuhan jer yg tahu...tapi nak buat cam ner...ada maid pun menyakitkan hati jer..lebih baik dia balik kampung..apa-apa hal..bila kita uruskan anak-anak sendiri. Walaupun dalam tak sehat..Sufi tak kak zie lupakan..mmg sentiasa kawal suhu dan pemakanan dia. Tinggal dgn kak zie 2 hari, dia dah sembuh...sedih nye..tak terkata, nampak sangat anak kita amat memerlukan kita bukan pembantu rumah yg kita gajikan. Maafkan ibu dik, seandainya ibu mampu, ibu akan berhenti menjaga adik dan abg dan kakak... Adik doakan ibu tau...

Maid balik masa adik dah sihat, dia balik dgn wajah yg keriangan..ceria... pagi-pagi dah pegang penyapu menyapu halaman..ewah..rumah kat dalam tak bersapu , yg kat luar di sibukkan.. Seprti biasa nak tunjuk kat jiran-jiran dialah paling rajin. Kumpul kain masuk semua dalam wahing mesin, tanpa check ada kotoran yg patut di bersihkan dulu ke tidak, main campak jer dalam washing machine. So dalam pening-pening lalat tu kak zie pulak jadi QC check balik mana yg perlu basuh tangan dulu baru masuk machine... Air kotor ke tidak bukan dia pedulu yg dia tahu masuk baju ,isi air sampai melimpah washing machine tu (maklumlah semi-auto) pas tu isi sabun, pegang penyapu sambung sapu laman kat luar... Yg si suami kak zie tiap bulan marahkan anak kak zi, si Helmi tu sebab suka main air tapi tak pernah check yg si Maid kat rumah yg suka membazir air. Balik dari meyapu dia main kejar-kejar plak kat luar ngan anak kak zie si helmi dan adik... Yg kak zie sibuk memberus kain baju putih kat bilek air...hemm tak pelah kalau nak bersih, basuh sendirilah gamaknya. Bila masuk pukul 11.00 jer, tiba-tiba dia kata pening kepala, demam!! Aaik!!..tadi elok jer..dah terus demam? Tertanya-tanya lah jugak..jangkitan dari asap dia bakar sampah kat luar tadi ker..hebat sungguh.. Terus baring, dan ajak anak kak zie baring sekali..mengamuk sakanlah si helmi..dia jenis hyper mana kenal erti penat..tiba tiba kena suruh tido.. pukul 11.00 pagi pulak tu...mengamuklah die... Nak tak nak kita yg memg dah sedia demam nie...pujuklah anak tu..bawak bawa buku..buat aktiviti dalam kita tak larat td..dah lah baru lepas mencuci kain. Tiba jam 12.00 dia tido lagi...aiii..naik anginlah satu badan...Suhu dan cold tadi naik 40 celcius jadi nya.. Tarik si Helmi bawa pergi rumah nenek dia pergi ambil lauk, Helmi kak zie tinggalkan rumah nenek dia biar dia makan kat situ. Balik, masak nasi lepas tu bagi anak makan. Dia terpinga-pinga pandang... geram usah nak katalah... Tapi buat muka selamba lagi...

Petang tu dia sambung operasi tido dia lagi...wah..hebat sungguh demam dia nie... Jam dah tunjuk pukul 5 ptg, jap lagi si suami nak balik lah pulak dgn anak yg sekolah menengah tu...Nak bagi dia orang makan lauk apa, lauk ambik kat rumah mak tdi sikit jer, yelah agak-agaklah kalau ambik pun kan? takkan nak ambik satu periuk..he he.. Ye tak yea... bangunlah masak... dia maseh dgn muka toya die..ewah banyak cantik betul muka die... Macam manalah kak zie boleh sabar lagi..pelik jugak..agaknye dah kena sembur kot?? Atau kesabaran kak zie ni teramatlah tinggi walaupun tak setinggi siti Khadijah bini Nabi Muhammad S.A.W. Dah siap masak terus bagi anak makan dan bagi ubat untuk si kecil tu... Malam tu ingat nak warning, belum sempat warning, anak kak zie yg Hilmi suka bercakap..dia halau auntie (maid) tu naik bas, dia jerit "jgn balik,pergi naik bas... berulang-ulang kali..." Merajuklah si auntie tu..terus masuk bilik... Allah nak tunjuk, dia tak boleh nak aniaya budak yg macam tu.. Pagi tadi..dia buat muka baik..hem tak payah lah...cukup bulan nie bye-bye lah..walaupun fikirkan kesian jugak... Tapi kalau simpan sakit hatilah jugak... Cam ner ek? any komen?

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 February 2009

Breakfast untuk buah hati

Bosanlah..hari nie..asyek check data GS41 tak habis-habis.. Ada kawan bagi resepi utk breakfast besok.. Bolehlah cuba...

::Roti goreng bercili::

Bahan-bahannyer;
Roti satu buku di gunting dadu ( ikutlah nak roti apa)

beberapa keping fish kek

3 biji bwg merah dimayang

3 ulas bwp putih dimayan

2 biji telur di kocak

taugay ikut nak berapa byk

1 kiub pati ayam/serbuk

daun sup/bwng (hiasan)

bwg goreng (hiasan)

1 sudu gula

1 sdk lada sulah

2 sdb cili kisar/boh
* grm x payah sbb pati ayam dah masin

Cara-cara membuatnya


1.Roti di gunting dadu

2. Tumis bwg merah, bwg putih & cili kisar, masukan pati ayam, lada sulah, gula, fish kek goreng sebati

3. Masukan telur yg di kocak tadi

4. Pelahankan api dgn pantas masukan roti gaul dgn cepat supaya bahan td besalut dgn roti



5. last masuk taugay dan gaul sebati hiasan taburkan daun bawang.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS