Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

18 December 2008

Santai bersama anak-anak

Hari tu tak tahu nak pergi mana. Asalnya nak pergi Desa Waterpark. Tapi memandangkan nak hujan kzi ngan Ain merancang pergi KL nak overnight kat sana..Sebelum tu nak bawa adik-adik dia gi Berjaya Times Square. Boleh lah diaorg ride macam-macam game kat sana. At last semua tak jadi, hubby ada appointment la pulak.. Bengang tu adalah sikit..tapi kak zie tukar plan B..memandangkan muka ain yg dah mencuka dan yg sulung dah give up..tak nak gi mana-mana...si kecik pulak..mengengek nak jalan... so let's Ibu yg decide ikut plan B. Kita org gi tido kat Shah Alam..dan jalan-jalan di Sunway Pyramid. Sampai hotel, semua dah fully booked kecuali Execuitve Suite dia... Try to search another hotel but semua dah fully booked.. rasa macam nak pecah kepala... Last-last sebab anak punya pasal ambik jelah Excutive suite tu... Masa belum masuk dah bayangkan betapa bestnya masuk Executive suit..tapi bila dah masuk...la....cam ni jer... Hampeh betul la..Hotel Melayu nie.. 4 bintang la konon... Anyway..pekerjanya baik-baik belaka... Thank u guys. Hilmi dgn tak berlengah lagi dah buka baju..terus nak masuk bath tap..berendam..lah apa lagi.. Yg si Iu terjongket-jongket kaki nak gi window shopping.. Si kecik nak ikut bawa k jerlah..tapi yg hubby..apa lagi..projek yg selalu di jalan kan di mana ada kesempatan iaitu -TIDOR.... Yg si Abang ada Astro apa lagi, kalau tak sport, buka katun hee dah nak naik form 2 pun sibuk ngan katun. Tak leh sembang banyak ni ambik masa kerja nier... Jumpa di lain hari..he he

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

01 December 2008

Permata-permata dalam hidupku

Emmm...lamanya tak menjenguk blog ni... Sibuk teramat sangat dari sebelum raya sehinggalah sekarg. Ha kalau nak kenal anak-anak kzie dalam blog nie...adalah gambar diaorng masa raya hari tu. Ni pun menumpang digital camera anak buah..org suruh posing, posing jer lah... Yang sebelah kiri ni..yang sulung. Letak gambarnya dlm mode hitam putih nie sbb kulit die sawo matg skt..he he..byk sangat aktiviti sukan dia masuk masa kat asrama..hee... Yang sebelah tu pulak yang no 2. Satu-satu anak perempuan. Lebih kurang jer kulit ngan abgnye..Manja dan keanak-anakan. Kuat merajuk dan suka mengemas rumah. Window shoping suka, tapi tak suka membeli..sebab nak simpan duit...he he Yang pakai baju biru tu, my special one, walaupun chubby si hilmi ni anak istemewa dia autism. Cakap pun baru belajar untuk cakap dalam 4 baris ayat. Tapi kira dah lancar jugaklah. Maseh dalam peringkat ABC walaupun dah masuk 8 thn. Satu-satu dugaan yg Allah beri untuk kak zie. Yng kecil sekali sufi. Maseh pelat walaupun berumur 4 tahun. Bijak dari abangnyer. Baran jugak, mungkin terikut-ikut emosi masa mengandung kot..he he 4 org permata hati ku. Luv u all so much-ibu

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS