Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

14 April 2011

Semakin Penat berlari.....

Kebelakangan ni, rasa teramat letih, letih dalam segala-galanya. Rasa tak sanggup lagi nak mengadap kerja yg semakin hari semakin bertambah tanpa di undang. Buat kerja yang tiada dalam scope pun ada. Kerja sendiri tak tergapai, kerja orang lain pula kita kena selesaikan. Tapi orang yg kita tolong tu tak appreciate langsung kena marah adalah, macam seolah-olah kita ni menyibuk dengan kerja diaorang.. hei excuse me!.. kalau kerja kamu org tu perfect sangat kenapa perlu ada satu group ditubuhkan untuk membantu kerj a you all tu... hish..geram sungguh.
Life sendiri pun rasa tak sempurna sekarang. Pagi, kalau tak terkejar-kejar, kelam kabut menyediakan anak-anak ke sekolah, pakai tudung pun dalam kereta, balik jangan kata nak masak, nak kemas rumah pun tak larat..ya Allah kenapa lah letih teramat letih kehidupan ku kebelakangan ini.
Kalau nak di kata kan usia semakin meningkat tapi kenapa ini tidak terjadi pada teman-teman yg sebaya dgnku.. Maseh ada yg boleh berlibur ke sana-kemari, maseh boleh menikmati makanan yang enak-enak di luar. Sedangkan aku hari minggu tidak boleh di istiharkan waktu berehat..waktu itu jugaklah menimbum cucian yg harus diuruskan, kasut sekolah yang perlu di basuh, ruma yg perlu di kemas..belum habis di dalam, di luar juga perlu kan perhatian.. ya Allah bila semua ini akan berakhir...
Bukan ingin mengeluh, bukan juga ingin meratapi tapi sesungguhnya diri ini terlalu penat untuk berlari mengejar segala yang perlu di uruskan dalam sehari..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Yan said...

berhenti lah zie..penat dah tu..

Anonymous said...

Tiap kali lepas solat berdoalah tiga kali "Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku. Permudahkanlah urusan dunia dan akhirat keluargaku"