Adakalanya kita rasa kita boleh mengubah segalanya mengikut kehendak kita, adakalanya kita rasa apa yg kita buat itu semuanya betul, orang lain semuanya salah tapi pernah kah kita bersyukur dengan apa yg kita ada dengan apa yg kita terima..
Sesungguhnya Allah itu maha adil. Setiap apa yg di beri kepada umat-umatnya ada sebab-sebabnya. Cuma sebagai kaum Adam dan Hawa terpulang pada mereka untuk menerimanya. Aku juga tidak lari untuk merasai perasaan tersebut.
Kita mudah menilai orang lain tapi kita tak mahu menilai atau mengenali diri kita.. Akan ku cuba memperbaiki satu persatu kelemahan ku dan akan kuterapkan nilai-nilai itu juga kepada anak-anak ku terutama anak lelaki ku. Biar dia belajar mengenali diri nya sendiri, mengasihi diri sendiri sebelum belajar mengenali hati-hati teman-teman yg lain. Sekali telah terluka atau melukakan amat sukar untuk bertaut kembali..
Teman ketawa sememangnya ramai teman menangis memang sukar di cari. Mencari kawan sejati tidak semudah belajar a,b, c...
Bagaimanapun selagi hayat maseh ada, selagi pintu taubat masih terbuka, hidup di dunia ini tidak boleh di persia-siakan. Perjuangan ku mesti di teruskan..anak-anak adalah keutamaan ku.
He he... ter emo pulak pagi-pagi ni...
26 July 2011
Perjuangan mesti di teruskan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment