Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

29 July 2011

Fall For You

Ha ha, mesti ingat apa lah tajuk cam nie..Jatuh cinta lagi ke dalam umur yg hot ni..:) Sebenarnya ini lagu ni anak yg bagi tajuk, dia kata dia kena wakil group dia kena nyanyi satu lagu.., masa tu dia  ingat lagu ni aje dalam kepala... Lepas nyanyi terus dia sms.. "ibu malu"..ingatkan apa.. rupanya baru lepas nyanyi... alahai anak muda sekarang...
Tanya dia "awak nyanyi lagu apa"
dia jawab" Fall For You dari secondhand serenade.."
Oh..lagu tu..(cam la aku tahu ).."boleh ke diaorang faham apa yg awak nyanyi? kat rumah pun awak susah nak buka mulut bila bercakap, ni pulak kena nyanyi" (ayat mengusik)
dia jawab " Ntah kita dah nyanyi paling kuat dah ibu"..habis nyanyi semua budak jerit nama kita"
 (dah perasan la tu...)
"ha ha..hujan tak tadi"(maseh nak mengusik)
"Mana ada :)" sms di balas semula..
Actually I'm glad dia dah boleh gembira semula...walaupun yg dia selalu mengadu dia sunyi tak de kawan..hmmm.. memang tak independent betui yg sorang nie... (dulu tak lah macam ni)
Dah melalut lah..actually nak share lagu yg dia dok nyanyi tu tapi bukan dia nyanyi lah.. ni versi penyanyi original.. :)


Yang pasti dia telah berjanji akan fokus pada matlamat yg satu untuk berjaya dalam akedemik demi mencapai impiannya. Insyallah...





Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

26 July 2011

Alia sweetie

Nukilan ini untuk seorang insan yang pernah ku kenal walaupun untuk seketika.
Alia.., auntie tak tahu apa yg benar-benar berlaku antara kalian, tapi di sini auntie ingin menyatakan apa yang berlaku adalah cabaran buat kalian. Bukan mudah untuk membentuk sebuah ikatan kalau belum benar bersedia. Apapun dear, auntie harap Alia tabah macam mana auntie nak Nas tabah dalam menghadapi cubaan ini.
Yang penting Alia kena teruskan perjuangan Alia sebagai seorang pelajar, Alia seorang yang bersemangat waja dan sentiasa serius untuk berjaya, Auntie sentiasa mendoakan yang terbaik... Jadilah kebanggaan kepada ibu dan bapa Alia...
Lagi satu, jangan cepat emosi :)...
Last but not least, maafkan nasrul dan maafkan diri sendiri agar kita mudah memaafkan dan melupakan...
Nice knowing u.

video

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjuangan mesti di teruskan

Adakalanya kita rasa kita boleh mengubah segalanya mengikut kehendak kita, adakalanya kita rasa apa yg kita buat itu semuanya betul, orang lain semuanya salah tapi pernah kah kita bersyukur dengan apa yg kita ada dengan apa yg kita terima..
Sesungguhnya Allah itu maha adil. Setiap apa yg di beri kepada umat-umatnya ada sebab-sebabnya. Cuma sebagai kaum Adam dan Hawa terpulang pada mereka untuk menerimanya. Aku juga tidak lari untuk merasai perasaan tersebut.
Kita mudah menilai orang lain tapi kita tak mahu menilai atau mengenali diri kita.. Akan ku cuba memperbaiki satu persatu kelemahan ku dan akan kuterapkan nilai-nilai itu juga kepada anak-anak ku terutama anak lelaki ku. Biar dia belajar mengenali diri nya sendiri, mengasihi diri sendiri sebelum belajar mengenali hati-hati teman-teman yg lain. Sekali telah terluka atau melukakan amat sukar untuk bertaut kembali..
Teman ketawa sememangnya ramai teman menangis memang sukar di cari. Mencari kawan sejati tidak semudah belajar a,b, c...
Bagaimanapun selagi hayat maseh ada, selagi pintu taubat masih terbuka, hidup di dunia ini tidak boleh di persia-siakan. Perjuangan ku mesti di teruskan..anak-anak adalah keutamaan ku.
He he... ter emo pulak pagi-pagi ni...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 July 2011

Salah aku kah?

Termenung sejenak saat aku habis membaca blog itu...
Kenapa harus jadi begini.., kenapa harus berakhir begini... Berulang kali aku meneliti baris tiap baris ayat yg di pertuturkan di dalam blog itu...apakah seteruk itu hentaman yg di berikan... Begitu teruk ke anak ku itu...
Ya Allah... kau permudahkan lah perjalanan anak-anakku, sebagai seorang ibu terasa betapa kerdil nya aku seolah-olah telah gagal mendidik anak ku menjadi seorang insan.
Betapa hebatnya ayat yg di gunakan sehingga terasa seperti pisau merobek-robek hati seorang ibu...Entahlah...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 July 2011

Satu Detik kita perlu berhenti

Tengahari td aku mempelajari sesuatu "apabila kita dalam keadaan tertekan, satu pekara yg harus kita lakukan iaitu berhenti berfikir mengenai duniawi dgn itu hati kita akan merasa tenang setenangnya".
Petang td menerima panggilan dari nasrul, dr suaranya dapat ku agak dia dalam kesedihan tp oleh kerana dia telah berjanji utk menjadi seorang yg tabah, dia seolah-olah cuba menyembunyikan nya. Duhai anak ku, ketahuailah oleh mu, sesungguhnya banyak lagi cabaran yg harus kau lalui. Setiap detik dan waktu berbagai cabaran yg akan datang dan setiap cabaran itu menjadikan dirimu lebih dewasa.


Kalau ibu dapat sedikit mengubah taraf hidup kita, ibu yakin nasrul akan buat lebih baik dari itu. Mungkin itu juga yg difikirkan oleh :teman mu" itu., untuk menjadi yg terbaik tanpa sebarang emosi. Ambil ini satu cabaran, bangkit semula setiap kali kau terjatuh. Mungkin di saat inihati mu sunggih pedih dari luka yg tak di ketahui betapa dalamnya tapi demi adik-adik nas yg istemewa itu, balutlah luka mu dengan kembali kepada yg SATU. Hanya DIA yg lebih mengetahui.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

09 July 2011

July is the best month i ever had :)

8th July. Hr yg cukup istemewa wink! wink!


1. Dapat kunci kete LAncer untuk ku bawa pd waktu singgang hr JUmaat. Thanks Maz dan en. Tarmizi. Sesungguhnya orang yg teraniaya akan mendapat rahmat disebaliknya.

2. Mendapat surat dr phk majikan-membawa berita yg tdk ku sangka. Syukur pd MU ya Alllah dan terima kasih kepada bos kecil dan bos besar atas penghargaan ini :)


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

08 July 2011

Satu perasaan



Pilu hati ini bila mendengar tangisan dan sedu sedan anakku. Br sebentar td dgr suara ceria beliau tak sabar untuk pulang ke rumah. Walaupun dia kurang sehat, tp dia ttp kedengaran gembira. Tapi......panggilan yg kedua tepat pada pkl 12.45 mlm begitu meruntun hati seorang ibu, tak dapat menangkap butiran kata-katanya kerana diselangi dgn esakan drnya, Jatuh juga airmata seorang lelaki demi seorang wanita. Apa yg ku takutkan telah berlaku. Dia terlalu muda untuk menjalani cubaan ini. Ini bukan waktunya. Berulang kali dia menyuruh aku untuk membantunya. Duhai anakku kerana kasih sayang kau jd selemah begini. sebagai seorg ibu, aku terpaksa menjatuhkan tarafku meminta belas dr seorang insan yg boleh bergelar anak.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Vitamin B

7hb July, yg paling di tunggu oleh warga PROTON. Alhamdulillah walaupun seberapa ini rezeki anak-anakku yb semakin membesar. X tahu sebenarnya kiraan berapa bulan yg aku terima, al-maklumlah mengikut kpi masing-masing :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS