HaRI NI betul-betul hari emosional. Sepatutnya hari Jumaat adalah hari yg paling menyeronokkan, pagi-pagi dah kena mengadap BOSS, mmglah tak de apa cuma penat sungguh lah kalau asyek cover bagi pihak oranglain. Last-last kita pulak yg kena attend meeting untuk menjawab isu-isu yg berbangkit nanti.
Hari ini merupakan hari sukan untuk anak kak zie -HiLMi.. kesian dia ibu dia tak dapat nak attend "sport day" die...
Call husband suruh dia pergi on behalf tapi sedih betul jawapan yg di terima, Nampak cam dia buyers pada anak yg normal saje... HiLMi, ibu harap HilMI faham situasi ibu sekrg. Masa pergi ambil dia waktu balik tu, dia terus meluru dan memeluk kak zie, hibanya tangisan die, dia kata "Hilmi menang, dapat hadiah, tapi ibu tadi pergi mana?" Tak ayat yg nak kak zie aturkan untuk die, hanya memeluk dan mencium dia bertalu-talu minta di maafkan, kerana tidak ada bersama menyaksikan waktu kegembiraan dia tadi.
Bagaimana kak zie teramat berterima kaseh kpd BOss yg mengizinkan kak zie keluar awal daripada mtg bersama ketua-ketua jabatan semada meeting Audit yg dijalankan tadi. Terima kaseh banyak, walaupun tak sempat menyaksikan anak di hari sukan beliau, sekurang-kurang, maseh sempat menebus kesalahan dengan mengambil dia pulang dari Sekolah (selalu ada transpotter yg datang jemput).
Murah betul airmata kak zie hari ni, dgn kerja yg banyak, hari yg paling sibuk, emotional pulak tiba-tiba terganggu dgn insiden yg remeh temeh..
Semuga Allah memberi kebahagian di dunia dan di akhirat untuk anak-anak ku nanti
A..MIN....
1 comments:
bias bukan buyers
Post a Comment