Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

04 June 2013

Pendaftaran program asasi di uitm

Hari ni ada training di 1FA, one utama, kalau ikutkan mmg tak larat nak pergi. Penat sangat. 3 hari berturut-turut, x dapat rehat. Lepas berkemas dan menyediakan makanan pagi dan tengahari untuk anak-anak 2+1, terus uruskan persediaan segala dokumen bagai, dari pembayaran duit untuk pendaftaran di Bimb, hinggalah urusan medical check-up.


perjalanan menuju puncak luar dari kawasan fakuliti, kat atas tu adalah asrama pelajar-pelajar
Tapi ingatan bagi yg pertama kali untuk mendaftar sebagai pelajar di uitm ni, xpayah lah iku peraturan yg diberi oleh borang dalam surat tawaran tu, maksudnyer, mengenai pembayaran permulaan untuk urusan pembayaran menerusi BIMB tu, kalau mengikut borang, pembayaran boleh dibuat melalui teller BIMB sajer, tapi sebnernyae, kena buat membuat bayaran melalui kaunter di BIMB sebab pembayaran ditellerr akan keluar message" no akaun yg dimasukkan adalah tidak sah". Pihak di BIMB sendiri mengaku pekara itu tidak boleh di laksanakan spt yg dinyatakan didalam surat tawaran tersebut. Harapan, biarlah pihak Uitm peka terhadap masalah ini. Sian pada parent yg terpaksa berbaris semula untuk membuat bayaran pula di kaunter.
fakulti-tempat mereka belajar, yg ni kat bawah bukit-tempat ibu bapa menunggu bas ketika hari pendaftaraan
Pada hari pendaftaran pula, sekali lagi pihak Uitm buat drama lagi, cuba di surat tawaran atau dipaparkan di website Uitm ada memberi nota peringatan pada ibubapa akan cara kemasukan di Uitm, dari soal pendaftaraan maupun untukkemasukan di asrama pelajar. Ini tidak, dalam surat tawaran menyatakan waktu pendaftaran bermula dari pukul 2.00pm sehingga 4.30pm tapi mujurlah kami datang awal sejam maka kami ada masa sedikit untuk membantu anak membawa segala keperluan menaiki bas yg disediakan di aras bawah kawasan Uitm tersebut seblm di bawa ke pusat pendaftaran sebelum mendapat kunci bagi bilik asrama masing-masing.
Blok dia A2, A3 salah satu blok Asrama putera, tapi yg kelakarnye berdepan dgn blok A2 adalah asrama puteri..mmg clear sgt kalau mereka x menjaga tatasusila

Semasa di dalam bas, urusetia memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa bahawa acara suaikenal akan bermula pada pukul 2.30 pd hariitu juga! Maka pelajar dikehendaki meletakkkan barang ke bilik masing-masing sekiranya ada masa dan terus berkumpul untuk menyertai acara suaikenal.  Bagi kami yg datang awal ni, alhamdulillah lah, tapibagi parent yg datang tepat pukul 2 dan ke atas, haru biru la jgk, dah lah kena beratur menunggu bas di tingkat bawah Uitm tu, kena beratur naik lif ke tingkat bilik asrama anak pulak, maklumlah ramai yg nak menaiki lif dalam satu masa, jd kenalah beratur jugak kan, masa tu lah lif rosak lah pulak..tak ke berpeluh nak naik ketingkat atas pula..adoi kesian..parent-parent kalau dah umur setakat abad kan?
abaikan penyapu dan segala yg tersangkut tu, semua kes nak cepat
Dan bile program dah bermula pula, barang dah x boleh bawak naik dah, kena pulak tinggalkan pada urusetia, dah kena isi borang lah pulak, takut barang-barang tu hilang..
Bilik bujang -xleh nak colorful

Tak ke satu kerja nanti, budak-nudak tu kena angkut naik atas selepas pragram orientasi tu annti, bila masa nak mengemas, bila masa nak gi makan, solat..kata kawan, biarlah itu satu hijad untuk pelajar..ye..faham sgt, tapi bagitahu lah awal, tak lah mak bapak tu bawak segala bagai..kan, sian depa kalu yg dtg dr jauh ..naik teksi lak tu, sampai sini kena angkut pulak barang naik bus..dan kenapa tak bagitahu awal awal bila acara itu bermula, kenapa tulis waktu pendaftaran pukul 2 sednagkan minggu orientasi bermula pulul 2.30? Pihak UITM x fikir ke tu semua..kalau kita selalu cakap itu cakap macam k.......kan?
Harap harap lepasni..pihak U perihatin la sikit no...Kita bukannak bagi lemak kat pelajar tu, cuma buatlah kerja tu proper sikit, nama U tu dah terkenal dah..tapi jgn 
Ah tunjuk macam U baru wujud kan? Caca marba semua!
Belajar dari kesilapan, jgn jadi setiap tahun macm ni yer, kesian pada kami yg dah tua-tua ni..(aku kira tua jugak lahkan)...
Apa-apapun terima kaseh kerana menerima anak ku mengikuti program asasi di sini. Walaupun dia kecewa x dapat tawaran ke over the sea, tapi ini pun dah kira alhamdulillah..mgkn ada hikmah di sebaliknyer...insya Allah

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: