Ombak Rindu..
yg hangat di perkatakan.. cinta yg wujud tanpa di paksa datang secara tiba-tiba.
Satu anugerah dan ketentuan dari Nya.. Bagi mereka yg pernah membaca novel ini mungkin akan merasakan kehangatan cinta di antara izah dan haris tapi bagi diri insan yg seperti aku , aku menilaikan cerita ini pada sudut kasih sayang setiap insan di dalam filem ini.
Sayang kekasih pada kekasih di zaman kecil nya,
sayang ibu terhadap seorang anak sanggup melakukan apa saje termasuk tanpa rasa bersalah kepada allah menfitnah seorang insan lain yg tak berdosa hanya untuk melihat anak nya berjaya ,
sayang anak terhadap seorang ibu memenuhi permintaan ibunya bagi menyelamatkan maruah seorang ibu, sayang seorang kawan terhadap kawan lama nya sehingga sanggup menyerahkan anak sendiri kepada kawannya.
Terlalu banyak pengorbanan, kalau di kupas lebih mengikuti novel seperti kata penulisnya mungkin akan penonton akan lebih merasakan lebih kasih sayang di dalam filem ini, maka banyak lagi airmata yg akan tumpah di dalam panggung itu nanti :)
Macam mana pun thumb up untuk penulis novel, cuma rasanya bagi aku, lakonan Aaron agak krg umph!! sedikit berbanding di dalam drama Nor Elena. Maaflah yer Aaron.. komen dari peminat xpe kan.. Ada jgk dalm filem ni Aaron cakap tersekat-sekat seperti dalam lakonan-lakonan nya di dalam drama-drama.. Mgkn peminat fanatik akan marah bila baca tulisan zi ni tapi kalau x percaya ulangi beberapa kali, paling kurang pun 2 kali,..akan nampak kelemahan Aaron di situ, apa pun akak tetap peminat Aaron Aziz.. wink!wink!
Tp rata-rata cerita sekarang, byk memaparkan ibu kandung yg terlalu obses sehingga sanggup menidakkan kebahagiaan anak itu sendiri... Apakah realiti sekarang begitu?...Ya Allah minta-minta di jauhkan lah..semuga aku tidak di letakkan di dalam golongan itu.
30 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
meleleh2 air mata i u..haru betulll
Post a Comment