"Kehidupan dunia in tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhiratitulah hidup
yang sebenar, andai mereka mengetahui" Al-Ankabut 64
Bila kita memulakan sesuatu...
Kadang-kadang kita lupa letakkan niat
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah
Sebab tu bila ada masalah, Kita cepat menyerah...
Bila kita berniat...
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha,
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru hendak mengolah,
Sebab tu bila kerja tak menjadi,
Kita mula angkat kaki...
Bila kita berusaha...Kadang-kadang lupa pula hendak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa...
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa...
Bila kita berniat, berusaha dan berdoa...
Kadang-kadang kita lupa pula untuk bertawakkal pada Yang Esa.
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta.
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala...
Bila kita berniat, berusaha, berdoa dan bertawakal...
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..
Sebab tu bila kita berjaya,
Allah datangkan ujian dan musibah...
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan redha,
Tetapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi.
Sedangkan...
Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira...
Allah takkan lupa pada langkah kita.
Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji Yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai Yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati...
Sebab itu teruskanlah bermuhasabah pada pencipta,
Kerana dalam firman Allah;
29 April 2011
Berhenti Sejenak

14 April 2011
Semakin Penat berlari.....
Kebelakangan ni, rasa teramat letih, letih dalam segala-galanya. Rasa tak sanggup lagi nak mengadap kerja yg semakin hari semakin bertambah tanpa di undang. Buat kerja yang tiada dalam scope pun ada. Kerja sendiri tak tergapai, kerja orang lain pula kita kena selesaikan. Tapi orang yg kita tolong tu tak appreciate langsung kena marah adalah, macam seolah-olah kita ni menyibuk dengan kerja diaorang.. hei excuse me!.. kalau kerja kamu org tu perfect sangat kenapa perlu ada satu group ditubuhkan untuk membantu kerj a you all tu... hish..geram sungguh.
Life sendiri pun rasa tak sempurna sekarang. Pagi, kalau tak terkejar-kejar, kelam kabut menyediakan anak-anak ke sekolah, pakai tudung pun dalam kereta, balik jangan kata nak masak, nak kemas rumah pun tak larat..ya Allah kenapa lah letih teramat letih kehidupan ku kebelakangan ini.
Kalau nak di kata kan usia semakin meningkat tapi kenapa ini tidak terjadi pada teman-teman yg sebaya dgnku.. Maseh ada yg boleh berlibur ke sana-kemari, maseh boleh menikmati makanan yang enak-enak di luar. Sedangkan aku hari minggu tidak boleh di istiharkan waktu berehat..waktu itu jugaklah menimbum cucian yg harus diuruskan, kasut sekolah yang perlu di basuh, ruma yg perlu di kemas..belum habis di dalam, di luar juga perlu kan perhatian.. ya Allah bila semua ini akan berakhir...
Bukan ingin mengeluh, bukan juga ingin meratapi tapi sesungguhnya diri ini terlalu penat untuk berlari mengejar segala yang perlu di uruskan dalam sehari..
29 March 2011
Hati ku berbunga riang
Hatiku berbunga riang apabila my beloved (anak yg berada di Taiping) menghubungi di awal pagi. Seronok sungguh bila dia mula bercerita mengenai exam yg baru dia hadapi semalam. Dia dalam perjalanan ke Basketball tournament di Taiping. Terpaksa menunda kertas fizik untuk menyertai tournament tersebut. Sekolah pun satu buat tournament time peperiksaan, pening jugak memikirkan pelik betul perjalanan sistem sekolah sekarang. Memanglah kokurilukum tu sebagai kredit tambahan bagi setiap pelajar sekolah, tapi bila menyertai perlawanan masa time peperiksaan tu rasa cam cuak lah jugak..Dalam gembira u ada juga risau nyer, ya lah.. keluar dari kawasan sekolah..berapa orang cikgu yang ada, makan macammana, Naik bas tu selamat ke tidak...Satu-satu persoalan dalam kepala timbul..Masa nilah teringat zaman kanak-kanak dulu, no wonder lah ayah memang tak bagi ikut rombongan sekolah ada saje alasannye sampai nangis-nangis bawah katil sebab tak dapat pergi rombongan..he he..kelakar jgk bila teringat zaman sekolah dulu.
Got to go, nak sambung buat proposal paper :)
17 March 2011
Time after time - My beloved
time after time
if you fall I will catch you--I'll be waiting
time after time...
![]() |
| My 1st prince bersama my princess - Ain |
Bukan nya teringat kan lagu ni cuma mengenangkan anak sulung yang semakin dewasa. He's not my little baby anymore. And time after time, he seem far away.. Maseh rindu dengan ciuman yg selalu di berikan olehnya walaupun sudah menjangkau umur 11 tahun, selalu aku mengelak bila dia ingin memberi ciuman, bukan tak suka..cuma bagi ku dia dah dewasa, aku jadi tak selesa, tapi ada sahabat berkata, masa dia tengah sayang kita , jangan kita tolak dia, sebab bila dah dah sedar dia dah dewasa, dia takkan memeluk dan mencium kita lagi..masa itu kita akan terasa...
![]() |
| Langkawi- Masa umur 5 tahun, |
![]() |
| Bersama "teman" merangkap sumber inspirasi katanya :p |
Kini dia semakin meningkat remaja, 16 tahun but his still my little boy... still manja but its seem I hardly know him now.. WHY?? Cuti sekolah bukan lagi waktu untuk dia bergembira bersama kami tapi kerap menyendiri dan tidak lagi mahu bergurau senda dengan adik-adiknya.. Pantang di cuit, sekejap aje boleh mencetuskan fenomena yg kurang selesa di antara kami..
Cuti persekolahan pertama 2011
Apa yg kurasakan berlaku lagi..sedih sungguh.. Tapi bagaimanapun kali ini, dia seolah-olah mengerti akan apa yg aku rasa. Entahlah...
Journey in Chiness new Year
![]() |
| yang paling ku sayang (ibu dan ayah) |
Keesokan kami di jamu dengan berbagai jenis makanan lagi..riuh rendah juga.. Terasa betul suasana kampung; alangkah seronoknya kalau kampung aku maseh seprti itu.. ;( Tp nak buat macammana kena ikut juga arus pembangunan cuma agak terkilan bila masing-masing ada yg putih mata bila ditawarkan dgn berpuluhan ribu untuk mwnyewakan tapak pertanian itu sebagai tempat kilang-kilang haram di kampung kami di sini.
Bergerak ke homestay Taman Jana Mulia... (lupa pulak nak ambil gambar homestay, tapi memang ok, cuma yg tak bestnya peralatan yg di beri agak kureng sikit...Ingatkan dapat homestay baru segalanya baru tapi separuh baru separuh trpakai... tapi alhamdulillah lah..pnyewanya jenis tak berkira, nak masuk (check in) awal pun tak pe, Nak keluar (check -out) lewat pun tak pe.. Itu yg best partnye.. Bilik utama ada air cond lagi. Ada 4 bilik kesemuanya..apa lagi kesukaan lah budak-budak tu...
Cuma satu jer yg tak gemar..AIR... airnya kurang kebesaran nya.. aku ni memang hantu air.. kalau mandi kalau air tak besar mmg lah tak puas.. apa lagi nak membuang hajat.. tapi itu boleh di improve kan...
![]() |
| Makan tengahari sebelum ricky ke MRSM Taiping |
![]() |
| Asrama lelaki |
![]() |
| MRSM taiping- Asrama lelaki |
tak habis lagi nak cite..kalau senang nanti sambung
12 January 2011
Sayonara 2010, 2011 moment of truth..
10 December 2010
A moment with my beloved :)
School Holiday will last a few days more, still I've no idea where to go my beloved. It's not just an idea since I've a lot of idea actually :) but final decision is made by my hubby..hu hu... Susah betul nak dapatkan result dia.. Macam nak tunggu result nak meminang aje...ha ha
Luckly, boss ku yg sporting sudi menempahkan Hotel atas nama cousin dia yg kerja di KL, so dapatlah staff price.. Prince Hotel..here we come..
Mula-mula sampai rasa macam kecil sangat diri ni dgn family yg serba kekurangan ni, maklumlah masuk Hotel yg 5 bintang tapi sebenarnya perasaan aku saje. Kami di layan dengan penuh mesra oleh kakitangan di situ malah di layan seperti tetamu-tetamu kelas atasan.. he he berbangga la jugak masa tu.
Kegembiraan anak-anak bila masuk di apartment tersebut jelas terbayang di muka masing-masing. Maklumlah apartment yg maha luas, setiap tempat ada tv untuk mereka memilih channel yg mereka sukai.. termasuklah cik abang yg tak tinggal dgn dunia sukannye...
![]() |
| Front Door - Open sesame.. :p |
![]() |
| Dining |
![]() |
| Bedroom 2 |
![]() |
| Living room |
![]() |
| Living room + Dining + Kitchen (please ignore beg buruk ku tuh :) ) |
![]() | ||||
| Master bedroom ( kain batik tu untuk warnakan tilam tu jer..;p ) |
![]() |
| my princess having her first coffee |
![]() | |
| Kitchen + dining and my bekal ;) |
But time for mom only at night, siangnyer time untuk anak-anak.. tak boleh menyelit langsung...
| waiting for turn to shopping :p |
| Tired but still has shopping desire...ha ha |
| my first company for shopping |
Hmmm anak nak guna my lappy.. see u then...
And a lots more pic to upload.. :) and lot more story to tell























