Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

21 June 2011

Rasa Hati

Duit Adalah segalanya ??

Memang sukar dan memang susah untuk menerima kebenaran ayat-ayat di atas. Tapi makin lama makin merasai bahang-bahang tersebut.. Mungkin selama ini tidak peka atau mungkin sengaja atau mahu menerima hakikat yg sebenarnya..tapi bile di fikir, di renung dan di kenangkan kembali, memang sedih..teramat-amat sedih...

Orang yang ku sayang, insan yg hanya seorang inilah yg ku bergantung harap, tempat mengadu susah dan senang makin jauh meninggalkan. Ini adalah kerana jurang kami telah amat jauh sekali.. kalau dulu hanya seluas parit yg boleh di langkah tapi kini jurang yg ku rasakan seperti selat Melaka luasnya... 

Kalau dulu tak pernah berkira soal makan dan pakai kami sekeluarga tapi kini amat ketara sekali perubahannya. Walaupun kami ada di depan mata, amat berat untuk nya mempelawa kami walaupun sekadar "ajak-ajak ayam" menurut pepatah orang tua-tua... 
Yang teramat perit hati ini bila tidak melayan pertanyaan-demi pertanyaan yg keluar dari anak-anak "istimewa" ku. Susah sangat ke nak membuka mulut, berketul-ketul emas agaknya yg akan keluar dari mulutnya agaknya kalau sekadar menjawab soalan ringkas dari anak-anak ku itu. 
Mungkin kami dah terlalu banyak menyusahkan mereka sekeluarga sehingga tak dapat memberi lagi walaupun sekadar ucapan. 
Adakalanya sukar mentafsirkan...
Sekiranya Allah memberikan hujan duit pada kami, akan ku berikan semula segala apa yg di berikan oleh mu duhai saudara ku...

Pada yg terbaca coretan blog ini, sila abaikan saje..hanya luahan hati seorang adik, ibu dan juga anak yg terasa.. 

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 June 2011

Kesedihan anakku..


Tepat pukul 11.30 malam, my eldest menghubungi ku. Dia sedih yg teramat kerana dia x dpt menandingi cgpa kawan-kawan yang lain. Bg dia below 3.5 is a loser. Apa yng boleh ku katakan, aku hanya mampu memberi semangat selebihnya adalah atas usahanya, Andainya aku di situ mahu saje ku dakap dirinya dan berkata walau apa jua cgpa yg diterima, dia tetap kebanggaan kami sekeluarga...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 June 2011

Sunday night- a night without my eldes, rasa sunyi, kalau tidak pantang aku hilang dr pandangannya mesti di cari, tp bila dpn mata hanya satu perkataan yg terkeluar darinya "ibu" dan senyum. Mungkn pd yang membaca coretan ini tdk akan memahami tp itulah sumber kekuatanku.
Setiap anak-anak ada keistemewaan masing-masing. Mgkn yg eldest x tggl bersama jd kerinduan lebih ketara. Teringat muka baby face dulu tp kini no more baby face-dah bujang sungguh. X tahu ikut muka sapa tp yg pasti x ikut muka ayahnya yg handsome tuh! Pergh! sure kembang en. suami nanti.
Muka masam aku ini mgkn ada skt kot. Akhir percutian ct sklh sikap dia agak berbeza. Mgkn kena brain wah dgn "sahabat sejati" dia kot. Positive change! but too sudden, so agak weird :)
Dah ngantuk ..salam semua.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 June 2011

Mencari mood


Bosan rasanya tgk blog ni..rasabye nak kena tukar appreance lah..tgh mencari-cari template yg segar, cute and bersih...
Nak kena update blog yg dah berabuk nie...kena tambah tenaga positive banyak-banyak...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 June 2011

School Holiday end :(

Cuti sekolah telah akan berakhir. Hari ini adalah hari terakhir cuti persekolah bagi penggal ini. Besok, bermula balik tugas menghantar my beloved ke Taiping. Kami akan bertolak awal memandangkan tak mahu terhimpit dgn kesesakan lalu lintas bila pulang semula ke Selangor pada Ahad nanti.

Malam ni lah nak packing, malam ni lah nak settlekan baju anak-anak yg lain untuk ke sekolah nanti
List?  aku lupa buat list kali ini....apa yea

Nasrul
1.Toiletries
2. Snack
3.HomeWORK!!! dia kata tak de... :S
4. Shoes?
5. Baju masam dah basuh semua belum? he he
6.Cadar , Baju sekolah? Hmm..towel kena beli ( beli warna pink la..ada tak mamat nak curi lagi ;) )
7. the most important thing - Pocket money $$

Hilmi
1. Kasut sekolah - Dah basuh (kena beli satu lagi)
2. Baju sekolah _ Done
3. HomeWork - Half done...
4. Rambut !!! Kena potong

Sufi
1. Kasut sekolah - Kena beli satu lagi
2. Baju sekolah - Tambah baju satu lagi
3. HomeWork - Tak de
4. Rambut - Sweet lagi tp kena potong bagi tambah sweet!! he he

Ain
1.Kasut sekolah - Done
2. Baju Sekolah - Tambah lagi satu (dah senteng)
3. HomeWork - banyak gilerrr... (nak kena check satu-satu nih)

Ehh! lupa nak gi Taiping..checklist untuk gi Taiping..adoi,... Ainn..tolong ibu...


Monday..sure jd crazy Monday..... Tapi aku bwk kete masa tuh..hih hih...Kete Sewa jer...nak kena pulang la nanti.












Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

06 June 2011

Cuti sekolah - Musim Kenduri Kahwin

Cuti sekolah ni banyak betul jemputan kahwin kan. Sempat atau tidak je nak pergi al-maklumlah semua hati kena jaga. Jemputan kawan bertimpa-timpa, jemputan dari saudara mara usah nak cakaplah..masa ni lah pilih mana yg dekat atau mana yg "ngam" he he..
Tapi sini nak cerita sikit, las week pergi rumah anak saudara sebelah ayah. Kenduri mengahwinkan anak lelaki beliau dan pada masa yg sama majlis pertunangan adik perempuan pengantin lelaki tersebut. Kami ni kira menghadiri perkahwinan anak buah jugaklah tapi cuma ada sedikit terkilan jugaklah bukan di sebabkan layanan tuan rumah yg kira sedang-sedang saje tu, cuma kehadiran para tetamu yg boleh di bilang dengan jari. Masa kami tiba di rumah pengantin, lagi 10 minute pukul 1.00 tengahari, Khemah besar yg disediakan hanya di isi oleh 3 org tetamu wanita yg sedang bersembang. Bila tiba di beranda rumah, pengantin lelaki sdang membaca doa bersama ahli-ahli keluarga yg tedekat seramai 7 orang sahaja!! Aduh sedihnya hati ini. Rasa macam kesian pun ada.. Tengah menjamu selera tiba pengantin perempuan, tanpa kompang (tak perlu pun sebenarnya) tanpa pengiring hanya pengantin perempuan dan ibu bapa pengantin saje yg hadir. Pengantin berjalan tanpa segan dan silu, berjalan sambil bersembang seolah-olah berjalan-jalan di shopping kompleks terus menuju kerumah pengantin lelaki, pengantin perempuan dan rombongan di arahkan terus menuju ke meja peradapan pengantin.
Kami yg berada di khemah seperti tergamam...dan meneruskan santapan (cewah..) kami... Mungkin pekara ini pernah terjadi di tempat lain, tapi bagi saya, ini merupakan kali pertama menghadiri majlis perkhawinan yg sedemekian. Rasanya kalau majlis dah di buat di rumah pengantin perempuan tak perlu lagilah di buat di rumah pengantin lelaki. Cukuplah sekadar kenduri doa selamat dan di hadiri oleh sanak-saudara saje. Sebab saya rasa bukannya apa kesian pada pihak pengantin dan kesian juga pada tuan rumah.. Tak tahu berapa banyak perbelanjaan yg di keluarkan..tapi sekadir yg hadir boleh di bilang dgn jari kesian jugak kan?
Ada 2 persoalan yg berlegar-legar di kepala..
1. Adakah ini di sebabkan sudah kurangnya adat istiadat kenduri kendara di zaman yg semakin canggih ini?
ataupun
2. Kurangnya pergaulan di antara jiran-jiran dan sanak-saudara maka tiada siapa yg hadir di majlis yg sepatutnya disambut bersama dengan kawan-kawan dan sanak saudara.??
Risau jugaklah..manalah tau zaman akan datang..bende ini terjadi pada kita pulak..hu hu haru jugak... :)













Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS