Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

21 April 2016

Aku ingin bahagia kerana Allah itu Maha Adil

Pernah tak kita terfikir kenapa sangat sukar untuk kita hidup tanpa sedetik pun terbit perasaan dihati, membandingkan hidup kita dengan orang lain? Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding.

In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be.

Orang bijak hanya membandingkan hidup mereka dengan diri mereka sendiri Hidup bukan pertandingan. Hidup adalah perjalanan.

We are all on a journey to find something, to become something, to learn, to create. 

Kekurangan itu adalah memadai or dalam bahasa pasarnya - OK ( tiada orang yang akan sempurna ) Satu gambar tidak menceritakan keseluruhan kisah Kebanyakkan kisah kejayaan yang kita baca tidak menceritakan kegagalan mereka (kecuali untuk menceritakan bagaimana mereka berjaya mengatasinya)
Kamu insan yang istimewa dipilih Allah Kita akan membandingkan keadaan dan situasi kita yang terburuk, dengan keadaan mereka yang terbaik. Dari sudut pandangan apa yang kita lihat dan apa yang kita anggap pada ketika itu. Kita hanya melihat pada kelebihannya sahaja tanpa kita menilai kekurangannya yang lain.

Kita tertipu. 

Sebenarnya, kebanyakkan perkara yang ditonjolkan orang kepada dunia luar adalah berbeza dengan realiti yang sebenarnya. Manusia cenderung untuk hanya menunjukkan kegembiraan, kehebatan dan kesempurnaannya sahaja.
Sebagai contoh, bila ada seseorang bertanya khabar kita, berapa kerapkah kita memberi respons dengan mengatakan menceritakan keadaan sebenar hidup mereka dgn kita unless jika mereka benar benar sahabat sejati kita yang faham akan kita dan sentiasa ada bersama ketika susah maupun senang.
But most of person yang kita jumpa akan sentiasa tersenyum sambil mengatakan “Alhamdulillah semuanya OK.” Jangan salahkan mereka...mereka bukan hipokrit tapi mereka sedang berusaha macam kita juga..cuba menerima sebaik mgkn dan menutup sebaik apa jua kekurangan walaupun dgn sehelai kain yang nipis

People are less likely to reveal their negative emotions than their positive emotions.

Kita sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya. Oleh itu, kena fokus untuk perjalanan hidup kita ini Setiap orang adalah berbeza. Walau saudara kembar sekali pun. Tidak akan sama.Perjalanan kita tiada kaitan dengan orang lain. Hanya kita yang menentukan apa yang kita mahu dan dimana kita mahu pergi. Kehidupan diri anda dimasa kini dan kehidupan diri anda dimasa dahulu. Siapa diri kita sekarang adalah hasil daripada keputusan yang kita buat semalam. Kita sentiasa dalam proses perubahan. Sentiasa belajar menjadi matang. Kerana kehidupan kita akan sentiasa Mungkin kita boleh tuliskan dalam diari apa yang telah kita belajar dan apa masalah yang telah berjaya kita atasi. – boleh menjadi rujukan berguna pada suatu masa nanti.

Learn from your mistakes and try again. Remember that it’s not over when you lose, it’s over when you quit. 

Kena kembangkan nilai dalaman seperti suka memberi senyuman, bersedekah dan menyebarkan kebaikan disekeliling kita. Jadilah jiwa yang suka mengambil pelajaran dari kehidupan. Kita semua tidak perasan adalah kita semua hidup didalam masyarakat yang gilakan kesempurnaan dan glamour, membuatkan kita terikut-ikut tanpa sedar.Salah satu kekurangan yang ada pada diri ini.Astafirrullah Al Adzhim... (sesungguhnya hamba Mu ini sentiasa lalai) Kita membaca majalah. Kita menonton drama. Laman sosial menjadi teman baik kita.. Satu perkara penting yang harus kita hadam supaya tidak terjatuh dalam perangkap membandingkan hidup adalah:
Tiada yang akan sempurna sampai bila-bila. Belajar menerimanya. Memang kita perlu sentiasa improve tetapi jangan berharap untuk menjadi sempurna. Membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain adalah satu kebodohan. Tetapi mencari inspirasidan belajar dari kisah kehidupan orang lain adalah satu kebijaksanaan. Aku harus tenang dan kena sentiasa tersenyum. Setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri yang telah Allah lakarkan indah diatas pentas kehidupan. Pasti semuanya bersesuaian dengan kehidupan kita. Cuma kita terlalu naïf dan lemah untuk menilai dengan sebaik-sebaik penilaian terhadap semua takdir kita.

“Janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang orang yang beriman”. [ surah ali-imran ayat 139 ] 

Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan.
Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.

Allah itu Maha Adil.
 Kita semua istimewa dipandanganNya.
 Jika kita mulia dimata manusia lebih mulia lagi disisi Allah (something to ponder.. bagaimana kita ingin dilihat mulia di mata masyarakat?)...

Dan yang paling pasti...aku ingin bahagia dengan jalan yang bakal aku pilih di umur yg akan menjengah setengah abad ini.

Selamat jalan masa lalu.. I must be strong with the path that I've choose... Insya Allah...

Janji Allah itu pasti...semuga aku kuat untuk menghadapi kehidupan yang baru ini...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: