Bersua lagiLama sungguh tak berkunjung ke laman sendiri. Banyak sebenarnya nak luahkan tapi masa tak berkesempatan. Mungkin juga lebih seronok membaca blog org lain dari membelek blog sendiri. Apatah lagi bile membelek gambar-gambar di Facebook kawan-kawan lagi seronok dari meng "update" status diri sendiri.
Minggu depan kembalinya bulan Rejab. Selepas Rejab Syaaban, diikuti Ramadhan...ya-Allah banyak betul bende yg belum selesai. Kerja di dunia yg banyak, Amalan untuk Akhirat jarang aku beratkan. Terlalu banyak dosa ku pada Mu ya Allah.
Hish Apa yg aku merepek kat blog aku ni. Back to real life zie. Cuti sekolah ni Plan yng di rancang semua nya tak jadi. Bercuti di Singapura plan asalnya tak menjadi, banyak betul halangan dan alasan yg hubby bagi.. Bukannya nak minta duit dia pun..he he..biasalah org perempuan kan..bila bab cuti dia yg dulu..lelaki banyak kira campur tolaknya..last-last keputusannya tak jadi..
Tapi walau cam manapun nak pi holiday gak..