2010, boleh dikatakan tahun yg penuh dengan warna-warni. Ada kebahagian, ada kesedihan, ada kehilangan semuanya Allah memberi aku merasai detik-detik itu. Rezeki yg datang mencurah-curah tiba-tiba hilang dgn sekelip mata. Betapa Allah Maha kaya, Tidak pernah Dia melupakan UmatNya begitu juga kerana terlalu sayang kepda umatNya, Dia menguji satu demi persatu, sekirnya waktu itu aku maseh tidak sedar atau tidak m]waras untuk mnerima Qada dan Qadar, pastinya aku tidak lagi berdiri meneruskan kehidupan ini dan sempat lagi melangkah ke tahun yyg baru ini. Sesungguhnya Allah maha penyayang kerna msh memberi peluang utk aku meghirup lagi udara di bumi ciptaanNya. Syukur Alhamdulillah pada Mu ya Allah, aku maseh di beri peluang untuk menadah tangan memohon ampun bagi dosa-dosa ku yg lalu, membuat secukupnya amalan bagi menyiapkan diri sebagai muslimah yg sejati..AMIN.......
Yang Manis di tahun 2010
- Naik Gaji :) (lebih dari expected %) - bersyukur teramat sangat
- 2 kali di beri peluang beriadah di Japan, walaupun atas belas ihsan company :) pergi kerja lah tu tapi sempat jugak bershopping hik..hik..
- Bercuti di Langkawi..ha ha..Ini pun disebabkan Kelab wanita proton menganjurkan pertandingan Walk and shopping hunt di sana...
- Jalan-jalan dan bershopping di bandung.. ni yg best sebab nilai duit kita yg tinggi dari mereka, rasa macam orang kaya sekejap, tapi dalam menjadi kaya tu pun, adakalanya merasa terharu dgn kemiskinan yg melanda negara tersebut..membuatkan hati insaf seketika.. (Masih merasa insaf lah aku? :))
- Bonus yg lebih dari yg di jangka.. ngeh..ngeh... beraya sakan jugak lah tahun ni siap boleh baju untuk anak buah sekali. Merasa jugaklah anak-anak duit raya dapat lebih dari tahun-tahun yg sebelumnya.
- Dan yang paling mengembirakan apabila anak sulung ku mendapat 8A dalam peperiksaan PMR...
Yang pahit (atau yg masam-masam sikit) di tahun 2010
- Ada orang dapat kenaikan sehingga 2 kali dalam setahun, tapi aku.. naik pun idak.. hik hik...
- Maseh menetap di rumah emak (maseh menjadi anak mak)..tak mampu nak beli rumah lagi..
- Tak dapat pindah department walaupun hasil interview amat memuaskan, bukan tak nak pergi, tapi last minute org yg interview kita yg tak nak kita huwaaa!!!! Dengan alasan aku ini sangat di perlukan di tempat kerja sekarang (kiranya aku ni ada value lah.. - puaslah memikir kat mana value diri aku nih!)
- Beberapa kali tidak di lepaskan untuk transfer department atas alasan yg di atas... sakit nyer hati...
-Semua permohonan pinjaman ku di reject atas alasan kewangan ku yg semakin meruncing..!! hah! betul ke? Rupa-rupanya ada 2 bank yg belum update data di mana pinjaman itu sepatutnye telah berakhir, tapi sbb kurang pekerja agaknya..maka nama aku maseh di kira meminjam dan belum di jelaskan bakinye... (memang malas betul la pekerja diaorg ni kan.. ;p)
Akhir sekali yg paling masam+pahit +kelat... tak pernah aku rasakan yg aku kekurangan wang di saat menyambut tahun baru baru-baru ini...hu hu...
Kenapa yea....
2011 ketibaan tahun inin memang ku nanti, tapi apakah penantian ku ini adalah penentuan atau penamat bagi perjalanan ku ini