Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

10 September 2012

Menjelang Zulkaedah

Kalau dulu x sabar-sabar nak upload gambar hari Raya dalam Blog or FB tapi tahun rasa cam malas la pulak..sebabnya kurang bergambar dan rasa penat sepanjang masa. Tahun ni pun kami kurang pergi beraya, boleh di kira rasanya, suami pun kerap sangat x berapa sehat..mungkin disebabkan cuaca juga. Dalam minggu cuti perayaan. Boleh di kira hari yg x hujan, selbihnya setiap petang atau awal pagi mesti hujan, bukan setakat hujan rintik sahaja tapi lebat..., anak-anak apa lgi, pantang hujan, x nak keluar..activiti mereka tido hmm..ibunya...apa lagi menyelit rasa lega pun ada, rasa bosan pun ada..ha ha
Ada la juga gambar yg di ambil mengunakan camera phone...tapi x lah secanggih mana... boleh la upload  kejap lagi... orang upload gambar di awal perayaan, zie upload gambar di hujung syawal dah nk masuk zulkaedah dah...


Hari ni tiba-tiba terlintas nak update blog, ini penangan adik Eynda Diary.. la ni, tgk salad dia makan pagi tadi..hish..memang mencabar betul adik ni... Bila plak kak zi nak mula diet balik nih...
Setiap minggu ada ja open house dan jemputan kenduri kahwin. Ada satu hari sampai 5 buah rumah, sampai yg ketiga dah jamah buah jer..belum lagi pergi yg ke 4 dan ke5.. Suami marah kalau x jamah sikit, katanya menghormati tuan rumah..adoi... dah x boleh nak sumbat..kang terkeluar kat situ jgk kang naya..


Cerita bab Raya memamng x seronok sangat, tapi cerita bab persediaan hari tu memang best, sebabnya, pergi shoping yg berkali-kali, sampai x boleh nak kira.. Mula-mula shoping untuk anak lelaki yg kecil 2 org tu...yg tu senang jer, walaupun yg umur 11 tahun badan semangat ya amat. Kemudian shopping untuk Zie ngan anak perempuan..ha ha..yg ni best sebab kami redah aje yg mana rasa boleh. kalau baju kurung..beli di kiosk-kiosk yg di buka masa perayaan tu, sebab boleh tawar harga sampai tukang jual geleng kepala dgn perangai kitaorg... akhirnya bila dah dapat senyum lebar sampai telinga.

Waktu teman hubby gi shopping lagi best...dia seronok dapat baju melayu kegemaran dia, siap bagi duit lagi kalau ada yg berkenan di hati lagi, apa lgi, masa tu pulak pearl  haya buat sale...walupun orang ramai..redah jugaklah..bukan byk pun beli, cuma yg penting dapat ambil satu pun jadi..yg penting bukan senang nak dapat harga runtuh macam tu.
Bila anak yg sulung balik dari asrama, gi shopping lagi...yg untung ibu die la..setiap kali shopping, boleh cuci mata sekali, walaupun x membeli..tapi window shopping ni kan terapi minda..ha ha.. hilanglah semua stress yg ada...
ehh tadi kata nak upload gambar kan, kejap yea...tapi kena buka mata besar sikit la..sebab al-maklum gambar yg x cukup cahaya, pixel pun x seberapa.. malas betul nak edit gambar..he he

gambar agak blur.. tukang ambil penat bagi arahan, ibu nyer sajer yg ready nak posing
Hilmi 3rd son..makin berisi dari tahun ke tahun
sufi d youngest

hilmi lagi :)
hubby yg susah nak bergambar
 
anak bujang yg juga susah untuk bergambar
baru perasan kekurangan gambar anak gadis yg sorang tu.. Dah ambil gambar dia rasanya tapi dalam camera yg x berapa nak canggih, tgk lah malam nanti kalau sempat boleh upload gambar...
Ingat nak tambah ayat lagi..tapi nak kena habiskan list of drawing yg hilang di sebabkan oleh pekerja yg buat kerja tak iklas ni..heee geram.








Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

30 July 2012

Nyanyian hati

Memang berabuk giler dah blog ni, bukan xnak menulis, tapi mmg bz giler.., bila x busy, x tahu nak update apa..bukan xde idea, tapi nak update apa, pasal jalan-jalan? makan-makan? mana la ada ongkos nak ke sana-ke sini, Nak gi makan-makan kat luar? zie ni pun bukan jenis orang yg banyak duit, setakat makan sorang boleh la lepas..kalau bawak hero-hero plus daughter and hubby... boleh hilang budget makan seminggu..hu hu...
Weekend, activity penuh dengan house cleaning, masak,, membasuh..etc...routine mingguan..yg rasanya x pernah habis... So kalau nak jalan..memang ada skip salah satu atau 2 akitvti mingguan..kira mengelat la...Selalu gi window shopping...bukan shopping pun, setakat melepaskan stress dan boleh-lah nak membeli setakat item 5 hengget di Daisho..ataupun beli roti dan bun untuk di bawa pulang untuk anak-anak...
Bila fikir balik...kecik nyer poket ni sekarang ..hu hu atau barang dah semakin mahal...??
Entahlah..tapi rasanya tahun ni memang tahun mencabar, mencabar segala minda...
Puas baca buku irfan k tu...rasa cam mudah jer nak buat duit, tapi nak implement tu, x tahu nak mula dari mana. Buku rich Dad, poor dad poor dad? hempgh...dah berulang kali baca...masa baca tu memang motivate habis la...tapi rasanya dgn umur cam nie dah agak lewat untuk bermula kot.. unless I've hubby yg kaya sikit la..boleh bagi modal..ha ha...TU la masa nak kawin dulu nak cari yg handsome jer...ha ha... (mati kalau laki baca ni)....he he
Lagi 20 hari nak berhari raya, dalam bulan ramadhan ni memang berjimat la jugak.. tapi still rasa gerun nak menanti hari raya nanti... Rasa tahun ni kena close house kot... Xde apa yg kami prepare untuk persiapan hari raya nanti...
Dah last..sedih pulak nak tulis bab hari yg akan menjelang nie...
Kena positive...
Insyallah, akan ada jua sinar satu hari nanti :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

06 June 2012

bermula lagi

Salam semua, berulan-ulang kali ayat yg sama yg keluar..nak update blog, nak edit blog..nak kemaskan blog, tapi buat nyer tidak...sibuk memanjang... Waktu lunch breaks aje ada masa nak menjelajah blog-blog nak baca lagi nak update lagi... tapi yg pasti menjelajah blog lagi best dari buat entri untuk blog sendiri.. he he... Bukannya apa, selalu update status harian dlm diary, sampaikan anak dara yg kat rumah tu bising, "apalah ibu ni, ada blog tak nak tulis, tulis jugak kat diary.
Masalahnye..kalau nak update blog kena bukak lappy, bila dah buka pula..sibuk nak tgk status fb kawan-kawan.., tengok jualan online..banyak sangat tempat nak di jelajah. he he.. Bila dah lam menjelajah..mengantuk pula...hemm nak tido... Diary letak kat katil jer...senang jer, bila nak tido..buka diary, tulis mana yg nak di luahkan.. "kenapa tak update semula kat blog?" he he..mesti ada soalan macam tu kan?... "malas!"..itu jawapannyer..sebab menyalin dgn menulis terus..feel tu x sama...betul tak?
Tapi lepas ni bertekad la jugak.. nak jadikan blog ni sebagai diary harian.. cuma kena banyak cover line jugalah.. sebab manalah tau..sebab blogspot ni ramai pengguna nyer...
Kalau ada budget lebih macam nak dapatkan ipad, boleh lah bila-bila masa update blog ni... samsung note pun okay gak...
Tapi..kena tunggu durian runtuh gak tu...


Hari ni nak cerita sikit... minggu ni memang risau semacam, risau sebab lepas cuti ni my eldest ada menjalani semester exam la pulak... Walaupun semester lepas dapat lepas 3.5 tapi semua subjek sains tulen dia x reach 80 above.. risau sangat-sangat... Tapi lagi risau tengok dia yg susah nak keluar rumah sekarang..siap kena paksa lagi tu... Stay up sampai tgh malam... tapi bangun pagi ..hemm usah cakap la..pukul berapa... subuh memang akan dngar lah dendangan suara mengejutkan dia... payah betul...


I want my son to be happy...bukannnya dok stress nak dapatkan pointer tinggi, but at the same time I'm worried..takut yg exam dah x lama lagi...adoi... NI ibu yg stress ke anak yg stresss...


Bila difikir-fikir duniawi duniawi... terbaca status dari FB seorang kawan ni..."Jika kita semakin sibuk dengan hal-hal duniawi, bermakna kita semakin jauh dgn Allah".... Ya Allah...rasa macam kecil la sangat...


Balance kena balance... nih... macam mana lah tak stress kan...


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

26 April 2012

Sooo..... cute


He he suka sangat picture ni, sebenarnya x kenal pun siapa gadis comel ni...tapi disebabkan muka dia mirip-mirip si gadia yg bernama Alia yg ku kenali.. tu yang nak letak kat blog nih... Cam ner Alia... nanti kalau Auntie ada modal buat bisnis online nanti...boleh jadi model untuk Auntie tau... dah chop awal-awal dah nie.. Itupun kalau rezeki Alia ada kat Malaysia lagi la.. tapi kalau dah pergi over the sea... hmm..kena cari model lain la plak :) Ini gambar the real Alia.. hampir sama kan dengan model di atas tu :) cuma muka ni muka bersih tanpa secalit mekap..tapi still manis kan...


Jgn marah ya alia..curi gambar alia dari blog heee.... Sebenarnya tgh kehabisan idea yg bertimpa-timpa..macam nak update..tapi xde gambar x best...kan.... okay cukup...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25 April 2012

blue mode


Gambar ni di ambil masa pergi melawat dua 2 minggu lepas.. "x tahu kenapa gambar di ambil semua dalam cahaya biru..,mungkin bumbungnya biru agaknye... saje jer nak ambil gambar PAP ni..sambil menunggu dia makan..saje snap-snap jer.." As always mmg susah giler nak ambil gambar... Nanti bila ibu ada duit nak beli canon 70D..boleh snap setiap pegerakan dgn pantas... he he... Sebenarnya xde apa nak update lgi..sebab maseh x puashati x dapat nak mengedit blog ni lagi...bukannya nak cantik cuma x nampak kemas...

Nanti kalau dah habis edit boleh update lagi ..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

20 April 2012

Yuna - Terukir Di Bintang



Tak sempat nak update blog ni lagi..kerja banyak..balik rumah dah penat, weekend pun penuh dengan aktiviti as mother of 4..hu hu... Sebab suka sangat dengar lagu ni... so layan dulu yea...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

07 April 2012

KANAK -KANAK AUTISTIK ( AUSTISM)

Dipetik dari blog Dr. Hamid Arshat
Riwayat sesorang kanak -kanak yang menunjukkan ciri -ciri austisma. Kes -kes autisma yang dikesan dan dikenal pasti masing -masing mempunyai perbezaan dari segi perkembangan dan tingkah laku penghidap autisma. 
Menurut pakar ini ada kaitannya dengan faktor baka ,pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempergaruhi perkembangan  seorang anak yang autistik dan cara dia membentuk personalitinya. Tetapi , hampir semua kanak -kanak autisma menunjukkan ciri -ciri seperti di bawah ini :

1.  Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak -kanak lain. Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya , jika seseorang bertanya " sudah makan ? " , dia menjawab " sudah makan ". Jika ditanya " sudah minum ? " , dia jawab " sudah minum ". Dalam istilah Inggeris , ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga " ,  "tak mahu minum "dan sebagainya.
      
    
Komen saya: Pada awalnya memang mereka mempunyai masalah komunikasi contohnya anak ketiga saya yang di kategorikan sebagai mild autism oleh doktor pakar, pada umur 2 tahun dia maseh belum menyebut ibu ataupun ayah..segala perkataan dan ayat adalah "mama" Pada mulanya perasan la jugak..kenapa pula anak sorang ni panggil mama. tapi menjadi pelik bile dia ingin meminta makan ataupun minum susu dia akan menjerit "mama, mama" beberapa kali...Suami saya juga di panggil "mama"... pd mulanya memang agak kelakar tapi saya yg x berpuas hati pergi bawa anak berjumpa dengan "child specialist"..nak tau apa jawapan yg saya dapat?...
Itu biasa saje "mak" (panggilan doktor pada setiap ibu yg di temuinya) ... tapi memang saya x puas hati. Merujuk kepada talian maya.. tapi semuanya tidak memberi jawapan sebab Hilmi (nama anak saya) tiada ciri-ciri tersebut... Akhirnya saya mendesak doktor pakar merujuk kes anak dan membuat diagnosis (hearing test dan apatah lagi.. semua wayar bersambung -sambung di kepala anak saya.)


2.  Suka bersendirian. Kanak -kanak autisma tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan denganorang lain. Dia seolah -olah hidup dalam dunianya sendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai , dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat gerakbalas. Dia berkelakuan seperti kanak -kanak pekak , buta dan bisu.

3.   Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak autisma biasanya akan leka bermain sehingga berjam -jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil , dialihkan atau hilang.

4.   Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak -kanak autistik akan menunjukkan tingkah laku yang bermacam -macam ragam dan pelik seperti menepuk -nepuk tangan , menjegkit -jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar -mutar benda seperti tudung botol dan alat -alat permainan seperti mangkuk -mangkuk plastik serta mengumpul batu -batu , bermain suis lampu dan sebagainya .

Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir 30 peratus kanak -kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang -jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak -anak autistik. 

Bayi -bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemar mengikut -ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak -kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak -kanak autistik yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakap seperti kanak -kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.

Adakah autisma sering berlaku ?

Bilangan sebenar kanak -kanak yang menghidap autisma dinegara ini sukar didapati kerana kadangkala , ciri -ciri yang digunakan untuk mengenali kanak -kanak autisma berbeza di kalangan para penyelidik. Walau bagaimanpun , adalah dianggarkan terdapat empat orang kanak -kanak autistik bagi setiap sepuluh ribu kanak -kanak. Mereka mempamerkan ciri -ciri kanak -kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian , tidak boleh bergaul langsung dengan kanak -kanak lain , menunjukkan tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa.
Tetapi , ada ramai juga kanak -kanak yang tidak menunjukkan kesemua ciri -ciri yang disebutkan ini. 

Dari pengalaman saya , ramai lagi kanak -kanak yang menunjukan ciri -ciri autisma tetapi tidak sepenuhnya. Kanak -kanak dalam golongan ini juga perlu dikenal pasti supaya program pemulihan dapat diaturkan segera. Dengan latihan khas , mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap -harapkan. 
Yang anehnya , penyakit autisma ini sering terdapat di kalangan kanak -kanak lelaki. Dari seramai 40 kanak -kanak autistik yang , hanya empat orang sahaja kanak -kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak -kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yang menyatakan bahawa kanak -kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga -keluarga profesional.

Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia sahaja mempunyai hampir 80 kanak -kanak autistik yang berdaftar. Saya percaya masih ramai lagi kanak -kanak autistik yang tidak diketengahkan untuk dikenal pasti. Besar kemungkinan juga , para profesional sendiri kebanyakannya kurang berpengalaman tentang autisma atau tidak dapat meluangkan masa untuk menilai kanak -kanak autistik ini. Kanak -kanak ini mungkin dikatakan rencat akal , bisu , pekak dan sebagainaya.
Apakah puncanya ?
Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku . Sesetengah kanak -kanak pekak , kanak -kanak yang menghidap penyakit seperti congenital rubella , penyakit baka phenylketonuria , sindrom Fragile - X , tuberous sclerosis , kanak -kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan  ( perinatal ashyxia ) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakan menunjukkan ciri -ciri autisma. Tetapi lazimnya , pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkan apa -apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Kanak -kanak autisma dan keluarganya.

Cara mengendalikan anak yang autistik berbeza antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak autistik yang berusia 1 1/2 tahun boleh dipaksa dan diasingkan tempat lain jika didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi , jika dia sudah berusia lebih daripada tiga tahun dan mempunyai tabiat yang degil , ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak -kanak autistik ini dan mempelajari cara -cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah -kaedah seperti ini memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah.

Peluang untuk melawat sahabat - handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti -aktiviti  seperti membeli belah , nersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan.

Kanak -kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya , mereka sukar mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Kelatihan mental boleh menggugat kesihatan mereka.

Adik -beradik kepada kanak -kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah emosi. Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen -komen yang tidak membina dan menyinggungperasaan keluarga ini.

Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami -isteri dalam usaha mereka mencari jaln untuk mengatasi masalah -masalah yang timbul sehingga boleh mengugat kestabilan rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali pada saya ialah kebanyakan pasangan yamg mempunyai anak -anak yang autistik , terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Pada pandangan saya , rasa tangungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala -galanya  dan masalah -masalah yang dihadapi tidak dibarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka.

Cara mendidik dan mengatasi masalah -masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanak -kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Saya pernah bertemu kanak -kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw -puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak autistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan kekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.
Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik dan mengasuh anak itu.

Bolehkah kanak -kanak autistik pulih ?
Kebanyakan kanak -kanak autistik masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa walaupun setelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak sesuai memegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi , mereka boleh dilatih untuk pekerjaan -pekerjaan yang memerlukan kemahiran -kemahiran tertentu seperti  mekanik kereta, pembetul anda piano,jurukomputer, jurukira dan sebagainya memandangkan kebolehan yang mereka miliki.  Ramai juga kanak-kanak autistik yang didapati terencat akal dan mereka akan memerlukan latihan-latihan khas yang sesuai dengan keupayaan intelek mereka.
Untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran , kanak-kanak autistik ini perlu dikenal pasti dari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan.  Matlamat latihan adalah untuk memperbaiki tingkah laku yang agak aneh, membolehkan mereka mencapai kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain seberapa baik yang boleh.  Teknik-teknik pendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain tingkah laku (behaviour midification techique).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan mendapatkan nasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan kanak-kanak austisma supaya mereka sendiri  dapat menggunakan teknik-teknik ini setiap hari dirumah.  Ibu bapalah yang menjadi guru terutama yang perlu memahami objetif-objktif latihan dan rawatan untuk anak mereka. Kadangkala, doktor menggunakan ubat-ubat tertentu untuk merawat kanak-kanak ini tetapi sehingga kini,  masih belum ada ubat yang benar-benar mujarab bagi merawat sebahagian besar kanak-kanak autistik.

Persatuan kebangsaan Autisma Malaysia telah membuka dua buah kelas yang menawarkan pendidikan khas kepada kanak-kanak autistik untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang dianggap tidak sesuai.  Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan. Matlamat kelas-kelas ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak autistik serta melatih mereka agar berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai kemahiran hidup yang mungkin berguna  apabila dewasa.

Dalam usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan termasuk terapi muzik, terapi perhubungan dan psikoterapi.  Ibu bapa yang mempunyai anak autistik perlu mendapatkan peluang untuk berbincang sesama sendiri tentang masalah-masalah yang dihadapi.

Di negara-negara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatun untuk membolehkan mereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sesama mereka sambil saling memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa yang dialami.  Sekali-sekala, ibu bapa kanak-kanak autistik juga memerlukan masa untuk berehat bersama jauh daripada anak autistik mereka. Ini penting untuk menyegarkan semula fikiran mereka supaya mereka dapat merasai nikmat kehidupan berumahtangga.

Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-kanak autistik secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di negara-negara maju untuk membantu keluarga yang terlibat.


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS