Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

28 October 2010

Precious moment

Semalam merupakan hari-hari yang penuh dengan ketenangan. Sebenarnya bukan nya sengaja bercuti tapi demam, mc nyer dapat satu hari tapi tak kebah-kebah lagi sambung sendiri satu hari lagi.. Nak pergi ambik MC siapa nak hantar, suami keje..rumah jauh hujung kg tapi sebelah highway :) Rumah kampung le katakan.
Yang tak sabar nak cerita ni bukannnya apa, keindahan dan ketenangan ini mmg susah nak dapat. Pagi selepas anak-anak pergi sekolah, ditemani oleh anak yg ketiga (di rehatkan oleh phk sklh sebab di berada di dalam kelas khas). Lepas mandi kan Hilmi (nama anak), terus bagi breakfast - "roti jer ye mie" - minta si anak memahami.. "ok ibu" jwbnye. "Ibu nak tak sehat, Hilmi jgn nakal-nakal yea, duduk dgn ibu jangan lari gi rumah atuk" aku membahagi arahan. "Ok"- ringkas je jawapannnya, Selepas makan dia membuka tv tgk rancang kegemarannya Hi-5, sambil baring di sofa perhatikan saje gelagat nyer. Bila rancangan dah habis, mula menekan-nekan button remote, nak cari kartun la tu.. Dalam hati dah mula risau takut dia minta bukakan pintu untuk pergi kerumah atuknya yg ada Astro tapi akhirnya aku menarik nafas lega bila dia berkata "ibu, imi nak main komputer ibu boleh?", lantas mengiakan lalu membukakan kata laluan untuk dia mencari games yg di gemarinya di laman Web kegemarannya.Sambil mencari, dia berkata, "imi main, ibu tidolah".
Bahagianya masa tu, hmm..boleh sambung rehat lagi. Sedar-sedar dah pukul 11.30, tgk dia dah tak de, berderau jugak darah ingatkan ke mana, terus menjerit nama dia, sayup aje dengar, kelam-kabut ingatkan dah ke belakang rumah ker (mana tak nyer dia ni suka sgt mencari- kucing-kucing separuh belaan kami kat belakang rumah tu (kucing-kucing pendatang yg kami bagi makan). Baru nak melangkah nampak dia terbaring di lantai bermain-main dgn anak kucing yg di bawanya masuk ke rumah. "hilmi kenapa"-tanya ku. "Imi ngantuklah ibu, imi nak tido" lemah aje suaranya.. "ala siannya anak ibu, gi lah baring dalam bilik abang"-ujarku, "tak naklah, imi nak ibu" rintihnya. "
"Oklah jom baring kat depan" tak lama kemudian dia terus tertido, Sebab kepala maseh berat lagi, sambung lagi kemalasan luar kawalan :). Bila dah rasa agak lega sedikit, ambil peluang mengemas mana yg patut, walau pun tak sekemas mana, sakit la katakan :)
Sambung pula dengan membuka blog-blog kawan maupun kenalan yg yg tak dikenali..he he seronok baca blog orang ni..saje suka-suka.. terhibur dgn keletah mereka dan anak-anak, tambah lagi mencuci mata dgn barangan jualan dari blogger-blogger yg membuat jualan mengunakan kemudahan tercanggih kini.
4.30 hilmi terjaga, mak oii, lama jugak dia tido.. itupun sebab nak mencurahkan air mawar dia, nasib baiklah sempat bangun, kalau tak dah mencurah dgn lantai yg baru kena mop tadi...
Dah terjaga nak makan pulak dia, "ala mie, ibu tak masak tapi nasi ada, ibu goreng telur yea?" pujuk ku, tak naklah, imi tak nak nasi imi nak roti canai dgn air kotak"..aah mana nak cari roti canai petang-petang ni.." mengaru kepala yg tak gatal, "Ibu buat air milo cecah ngan biskut nak".."pujuk ku lagi lagi. Bila dengar Milo-macam kena kejutan letriklah gamaknyer, serta merta sambil menganggukkan kepala"- boleh-boleh, sayang ibu". Terus dapat pujian. Hemp..budak-budak sekrang.
Masa berlalu begitu pantas, yang pasti, memang agak berharga tinggal di rumah melayan masa dan anak..Kalau hari tu aku sehat pasti akan ku jamu anak-anak ku dengan masakan kegemaran mereka, menunggu kepulangan mereka dan suami dengan tenang dan ceria.
Terdetik dalam hati"bilakah waktu itu akan benar-benar terjadi"

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: