Cuti sekolah ni banyak betul jemputan kahwin kan. Sempat atau tidak je nak pergi al-maklumlah semua hati kena jaga. Jemputan kawan bertimpa-timpa, jemputan dari saudara mara usah nak cakaplah..masa ni lah pilih mana yg dekat atau mana yg "ngam" he he..
Tapi sini nak cerita sikit, las week pergi rumah anak saudara sebelah ayah. Kenduri mengahwinkan anak lelaki beliau dan pada masa yg sama majlis pertunangan adik perempuan pengantin lelaki tersebut. Kami ni kira menghadiri perkahwinan anak buah jugaklah tapi cuma ada sedikit terkilan jugaklah bukan di sebabkan layanan tuan rumah yg kira sedang-sedang saje tu, cuma kehadiran para tetamu yg boleh di bilang dengan jari. Masa kami tiba di rumah pengantin, lagi 10 minute pukul 1.00 tengahari, Khemah besar yg disediakan hanya di isi oleh 3 org tetamu wanita yg sedang bersembang. Bila tiba di beranda rumah, pengantin lelaki sdang membaca doa bersama ahli-ahli keluarga yg tedekat seramai 7 orang sahaja!! Aduh sedihnya hati ini. Rasa macam kesian pun ada.. Tengah menjamu selera tiba pengantin perempuan, tanpa kompang (tak perlu pun sebenarnya) tanpa pengiring hanya pengantin perempuan dan ibu bapa pengantin saje yg hadir. Pengantin berjalan tanpa segan dan silu, berjalan sambil bersembang seolah-olah berjalan-jalan di shopping kompleks terus menuju kerumah pengantin lelaki, pengantin perempuan dan rombongan di arahkan terus menuju ke meja peradapan pengantin.
Kami yg berada di khemah seperti tergamam...dan meneruskan santapan (cewah..) kami... Mungkin pekara ini pernah terjadi di tempat lain, tapi bagi saya, ini merupakan kali pertama menghadiri majlis perkhawinan yg sedemekian. Rasanya kalau majlis dah di buat di rumah pengantin perempuan tak perlu lagilah di buat di rumah pengantin lelaki. Cukuplah sekadar kenduri doa selamat dan di hadiri oleh sanak-saudara saje. Sebab saya rasa bukannya apa kesian pada pihak pengantin dan kesian juga pada tuan rumah.. Tak tahu berapa banyak perbelanjaan yg di keluarkan..tapi sekadir yg hadir boleh di bilang dgn jari kesian jugak kan?
Ada 2 persoalan yg berlegar-legar di kepala..
1. Adakah ini di sebabkan sudah kurangnya adat istiadat kenduri kendara di zaman yg semakin canggih ini?
ataupun
2. Kurangnya pergaulan di antara jiran-jiran dan sanak-saudara maka tiada siapa yg hadir di majlis yg sepatutnya disambut bersama dengan kawan-kawan dan sanak saudara.??
Risau jugaklah..manalah tau zaman akan datang..bende ini terjadi pada kita pulak..hu hu haru jugak... :)
06 June 2011
Cuti sekolah - Musim Kenduri Kahwin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
maybe dia tak suka campur org kot. tapi saudara mara lain, mane?
Post a Comment