Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

18 December 2008

Santai bersama anak-anak

Hari tu tak tahu nak pergi mana. Asalnya nak pergi Desa Waterpark. Tapi memandangkan nak hujan kzi ngan Ain merancang pergi KL nak overnight kat sana..Sebelum tu nak bawa adik-adik dia gi Berjaya Times Square. Boleh lah diaorg ride macam-macam game kat sana. At last semua tak jadi, hubby ada appointment la pulak.. Bengang tu adalah sikit..tapi kak zie tukar plan B..memandangkan muka ain yg dah mencuka dan yg sulung dah give up..tak nak gi mana-mana...si kecik pulak..mengengek nak jalan... so let's Ibu yg decide ikut plan B. Kita org gi tido kat Shah Alam..dan jalan-jalan di Sunway Pyramid. Sampai hotel, semua dah fully booked kecuali Execuitve Suite dia... Try to search another hotel but semua dah fully booked.. rasa macam nak pecah kepala... Last-last sebab anak punya pasal ambik jelah Excutive suite tu... Masa belum masuk dah bayangkan betapa bestnya masuk Executive suit..tapi bila dah masuk...la....cam ni jer... Hampeh betul la..Hotel Melayu nie.. 4 bintang la konon... Anyway..pekerjanya baik-baik belaka... Thank u guys. Hilmi dgn tak berlengah lagi dah buka baju..terus nak masuk bath tap..berendam..lah apa lagi.. Yg si Iu terjongket-jongket kaki nak gi window shopping.. Si kecik nak ikut bawa k jerlah..tapi yg hubby..apa lagi..projek yg selalu di jalan kan di mana ada kesempatan iaitu -TIDOR.... Yg si Abang ada Astro apa lagi, kalau tak sport, buka katun hee dah nak naik form 2 pun sibuk ngan katun. Tak leh sembang banyak ni ambik masa kerja nier... Jumpa di lain hari..he he

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

01 December 2008

Permata-permata dalam hidupku

Emmm...lamanya tak menjenguk blog ni... Sibuk teramat sangat dari sebelum raya sehinggalah sekarg. Ha kalau nak kenal anak-anak kzie dalam blog nie...adalah gambar diaorng masa raya hari tu. Ni pun menumpang digital camera anak buah..org suruh posing, posing jer lah... Yang sebelah kiri ni..yang sulung. Letak gambarnya dlm mode hitam putih nie sbb kulit die sawo matg skt..he he..byk sangat aktiviti sukan dia masuk masa kat asrama..hee... Yang sebelah tu pulak yang no 2. Satu-satu anak perempuan. Lebih kurang jer kulit ngan abgnye..Manja dan keanak-anakan. Kuat merajuk dan suka mengemas rumah. Window shoping suka, tapi tak suka membeli..sebab nak simpan duit...he he Yang pakai baju biru tu, my special one, walaupun chubby si hilmi ni anak istemewa dia autism. Cakap pun baru belajar untuk cakap dalam 4 baris ayat. Tapi kira dah lancar jugaklah. Maseh dalam peringkat ABC walaupun dah masuk 8 thn. Satu-satu dugaan yg Allah beri untuk kak zie. Yng kecil sekali sufi. Maseh pelat walaupun berumur 4 tahun. Bijak dari abangnyer. Baran jugak, mungkin terikut-ikut emosi masa mengandung kot..he he 4 org permata hati ku. Luv u all so much-ibu

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 August 2008

Kelahiran Cinta Strawberry Abadi Irfan Khairi - Idola

"Cinta Strawberry Abadi" cantik kan nama tu... itulah nama anak idola kita..Irfan khairi (IK). Usia yang muda dah ada 4 org anak sepasang perempuan sepasang lelaki. Jutawan muda plak tu..memang kebahagian terindah. Andainya suami ku boleh berfikir macam idola ku ini. Andaikan dia berani menentang arus, yakin pada diri teruskan perjuangan demi keluarga dan anak-anak.. Best kan... Betul juga kata Dr. Fadillah Kamsah, kalau orang tak nak berubah, kiita kena berubah..I think I want to make a change for my life. If Man life is begin at 40, Aku nak melawan arus juga, women can begin new life at 40 too. Insyallah sebelum puasa ni, perjalanan untuk satu perubahan akan bermula.. apa-apa pun akan ku memorikan dalam blog ini.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

05 August 2008

Proton Technology day

Bekerja di Proton merupakan satu anugerah yg tak terhingga. 18 tahun sudah, berkhidmat di sini. Proton mengadakan hari teknologi bersama rakyat. Orang ramai di jemput hadir untuk menyaksikan pembuatan awal sesebuah kereta..

Nak tunjuk kat depa bukan senang nak buat sebiji kereta, jgn tahu nak mengutuk jer.. cuba jadi engineer kat sini..ha ada bran?...he he...,/P>

Masa ni nak bawak anak-anak, nak tunjuk kat mana ibu mereka bekerja .. perasaan bangga tu mmg ada..tapi sayang anak ku yg pertama tak dapat ikut serta since dia berada di asrama di k.Lipis.. sorry nasrul...

Hilmi my special one tu..huh..bukan main happy dia...semua nak di pergi nya..yg palin best masa naik keretra pusing test track... 3 laps tak cukup bagi dia... siap buat satu permintaan lagi..bukan reti takut...yg no. 4 tu si SUfi..hempg!..tak de perasaan takut langsung sibuk pegang belon dia..macam nak jadi airbag dia la pulak....Org cukuplah..ramai...

Masa perasamian hari sabtu tu, aku bekerja... mak oii..penatnye..sakit pinggang berdiri lama great...mak-cik, pok cik,, datin, datuk, adik-adik ...kecil...awek cun..+ tersenarai group rambut tercacak pakai serba hitam...(ada hati jugak depa nak masuk tengok ek)

Tak sempat nak posing ... punya lah sibuk.... gambar anak pun tak boleh ambik banyk maklumlah pakai camera hp jer...huh huh..sedih...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

17 July 2008

Happy Birthday to me :)


Semalam my birthday. Ambik cuti nak pergi medical check-up tapi at last tak leh nak buat sebab masalah perempuan dtg menyerang lah pulak..he he...
So buat plan lain, tapi tak berapa menjadi sebab di serang sakit belakang la pulak..hu hu...apa la kena kali nie... tapi pegi jugak bukit tinggi..sajer nak tunjukkan hubby ingatkan bolehlah dapatkan cincin tiffany ker.. tapi tak de yg menarik...hubby dah tunjuk interested nak belikan...tapi tak pe..cam ner pun dia kena beli jugak..kira paksalah jugak...terukkan dapat hubby yg tak romantika nie..he he...
Gi settle apa yg patut..cuma my back pain mmg tak dapat dibendung lagi..sakit sgt..tapi buat muka ceria lagi sebab nak jalan-jalan punye pasal dalam kul 2.30//mmg dah give up tak tahan sakit...
Ptg tu gi cari tukang urut...aduh mmg sakit....
Tapi macam tak caye lah pulak..I'm getting to number "4'....heee.... Pergi facial cina yg buat muka tu pun tak caye dia kata aku tipu... masa tu perasan la kejap....
Actually semalam hari pembayaran bonus...inikan tak dapat..tapi dapatlah jugak... alhamdulillah...sesungguhnya Allah maseh sayang pada hambaNya yg satu ni....

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 June 2008

STTJ dalam kenangan




Semalam terima gambar masa dinner re-union 2008. Kelakar betul..kalau nak compare kitaorg dulu ngan skrg..mestilah byk beza... Tapi bila fikir-fikir balik..in this late 30's maseh cun gak kitaorg nie..kah..kah..sapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri..betul tak??



Yan, you're so different. Real life dgn gambar memang banyak beza, tapi yg penting manis tu tetap ada, zamri you're lucky to have yan :)



Yang guys kat belakang tu..sorrylah I really doesnt recognize you all. I kenal Rocky jer..sorry guys...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

06 June 2008

Perpisahan


Buah Hatiku dah nak balik ke Asrama, sedih sangat.. Sekali lagi melalui perpisahan ini. Dialah tempat untuk mengadu, darinya aku belajar mengenai kesilapan ku, mengajar aku akan mengenali sifat-sifat ku yg adakalanya kurang muhasabah diri..he he...
Sesungguhnya perpisahan ini mmg sakit.
Berlian dan permata x2 yg tinggal bukannya aku tak sayang tapi setiap permata hati berlainan sifat dan bentuknya.
Yg kedua merupakan berlian hidupku, ketulusan dan sifat naifnya adakala menjadi mata hatiku...
"Kesabaranku"- permata ku yg ketiga. My special one - dalam ertikata yg amat dalam, sungguhpun sudah 7 thn, tapi ia maseh di alam fantasi... Dunia yg penuh kegembiraan. Tidak mengenal kawan ataupun lawan. Kegembiraanmu meluput segala penat lelah ibu...
Permata yg Keempat...SUfi - cahaya penyuluh keluarga ku....

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

04 June 2008

Satu perjalanan yg jauh

Blog baru.. sajer nak beraleh angin. Mungkin dgn ada blog baru ada semangat sikit bagi menerusi hari-hari yg bakal mendatang menerusi pejalanan yang semakin jauh.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS