Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

13 July 2011

Satu Detik kita perlu berhenti

Tengahari td aku mempelajari sesuatu "apabila kita dalam keadaan tertekan, satu pekara yg harus kita lakukan iaitu berhenti berfikir mengenai duniawi dgn itu hati kita akan merasa tenang setenangnya".
Petang td menerima panggilan dari nasrul, dr suaranya dapat ku agak dia dalam kesedihan tp oleh kerana dia telah berjanji utk menjadi seorang yg tabah, dia seolah-olah cuba menyembunyikan nya. Duhai anak ku, ketahuailah oleh mu, sesungguhnya banyak lagi cabaran yg harus kau lalui. Setiap detik dan waktu berbagai cabaran yg akan datang dan setiap cabaran itu menjadikan dirimu lebih dewasa.


Kalau ibu dapat sedikit mengubah taraf hidup kita, ibu yakin nasrul akan buat lebih baik dari itu. Mungkin itu juga yg difikirkan oleh :teman mu" itu., untuk menjadi yg terbaik tanpa sebarang emosi. Ambil ini satu cabaran, bangkit semula setiap kali kau terjatuh. Mungkin di saat inihati mu sunggih pedih dari luka yg tak di ketahui betapa dalamnya tapi demi adik-adik nas yg istemewa itu, balutlah luka mu dengan kembali kepada yg SATU. Hanya DIA yg lebih mengetahui.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: