if you're lost you can look--and you will find me
time after time
if you fall I will catch you--I'll be waiting
time after time...
time after time
if you fall I will catch you--I'll be waiting
time after time...
#cyndi lauper#
My 1st prince bersama my princess - Ain |
Bukan nya teringat kan lagu ni cuma mengenangkan anak sulung yang semakin dewasa. He's not my little baby anymore. And time after time, he seem far away.. Maseh rindu dengan ciuman yg selalu di berikan olehnya walaupun sudah menjangkau umur 11 tahun, selalu aku mengelak bila dia ingin memberi ciuman, bukan tak suka..cuma bagi ku dia dah dewasa, aku jadi tak selesa, tapi ada sahabat berkata, masa dia tengah sayang kita , jangan kita tolak dia, sebab bila dah dah sedar dia dah dewasa, dia takkan memeluk dan mencium kita lagi..masa itu kita akan terasa...
Langkawi- Masa umur 5 tahun, |
Dan itulah yg aku rasakan sekarang, kami semakin jauh, bukan sekadar tinggal berjauhan tapi hubungan kami terasa agak dingin, dia bukan lagi menjadi pendengar setia ku, dia bukan lagi tempat ku menumpang kasih bila aku memerlukan "shoulder to cry on"... Tiada perselisihan faham diantara kami, cuma dia telah mempunyai teman yg untuk dia bermain kasih, meluahkan perasaan hati dan berkongsi masalah.
Bagi ku pula umurnya maseh muda untuk memulakan sesuatu hubungan "adam dan hawa", bila aku menyatakan kerisauan ku itu, dia hanya berkata "temannya itu hanya sekadar sumber inspirasi dan galakan dia untuk berjaya", sedih juga bila mendengar alasan beliau, apa taknya, aku bukan lagi pemberi semangat padanya, aku bukan lagi tempat dia bermanja dan aku bukan lagi tempat dia mencurahkan masalahnya..
Bersama "teman" merangkap sumber inspirasi katanya :p |
Kalau dulu, tak kira sakit atau tidak, setiap minggu dia mesti menghubungi aku, untuk bercerita keadaan dia di asrama, bila pulang bercuti, kalau tak mengambil cuti untuk beriadah dgn dia tak sah..dia akan sentiasa berada di sisiku. bercerita, bergurau senda malah ada saje aktiviti untuk kami berdua ataupun sekeluarga..
Sesungguhnya aku benar merindui anak sulung ku itu. Bukanlah ia merupakan anak kesayangan, cuma dia permataku yang pertama. Terlalu banyak cabaran membesarkan dia. Pernah satu ketika aku hampir kehilangan dia apabila dia di masukkan ke wad kecemasan disebabkan virus denggi, darah putih telah menutupi sel darah merah nya, plat darahnya semakin menurun.. suara nya begitu lemah, matanya sukar untuk dibuka bila aku memanggil nama nya ketika itu, masa itu Allah saja yg maha mengetahui betapa lemah seluruh anggota ku, tiada apa yg kupinta hanyalah memohon kepadaNya agar tidak terlalu cepat mengambil dia dari aku.
Kini dia semakin meningkat remaja, 16 tahun but his still my little boy... still manja but its seem I hardly know him now.. WHY?? Cuti sekolah bukan lagi waktu untuk dia bergembira bersama kami tapi kerap menyendiri dan tidak lagi mahu bergurau senda dengan adik-adiknya.. Pantang di cuit, sekejap aje boleh mencetuskan fenomena yg kurang selesa di antara kami..
Cuti persekolahan pertama 2011
Apa yg kurasakan berlaku lagi..sedih sungguh.. Tapi bagaimanapun kali ini, dia seolah-olah mengerti akan apa yg aku rasa. Entahlah...
Kini dia semakin meningkat remaja, 16 tahun but his still my little boy... still manja but its seem I hardly know him now.. WHY?? Cuti sekolah bukan lagi waktu untuk dia bergembira bersama kami tapi kerap menyendiri dan tidak lagi mahu bergurau senda dengan adik-adiknya.. Pantang di cuit, sekejap aje boleh mencetuskan fenomena yg kurang selesa di antara kami..
Cuti persekolahan pertama 2011
Apa yg kurasakan berlaku lagi..sedih sungguh.. Tapi bagaimanapun kali ini, dia seolah-olah mengerti akan apa yg aku rasa. Entahlah...
2 comments:
Zie,
dekat kan balik diri u dgn dia. Jgn tunggu dia buat. u mulakan dulu.Jgn jarakkan lagi.. Lambat2 nnt lagi haru.. That's why kami selalu amalkan kiss ni..I in fact leh kiss zam in front of everybody. Walau anak2 lelaki i semakin membesar, we still amalkam hugging and kissing.. My mom pun sentiasa kiss anak2 dia even anak2 buah tak kira lelaki or perempuan. Biasalah kalau boy dah ada hubungan dan girl. I dulu pun cam tu. remaja beb.. Tp u have to give extra attention to his minat. Gud luck.
Thanks yan, boleh kah di adaptkan semula hugging and kiss ni..? takut dia malu la plak.. Mmg selalu terasa macam nak hug dia tapi zi takut dia segan la plak..
Yg kecik 2 org tu mmg selalu buat pun tapi ni dah besar panjang.. he he
Yan, dari dulu hingga kini mmg admire you ni la...
Post a Comment