Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

28 October 2010

Precious moment

Semalam merupakan hari-hari yang penuh dengan ketenangan. Sebenarnya bukan nya sengaja bercuti tapi demam, mc nyer dapat satu hari tapi tak kebah-kebah lagi sambung sendiri satu hari lagi.. Nak pergi ambik MC siapa nak hantar, suami keje..rumah jauh hujung kg tapi sebelah highway :) Rumah kampung le katakan.
Yang tak sabar nak cerita ni bukannnya apa, keindahan dan ketenangan ini mmg susah nak dapat. Pagi selepas anak-anak pergi sekolah, ditemani oleh anak yg ketiga (di rehatkan oleh phk sklh sebab di berada di dalam kelas khas). Lepas mandi kan Hilmi (nama anak), terus bagi breakfast - "roti jer ye mie" - minta si anak memahami.. "ok ibu" jwbnye. "Ibu nak tak sehat, Hilmi jgn nakal-nakal yea, duduk dgn ibu jangan lari gi rumah atuk" aku membahagi arahan. "Ok"- ringkas je jawapannnya, Selepas makan dia membuka tv tgk rancang kegemarannya Hi-5, sambil baring di sofa perhatikan saje gelagat nyer. Bila rancangan dah habis, mula menekan-nekan button remote, nak cari kartun la tu.. Dalam hati dah mula risau takut dia minta bukakan pintu untuk pergi kerumah atuknya yg ada Astro tapi akhirnya aku menarik nafas lega bila dia berkata "ibu, imi nak main komputer ibu boleh?", lantas mengiakan lalu membukakan kata laluan untuk dia mencari games yg di gemarinya di laman Web kegemarannya.Sambil mencari, dia berkata, "imi main, ibu tidolah".
Bahagianya masa tu, hmm..boleh sambung rehat lagi. Sedar-sedar dah pukul 11.30, tgk dia dah tak de, berderau jugak darah ingatkan ke mana, terus menjerit nama dia, sayup aje dengar, kelam-kabut ingatkan dah ke belakang rumah ker (mana tak nyer dia ni suka sgt mencari- kucing-kucing separuh belaan kami kat belakang rumah tu (kucing-kucing pendatang yg kami bagi makan). Baru nak melangkah nampak dia terbaring di lantai bermain-main dgn anak kucing yg di bawanya masuk ke rumah. "hilmi kenapa"-tanya ku. "Imi ngantuklah ibu, imi nak tido" lemah aje suaranya.. "ala siannya anak ibu, gi lah baring dalam bilik abang"-ujarku, "tak naklah, imi nak ibu" rintihnya. "
"Oklah jom baring kat depan" tak lama kemudian dia terus tertido, Sebab kepala maseh berat lagi, sambung lagi kemalasan luar kawalan :). Bila dah rasa agak lega sedikit, ambil peluang mengemas mana yg patut, walau pun tak sekemas mana, sakit la katakan :)
Sambung pula dengan membuka blog-blog kawan maupun kenalan yg yg tak dikenali..he he seronok baca blog orang ni..saje suka-suka.. terhibur dgn keletah mereka dan anak-anak, tambah lagi mencuci mata dgn barangan jualan dari blogger-blogger yg membuat jualan mengunakan kemudahan tercanggih kini.
4.30 hilmi terjaga, mak oii, lama jugak dia tido.. itupun sebab nak mencurahkan air mawar dia, nasib baiklah sempat bangun, kalau tak dah mencurah dgn lantai yg baru kena mop tadi...
Dah terjaga nak makan pulak dia, "ala mie, ibu tak masak tapi nasi ada, ibu goreng telur yea?" pujuk ku, tak naklah, imi tak nak nasi imi nak roti canai dgn air kotak"..aah mana nak cari roti canai petang-petang ni.." mengaru kepala yg tak gatal, "Ibu buat air milo cecah ngan biskut nak".."pujuk ku lagi lagi. Bila dengar Milo-macam kena kejutan letriklah gamaknyer, serta merta sambil menganggukkan kepala"- boleh-boleh, sayang ibu". Terus dapat pujian. Hemp..budak-budak sekrang.
Masa berlalu begitu pantas, yang pasti, memang agak berharga tinggal di rumah melayan masa dan anak..Kalau hari tu aku sehat pasti akan ku jamu anak-anak ku dengan masakan kegemaran mereka, menunggu kepulangan mereka dan suami dengan tenang dan ceria.
Terdetik dalam hati"bilakah waktu itu akan benar-benar terjadi"

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

27 October 2010

Aksi-Aksi di Aidilfitri_2010

Bersama anak sulung - 15th yrs-old. dah bermisai..kecoh hari tu cousin dia suruh buang.. Mana taknyer dah macam bapak org.

Anak Gadis tunggal- manja 
 

Ayah dan Mak
 

beloved hubby
 

Anak yg ke-3
 

abang dan adik (tak leh nak jumpa -api dan angin)

Yang bongsu - survivor!!

My niece -Pija - cam jepun sket

also my niece - Nana

Candid - "tlg ignore yg terlelap tu"



Angin dan Api pun kdg-kgd memerlukan antara satu sama lain kan..:)


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

15 October 2010

2nd trip to Japan

August, 2010 Sebenarnya journey ni dah basi.. tapi di sebabkan kesibukan terlampau mengalahkan Datuk MD kitaorg ni..tak sempat nak meng-Upload gambar apatah lagi nak mengedit gambar yg mmg dah tak cantik ni :)

Masa kitaorg pergi musim summer, so kebanyakan padi tgh menghijau kat sana tu.. First time pergi musim Sakura..ada gak bergambar tgh pokok Sakura tu tapi tak sempat lak nak meng-Upload gambar nya... Nantilah kalau ada masa terluang atau pun dalam ertikata lain terbuang..begitu saje..boleh lah menempek apa yg ada dalam folder my picture kat pc office ni.

Yang ni plak Hotel kitaorg duduk, Musim summer la katakan , kalau ikut budget Proton, kitaorg ni layak duduk hotel murah jer..tapi disebabkan musim summer, hotel sebab dah fully booked dan yg tinggal Hotel Grand Tiara ni aje.. kita redah ker ler...balik nanti claim jer la..bukan sengaja kan, lagipun takkan nak tido kat tepi jalan plak kan..sian kitaorg dah lah perginya tergesa-gesa macam nak kena hukum pancung lagaknyaer.. Sampai sana dgn tak mandi, kita org tersalah train la plak..mana tak nya cakap Jepun setakat tahu nak beli makanan jer ngan bayar duit teksi jer..Bila sekali sesat jalan tak mengelabah d buatnya.

Yang ni plak, bilik kitaorg berdua, sepatutnya sebilik sorang tapi bilik dah fully booked, kena share la jawabnya tapi share pun berbaloi sebab fuh..tgklah betapalah selesa nya...:) *wink*

Ni plak makan sebelum gi kerja.. Kat sini mana der masa nak breakfast sblm gi kerja..Yelah dgn nak masak,nak mandikan anak, nak sidai baju..mmg berpeluh lah pg-pg, tak de bibik la katakan..

Yg kecik molek tu teman sebilik..Nampak jer kecik tu, tapi mmg kuat makan.. he he..jgn mare yea nanie.

Ni muka balik keje.bayangkan sampai kat hotel pukul 8.00 malam..hu hu.. Walaupun pagi mmg sempat nak breakfast tapi keje kat sana mmg kerja betul..tak de masalah nak sembang..ke, makan jajan ker..tgk inbox ker.. tau-tau.. dah gelap kat luar tu... Malam kitaorg tak makan kat hotel sbb kena bayar kan, so kitaorg beli roti kat macam 7 E tu, pas tu makan dalam bilek... hu hu

Pergi kali ni tak sempat berposing ..sbab kerja menimbun, masa pun terhad... Tapi tak pe nanti senang-senang boleh upload gambar masa 1st trip hari tu.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 June 2010

School Holiday is back!!

Bersua lagi
Lama sungguh tak berkunjung ke laman sendiri. Banyak sebenarnya nak luahkan tapi masa tak berkesempatan. Mungkin juga lebih seronok membaca blog org lain dari membelek blog sendiri. Apatah lagi bile membelek gambar-gambar di Facebook kawan-kawan lagi seronok dari meng "update" status diri sendiri.


Minggu depan kembalinya bulan Rejab. Selepas Rejab Syaaban, diikuti Ramadhan...ya-Allah banyak betul bende yg belum selesai. Kerja di dunia yg banyak, Amalan untuk Akhirat jarang aku beratkan. Terlalu banyak dosa ku pada Mu ya Allah.



Hish Apa yg aku merepek kat blog aku ni. Back to real life zie. Cuti sekolah ni Plan yng di rancang semua nya tak jadi. Bercuti di Singapura plan asalnya tak menjadi, banyak betul halangan dan alasan yg hubby bagi.. Bukannya nak minta duit dia pun..he he..biasalah org perempuan kan..bila bab cuti dia yg dulu..lelaki banyak kira campur tolaknya..last-last keputusannya tak jadi.. Tapi walau cam manapun nak pi holiday gak..


Tapi tak leh bagi tau skrg kenalah ada gambarkan..sebab belum gi lagi.. Nanti sambung balik...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

18 November 2009

School breaks is back

Ke mana ye?
Cuti sekolah datang lagi. Nak kemana kali ni, kalau ada duit terlebih tu, boleh lah buat keputusan adhoc jer..tapi sebab tak de terlebih dan tak de budget pun..tapi kesian anak-anak...

Nak bawak ke pusat peranginan..semuanya fullly book. Setakat dok kat hotel..bangun tido tgk tv dok kat rumah lagi baik...cuma diaorang nak gi jalan dan tinggal di tmpt yg selain dari rumah mereka sekrg... huh..huh kejam sungguh.

tak nak bersyukur langsung..kan...Rasa cam nak balik Melaka jer...bolehlah jalan-jalan.. Until now... besok tgklah kalau ada masa boleh update lagi...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 November 2009

Bertemu Kembali

Aku yang Kini
Lamanya tak menjengah blog nie.. Kalau rumah dah penuh dgn sawang dan abuk-abuk.. Minggu ni terlalu banyak meeting dan terlalu banyak bende yg mengejutkan berlaku... Ad yg boleh di terima ada yg tidak... Kdg-kdg emosional lah juga..tapi kena muhasabah kan diri. Sebab mungkin ada yg kekurangan pada diri kita yg kita tak sedar.. Aku kini byk berubah..dari segi pemikiran... mungkin dah tua agaknya.. Boleh mengawal emosi yg ada turun dan naiknya. Byk betul cubaan yg aku hadapai..tapi bile ku lihat sekeliling ada yg lebih teruk di uji oleh Allah..tapi mereka tabah..maka kenapa tidak aku... Cuma yng pasti aku ingin benar melihat suami ku berubah. Berubah untuk masa depan kami sekeluarga dan especially untuk anak-anak... Rasnya cukup sampai sini dulu.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

03 May 2009

Wedding of the Month

Persandingan Rihan dan Irni

Sebab apa kak zie letak "wedding of the Month", sebabnya memang meriah sungguh majlis ni, Bukannya apa, kak zi tak pernah hadiri najlis yg se grant nie...kalau artis tu lain cerita lah, mereka tu ramai sponsor.

Yang nie special sebab ibu pengantin yg jadi wedding plannernyer..memang "marvelous"-org putih kata..he he

Tak nak cite banyak boleh komen sendiri...:)

Macam Linda Onn pun ada kan?

Bakal pensyarah

Gambar interframe masa pengantin berjumpa tetamu :)

Gambar interframe masa majlis nikah :)

Pasangan ideal :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS