Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

19 September 2013

6 months in SCOMI Rail

Lets the picture's talk :)


SCOMI 10 years celebration


Sambutan 10 tahun NKLF - Berkumpul awal pagi 


Upacara potong kek he he kenal tak?
Sarapan pagi yang di sponsor SCOMI.. erk!.....

Farewell lunch for one of SCOMI members - Shah Hazli -very nice person


Girls posing

SE staff

Engineering raya gathering









kecik sangat kan, nanti ek..kalau sempat kita download size asal..maklumlah menempek camera canggih orang hu hu

NKLF Raya gathering


Kitaorang menang Stall terbaik tu - Juara lagi.... :)
Dapat RM150 hengget..ok la kan...

buluh yang ditebang dekat sungai Choh..hik hik

nampak tak bunga kat tengah tu..hu hu.. itu kita yg deco tau...



Jejaka yng menghias stall kitaorang..

Pasangan adik dan kakak he he


our stall


Ini yang sebab kitaorang menang nih..he he
Itulah serba sedikit activiti makan kat SCOMI...mana tak naik badan.. tapi still xboleh menderma darah gak sebab kurang dari 46 kg..aduis..sorry long next time kalau along masuk hospitallagi..sure zie dah gain sampai 50kg sebab aktiviti makan kat Scomi ni tak mengenal sempadan..ha ha




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

03 September 2013

Dzul Iman


Lama betul tak update blog ni, bukan xde semangat nak update, semangat tu ada, tapi masa tu xde. Ni pun sebab datang awal seblm mula kerja. Kat sini kerja flexible hours, sampai tadi pukul 7.48 pagi. Tapi bukan boleh balik pukul 5 pun, kat sini waktu standard balik 5.30p.m. Sebenarnya okay je kalau nak balik pukul 5 sebab kita sampai awal kan, tapi kita orang Asia ni dah terbiasa dgn fixed hours, bila nak buat flexible macam tak faham la pulak. 
Ada boss Aussie kat sini, dia masuk pukul 7.30. Tepat 4.30 dia dah balik dah..sebab bagi dia dia nak commit tugas dia then itu waktu pilihan dia. Bagi dia kalau nak tunggu kerja habis, samapi bila pun x kan habis..(betul juga tu kan)..Tapi biasalah nama pun org Melayu kita ni..berdispilin (kunonnya..ha ha)... perasaan takut tu sentiasa ada (dalam hati sentiasa berkata eh!boleh ker?, xde org nak sound ker?..huh macam-macam)

Eh eh dah melalut sebenarnya nak cite yang 2 orang anak yg bersekolah rendah tu dah ada tempat untuk di transit lepas waktu sekolah. Alhamdulillah ada juga taska biasa yg terima kanak-kanak istemewa macam anak kita tu. Cikgu-cikgu semuanya lemah lembut. Pentang mereka bukan sekadar transit di situ..mereka di ajar membaca Qirati, sembahyang serta doa-doa harian. Displin pun dalam islam. Semua kanak-kanak di situ diwajibkan sembahyang termasuklah anak kita yang istemewa tu. Seronok mereka.

Anak kita memang dah lama x mengaji semenjak kerja dah jauh ni kan.. bila jumpa tempat yg ada mengajar mengaji nie, rasa amat bersyukur sangat. Kalau ikut budget mmg lah kurang tapi in sya Allah. setiap anak ada rezekinya.. aminn.

Mula-mula mereka mmg seronok bila pergi ke sana.., lately ni hari-hari komplen x cukup makan..adoi..mungkin sebab murah kot, thats way makan lauk sejenis saje.. ayam satu, lauk kuah. Yg kecik tu mmg makan lambat, dan dia xsuka kuah, kalau dah letak kuah dia terus xnak makan.
Setiap kali bila balik pteng mereka komplain, lapar, dahaga...  Ya Allah.

Bila berbincang dgn suami, dia kata bab makan tu, biarlah balik kita boleh kasi makan, tapi bab akhirat tu kita x sempat nak bagi mereka tu semua..jadi biarlah dia suffer bab makan dan minum tu, sebab balik rumah pun kita bagi diaorang makan jugak,....

Hemm mungkin ada betulnya...
Okaylah bos dah sound he he

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 July 2013

Happy birthday to me

Assalamualaikum semua,

Today its my birthday, i expect the first person wishing me is my beloved eldest son, but hampa.
Apapun, gembira juga sebab terima birthday wish dari anak perempuan (walaupun bukan anak sendiri) yg comel dan cute (muka cam selena gomez gitu) "Alia Aqmar". Thanks you dear :)

Okaylah x nak sedey sedey.. Nak cite pasal my birthday wish he he..ini impian jer la..kalau xde orang nk bagi, nampak gaya untuk memuaskan hati, kena beli sendiri la gayanya... Nak tengok apa kite punye birthday wish

jeng jeng... besar lagi tu..ha ha.. Ni angan-angan jer, ini bukan termasuk dalam wish list pun ngeh ngeh
Nak yg cam ni jer..simple jer kan..kalau bukan tiffany..ala-ala tiffany pun ok jer.. :)
Sekadar wish list x salah kan..semua org mempunyai wish list g berbagai, samada mampu atau tidak, ikut kemampuan yg nak membeli tu la kan..
Apa-apa pun yg benar-benar harapkan adalah di beri keberkatan dalam setiap apa yg dilakukan, dan semuga pintu taubat untuk ku belum lagi tertutp untuk diri ku yg x pernah lari dari melakukan kesilapan.. Amin-amin ya rabbal Alamin..

Nak buat kerja dulu, kalau sempat nanti kita sambung pada post lain yea.. Daa..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

04 July 2013

Upcoming wish :) Thank u Scomi

Thank u Scomi
He he walaupun besday sambut tengah bulan puasa, tapi Scomi dah bagi wish untuk "July babies"..he he baby ker lagi hik hik... yelah.. tak yah nak berkata-kata..tau sgt kita dah tua dah..hu hu... 
Tengah berkira-kira apalah si suami nak bagi ni yea... bulan puasa..ni..x kan nak kumpul sekali sampai raya kot..xbest! xbest! nanti dapat duit raya jer...
Nak lain hu hu...
apa yea bloggers semua..? nak minta apa yea..bagi la idea... tahun depan..x dapat apa pun, wish pun tidak, bagi kek pun tidak...kali ni nak demand..kena beritahu nak apa...

Jeles tgk Nana Mahzan, byknya dapat hadiah, maklum lah celebrity la katakan, husband usah cakap lah..dapat tiffany lagi... Emm..kalau dapat ala-ala tiffany pun ok gak ek...
Kali ni nak minta my niece bagi jugak..kena bagi...sebab sorang tu dah kerja, sorang lagi..dah kaya sebab simpanan dia mengalahkan orang dah bekerja 20 tahun!...

Anak lelaki yg bujang tu..kasi bunga pun ibu rela terima..Itupun kalau dia nak bagi la..
Untuk en Suami, tolonglah jgn belikan kek atau pizza... dah muak lah dear... Kalau nak rasa steak, kita pun boleh masak steak sendiri... ingat Syura jer ke boleh jadi juara, kita pun kalau masuk belum tentu juara..ha ha...

Okay, bloggers, stalker and whatever..kalau dah tumpang lalu tu..(eh eh ada ker?... :(   )tolong bagi idea yea...terima kaseh sgt-sgt..!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

04 June 2013

Pendaftaran program asasi di uitm

Hari ni ada training di 1FA, one utama, kalau ikutkan mmg tak larat nak pergi. Penat sangat. 3 hari berturut-turut, x dapat rehat. Lepas berkemas dan menyediakan makanan pagi dan tengahari untuk anak-anak 2+1, terus uruskan persediaan segala dokumen bagai, dari pembayaran duit untuk pendaftaran di Bimb, hinggalah urusan medical check-up.


perjalanan menuju puncak luar dari kawasan fakuliti, kat atas tu adalah asrama pelajar-pelajar
Tapi ingatan bagi yg pertama kali untuk mendaftar sebagai pelajar di uitm ni, xpayah lah iku peraturan yg diberi oleh borang dalam surat tawaran tu, maksudnyer, mengenai pembayaran permulaan untuk urusan pembayaran menerusi BIMB tu, kalau mengikut borang, pembayaran boleh dibuat melalui teller BIMB sajer, tapi sebnernyae, kena buat membuat bayaran melalui kaunter di BIMB sebab pembayaran ditellerr akan keluar message" no akaun yg dimasukkan adalah tidak sah". Pihak di BIMB sendiri mengaku pekara itu tidak boleh di laksanakan spt yg dinyatakan didalam surat tawaran tersebut. Harapan, biarlah pihak Uitm peka terhadap masalah ini. Sian pada parent yg terpaksa berbaris semula untuk membuat bayaran pula di kaunter.
fakulti-tempat mereka belajar, yg ni kat bawah bukit-tempat ibu bapa menunggu bas ketika hari pendaftaraan
Pada hari pendaftaran pula, sekali lagi pihak Uitm buat drama lagi, cuba di surat tawaran atau dipaparkan di website Uitm ada memberi nota peringatan pada ibubapa akan cara kemasukan di Uitm, dari soal pendaftaraan maupun untukkemasukan di asrama pelajar. Ini tidak, dalam surat tawaran menyatakan waktu pendaftaran bermula dari pukul 2.00pm sehingga 4.30pm tapi mujurlah kami datang awal sejam maka kami ada masa sedikit untuk membantu anak membawa segala keperluan menaiki bas yg disediakan di aras bawah kawasan Uitm tersebut seblm di bawa ke pusat pendaftaran sebelum mendapat kunci bagi bilik asrama masing-masing.
Blok dia A2, A3 salah satu blok Asrama putera, tapi yg kelakarnye berdepan dgn blok A2 adalah asrama puteri..mmg clear sgt kalau mereka x menjaga tatasusila

Semasa di dalam bas, urusetia memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa bahawa acara suaikenal akan bermula pada pukul 2.30 pd hariitu juga! Maka pelajar dikehendaki meletakkkan barang ke bilik masing-masing sekiranya ada masa dan terus berkumpul untuk menyertai acara suaikenal.  Bagi kami yg datang awal ni, alhamdulillah lah, tapibagi parent yg datang tepat pukul 2 dan ke atas, haru biru la jgk, dah lah kena beratur menunggu bas di tingkat bawah Uitm tu, kena beratur naik lif ke tingkat bilik asrama anak pulak, maklumlah ramai yg nak menaiki lif dalam satu masa, jd kenalah beratur jugak kan, masa tu lah lif rosak lah pulak..tak ke berpeluh nak naik ketingkat atas pula..adoi kesian..parent-parent kalau dah umur setakat abad kan?
abaikan penyapu dan segala yg tersangkut tu, semua kes nak cepat
Dan bile program dah bermula pula, barang dah x boleh bawak naik dah, kena pulak tinggalkan pada urusetia, dah kena isi borang lah pulak, takut barang-barang tu hilang..
Bilik bujang -xleh nak colorful

Tak ke satu kerja nanti, budak-nudak tu kena angkut naik atas selepas pragram orientasi tu annti, bila masa nak mengemas, bila masa nak gi makan, solat..kata kawan, biarlah itu satu hijad untuk pelajar..ye..faham sgt, tapi bagitahu lah awal, tak lah mak bapak tu bawak segala bagai..kan, sian depa kalu yg dtg dr jauh ..naik teksi lak tu, sampai sini kena angkut pulak barang naik bus..dan kenapa tak bagitahu awal awal bila acara itu bermula, kenapa tulis waktu pendaftaran pukul 2 sednagkan minggu orientasi bermula pulul 2.30? Pihak UITM x fikir ke tu semua..kalau kita selalu cakap itu cakap macam k.......kan?
Harap harap lepasni..pihak U perihatin la sikit no...Kita bukannak bagi lemak kat pelajar tu, cuma buatlah kerja tu proper sikit, nama U tu dah terkenal dah..tapi jgn 
Ah tunjuk macam U baru wujud kan? Caca marba semua!
Belajar dari kesilapan, jgn jadi setiap tahun macm ni yer, kesian pada kami yg dah tua-tua ni..(aku kira tua jugak lahkan)...
Apa-apapun terima kaseh kerana menerima anak ku mengikuti program asasi di sini. Walaupun dia kecewa x dapat tawaran ke over the sea, tapi ini pun dah kira alhamdulillah..mgkn ada hikmah di sebaliknyer...insya Allah

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25 April 2013

3+ 1 ... Bukan untuk suami yer :p

Assalamualaikum, sebelum jari jemari menari nari (cewah..ayat bunga sikit).. dgn lajunyer... kena buang segala habuk-habuk dan sarang-sarang yg dah memenuhi blog nie..he he... Rasanya dah agak lama meninggalkan ruangan kesayangan  ku ini...

Tajuk 3+1 tu bukan untuk mengalakkan suami kesayangan tambah 3 sekali..he he jgn salah anggap, agak-agak la yea..kalau ye pun bagi keizinan satu lagi cukup ler..nak tambah 3 ..dah kira tamak dah tu... :)
Maksud tajuk sebenar sebenarnya adalah 3 kejadian tapi nak di muatkan dalam satu ruangan blog kali ini..itu jer..he he

Yang pertama, cerita mengenai die ni selalu menghiasi blog ini, yelah anak sulung la katakan, segala-galanyer bermula dgn dier, tapi x bermaksud tak menyayngi yg lain tapi di sebab langkah pertama bermula dgn dia maka kelebihan tu terletak pada diri dia yg bernama Muhammad Nasrullah. Keputusan SPM dia yg baru keluar awal bulan March hari tu kami terima dengan tenang dan gembira..walaupun x seperti yg kami jangka dan harapkan tapi sekurang-kurangnyer dia dah buat yg terbaik.. Dalam perjalanan ke Taiping, mmg resah mengalahkan tuan punyer badan.., nak tengok keputusan online, tak dapat masuk-masuk..apatah lagi melalui jalan ke Taiping, kejap ada, kejap tidak line celcom ni...menambahkan cemas dihati, bila tiba di sana masing-masing dah ada keluar berpelukan, tterpancar wajah masing-masing.. yg aku lak cuak.. Bila samapi nak mengambil slip mengikut kelas masing-masing, yuran dobi pulak tertunggak..alamak..eee mmg betul budak ni..kena lah settlekan dulu bayaran baru boleh ambil slip keputusan, rasa nak cekik-cekik anak ni, menambahkan tekanan untuk ibu dier.. Lepas ambik slip muka sier tiba-tiba masam...terus menuju ke arah kami, terus dia bisik kat telinga, ibu kita dapat 8A, 1B...dan tersenyum, sebagai seorg ibu apalagi yg dapat di ucapkan..hanya, "terima kaseh Ya Allah, kau makbulkan segala doa-doa ku untuk anak ku ini", nak menitis airmata x jugaklah..tapi sekurang-kurangnye dia dah membuktikan bahawa dia boleh melakukan dalam keadaan dia yg tak berapa sehat menjelang peperiksaan hari itu.

Nanti kita share gambar yea.... skrg ni kat tempat kerja..apapun tak de...

Yang kedua, bermulalah perjalanan sebagai seorng ibu untuk memastikan yg ke arah mana yg harus di pilih nanti, patutnyer anak yg lebih , nak apply ke mana yg mereka nak pergi, tapi aku tidak, sibuk bagai kan kita yg nak masuk U bukannnya anak, sebabnya dia ni manja sikit segala-galanyer..nak suruh kita buat,,dia tahu nak prepare untuk interview saje nanti..org dah rilek dah dari study yg dia sibuk buat ulangkaji matematik dgn baca sebanyak mana novel english yg di belinyer... xpe lah itu cara dia...
Dari satu ke satu biasiswa di minta dari pada MARA, JPA, TNB, Maybank, Busary, ntah apalagi..semuanya aku balun isi borang..yg penting dan usaha...

Yang Ketiga.. apa lagi kalau cerita masuk tempat kerja baru...(nak cite ke x?)...Nanti dulu kot...sbebnya..xde yg menarik untuk dicerita kecuali, flexible hours yg terlalu flexible, sampai x tahu bila masa kerja bila masa rehat atau masa balik. Yelah kami yg datang dari company yg amat staright dgn kedatangan ni sampai ada monitoring setiap minggu! bukannya setiap bulan..kan tiba-tiba bila dapat company yg teramat lah rilek pun masa..sampai kami rasa kami pekerja yg paling dedikasi sekali..ha ha...
Kami bertolak dari Puchong pukul 6.50 sampai di tempat kerja pukul 7.45 or 7.50..xe ker bagus tu... Kami sebebarnya pilih waktu masuk pukul 8.30 balik 5.30.. tapi disebabkan sampai awal kami ingat boleh lah balik pukul 5 kan... memamg lah kalau ikut begitu..tapi kat sini disebabkan ramai yg memilih masuk pukul 9 jadi waktu kami nak balik pukul 5 atau 5.30, ramai yg tak angkat punggung untuk balik lagi...jadi perasaan yg amat malu kalau baru kerja nak balik awal kan..so selalunye kami ikut pintu belakang untuk balik..supaya tak terserempak dgn boss besar...

Itu pasal masa berkerja, tapi kalau pasal kerja banyak nak cerita...banyak sgt-sgt...Kita cite sikit dulu la yer... kat sini trend suka meeting, apa-apa pun meeting yg dtg bukan kecik-kecik punye pangkat, sampai level director or vice president akan join meeting... adoi... senak perut... dalam satu hari berapa byk mtg kena attend... belum buat kerja lagi...no wonder la ramai yg balik pukul 8 malam...
Lagi satu kat sini setiap mtg suka baut presentation slide..adoi penat..nak present satu hal, nak buat slide bagi org faham satu hal lagi...al-maklumlah nak memahamkan bos-bos besaq tu kan...

Proses kat sini...taknak cite banyak, cukuplah sekadar kata...macam company yg baru nak buat kereta..ha cam tu lah...tapi kat sini x buat kereta...buat..tuttttt! he he...Xpe..lah pelahan-lahan kita ubah ek...
cuma yg pasti kenaikan kat sini mmg giler tinggi, minimum kenaikan 5% paling tinggi 20%..tapi rata-rata ramai dapat 15%... entah bilakah nasib itu akan sampai pada ku..hu hu... Walaupun company belum dapat profit lagi tapi mereka tetap ada ex-gratia sebulan gaji..kami yg baru ni telan air liuq je lah...

Kerja memang x menang tangan...tp ada satu yg x bestnyer...sebab ramai yg bekas dari company lama yg dah join kat sini...bukan xsuka, cuma ada 1/2 tetap macm dulu, ada seorang dulu extreem giler, macam dia la terror segalanya padahal masa kat co lama dia nobody jer.. ada yg dulu mmg hebat giler company lama, tapi biler masuk sini..jadi tenggelam..entah kenapa...
Yg cakap xbest tadi sebab ada yg extreem perasan bagus tu.. menyampah pun ada...tapi biasalah kat sini..kalau "pandai"cakap sikit org akan pandang tinggi, tapi kalau habis semua nak short cut, tunggang langgang lah process semua... sampaikan kami yg datang dari company yg sama ni, siap cakap dgn org-org lama kat situ, yg "mamat" tu jer yg perangai pelik cam tu... bukan semua xproton macam tu yer...
Mgkn masa kat sana, mamat tu di overshadow kan org lain so bila dapat msuk sini terus jadi "jungle"- gelaran yg diberi oleh org kat sana..pada mamat nie .... huish...doa-doakan lah supaya aku x dapat gelaran apa-apa la pulak  :)

Alamak..dah masuk waktu..la..ok//bye dulu ya 
daaa...




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 March 2013

Steamboat Dinner

Baru balik dari Jamuan pembubaran kelab department, dan di selitkan sekali jamuan perpisahan untuk "akaq" yg nak pergi berhijrah ni... Makan steamboat..makan ala-ala menjaga kesihatan, tapi tidak digalakkan untuk orang yg alah dgn seafood yea.. berat kaki nanti...ataupun bengkak sana-sini ker..


Pergi sana dgn anak yg sulung, jadi bodyguard.. sementara dia ada ni, kena kerah jd berbagai-bagai kerja part time yg x bergaji...secara sukarela atau tidak...

X ambik gambar pun, nanti kalau ada gambar hasil ehsan kawan-kawan yg ada camera canggih manggih tu, kita selitkan yea... Tapi tempat tu mmg mudah sangat kalau nak cari google jer "Flamming steamboat" sure berderet keluar.. Yg kita pergi ni dekat jalan bukit kemuning..
hadiah dari kawan-kawan ES sempena ucapan Selamat tinggal..hu hu
ni bukan kena nyanyi yer.. bagi ucapan -"bukan ada org dengar pun"

Nak suruh komen?...Jawapannyer..boleh la.. banyak pilihan..satu kepala kalau dewasa RM28... Tapi kalau nak pergi dan makan sampai termuntah, pergilah hari biasa..sebab kalau hai jumaat hingga ahad, tetamu di hadkan selama 2 jam sahaja..sebab ramai orang yg datang...situ... Tapi 2 jam pun kira okaylah..bukan macam kat hotel, semua jenis makanan yg ada kan..namapun 28 ringgit... bukan 98 hengget tu..kalau yg tu boleh bayar duit gas yg mereka beli untuk panaskan air rebusan steamboat tu sekali ...ha ha...

 

okaylah dah melalut..dah 1.20 pagi, na tido x boleh sebab dah makan malam habis pukul 10.00.., orang tua kata sekurang-kurangnyer tido selepas 5 hiingga 6 jam selepas makan..nanti perut buncit..adoi sampai subuh gamak nie..kalau nak tunggu..
Kena execercise bagi turun cepat semua makanan tadi kot...
Okay guys, assalamualaikum...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat tinggal PROTON

PROTON Perusahaan Otomobil Nasional Berhad, hicom industrial estate, p.o box 7100, postcode 40918, shah alam... mmg ingat sampai skrg, sebab masa mula-mula masuk proton, yg ini mmg kena bermain dibibir, sebab operator mesti pas ke receptionist kalau ada call masuk nak tanyer address proton. Tapi kalau mereka tanya lebih-lebih, masa tu mmg la kalau mamat tu cari ikut direction yg aku bagi sure sesat barat punyer...
Dulu, mana de highway sana-sini, terus jumpa PROTON, banyak simpang siur, kelapa sawit banyak la... Bas awam pun ada 2 biji yg lalu. No 103 yg akan melalui batu 3, satu lagi no 54 yg akan ikut kampung jawa...ha ha...nampak sangat mmg aku dah berkurun kat PROTON ni kan?... Kalau ada bas mini, memang x pernah yg kosong..penuh memanjang,nak pulak kalau sampai kilang proton...penuh dgn baju biru jer dari dalam sampai la kat tangga... awek-awek kat dalam bas sure tersipu-sipu kalau mat-mat proton naik bas, mana tak nyer...muda-muda semua..dengan "ramos" masing-masing..he he...zaman 80an la katakan.
ni masa kerja JVC - saja nak tunjuk uniform kerja kilang
Sebelum masuk PROTON, kerja kat JVC, jadi kerani dalam engineering department, selalulah budak-budak (heh budak-budak ek) ni menumpang bas kilang JVC, PROTON memang kedekut dari dulu sampai sekarng mana ada sediakan perkhidmatan bas kilang, nama pun kilang buat kereta..apa barang nak bagi sewa bas kilang agak nyer... Bila dah hari hari pemandu bas JVC ni menumpangkan budak-budak PROTON ni, terdetik jugak hati, best jugak ek kalau masuk tempat kerja yg terdiri dari bumiputera ni... Jenuh juga mengadap mat-mat Jepun(JVC) hari-hari, kerja pun jarang nampak matahari, pergi subuh pagi, balik jgn harap la nak balik awal, ada jer mata yg menjeling tgk meja..kita ada drawing yg dah siap ker belum...benci betul...(masa tu la)...
Mula-mula masuk Proton, kena pergi bina insan- 1 minggu tu, masuk hutan bagai sampai kena sengat tebuan he he
ENtah macam mana kenal sorang mamat ni kerja ENgineering, Dia ni la, tolong apply kerja.. masa tu pulak ada kes dgn boss cina kat JVC tu.. mamat perasan handsome yg nak mengoda..bila x dapat tackle..bonus kite pulak dia potong ...sakit hati betul..Yg mamat Jepun tu bila nak blah baru dia tahu yg bonus aku dapat sikit dari staff engineering yg lain.. walapun mereka pujuk nak bagi insentif lain tapi masa tu..hati dah ada kat PROTON..hish... bayangkan kerja kat JVC, 2 tahun kerja gaji dah 1200 (zaman 1991 gaji tu dah kira banyak- siap boleh beli rumah lagi tu)...sanggup pulak mula balik dari bawah kat PROTON dari gaji 450 sebulan...giler tak?..memang aku giler...angau, mereng semua orang cakap aku cam tu...tapi nafsu muda la katakan, nak pula..kerja dikelilingi kaum ADam yg handsome-handsome masa tu..ahak! perasan... lupa dunia kejap...
Mula masuk jadi receptionist heee
 Mula kerja jadi receptionist, tapi interview sebagai clerk, entah kenapa mereka kata aku kena ada "muka" diaorng nak letak kat front liner, macam-macam depa janji, lepas ni awak boleh jadi public relation officer kalau bagus..huish -saham perasan naik, so terima jugaklah kerja tu, kira turun pangkat lah..dari senior clerk di JVC bergaji ribu, jadi receptionist gaji ratus...mmg aku giler...he he (xpe, kutuk diri sendiri he he)
Geng-geng Public relation, HR, corporate com, legal, IT n Finance dpt perbarisan dan custome terbaik, sukan antara jabatan 1991






Tapi x lama, ada pulak manager-manager kat RND dok usha..panggil join RND he he...saham tgh naik la katakan, muda belia...(tahan gelak ye kawan-kawan)...terkinja-kinja nak pergi masuk RND, kalau nak tahu masa tu boss di RND ramai yg tak kahwin lagi he he (especially my HOD (ES dept) dan Tengku Azizan bos H&T)...dan jejaka-jejaka (yg skrg ni dah jd SM or Manager) pun baru exec level jer... tapi walau macam mana pun sikit tak tergoda..walaupun ramai dok angkat-angkat mata...he he... sebab hati dah terpaut pada sorang mamat ni yg suka sangat tersenyum walaupun aku sendiri tak tahu dia senyum kat sapa..ha ha(kutuk laki sendiri)...

yg maseh tinggal, "budak kenit" - Yusni atan
 Bila fikir balik mmg xde rezeki kawin dgn org pangkat besar heh heh... DI RND, masa dulu mana ada zaman canggih skrg ni, dulu xde CATIA, buat design pakai sistem MERIT, ha pernah dengar tak? paling latest pun masa tu AUTOCAD ntah version berapa x ingat..main pakai jer...terkial-kial la jugak.. Dulu personal computer ada lotus 123 dan flowchart dan yg lainnnyer paper base, kalau ada pun dumb terminal itupun berapa ketul jer yg ada.. main share-share lah...tapi engineer semua lebih suka tgk hardcopy dari pergi dump terminal tu...depa jakun lagi he he..kutuk lagi... Sebab depa duk tak suka ataupun x tahu nak guna kot, maka ada nye data entry..untuk masukkan kesemua data yg ada dalam drawing yg mereka (engineer) dah buat(guna MERIT tu la).

Data masuk dalam system yg di kenali dgn ENICS. Masa tu baru lah ES ni meriah sikit dgn kehadiran data-data entry yg di import khas dari finance dan QC sapa lagi..pn.nora, cik Yus dan pn atun kiter...semua tu single minggle lagi... setiap kali lalu dekat line dalam kilang pasti akan jadi siulan punyer.. nak pulak kak Oya kita tu...dia punye gelek..fuh!!..satu line terhenti kejap...he he..ampunkan aku, Oya yer...
Zaman Proton baru nak mula cipta saga (kereta kebal tu)... masa launching la meriah...aku jadi salah sorang "assurate" -gadis-gadis terpilih nak naik hantar pentas duk keliling kereta, tukang assure GM-GM, boss -bos vendor ada yg slim ada yg gendut-gendut gi kat meja...takut jatuh or teraba-raba cari meja dalam dewan yg lampu-lampu ala-ala manja tuh..heh heh... Nanti kita share gambar yea...ala gambar lama..gambar perasan lawa.. kah kah... Setiap kali ada launching kereta, memang selalu akan jadi assurate sampai la...launching kereta gen 2, rasa tu itu yg terakhir, sebab rasa diri dah terlalu tua..anak dah 2 masa tu..hish..!! dah mula berhijab masa lepas dapat anak satu..tapi masa tu..perasan voque lagi...he he...(xpe - sila gelak..x marah punyer)...
Dari zaman jajahan Usahasama dgn MMC sammpailah ke Khazanah di bawah pemerintahan Dato Sri Mahathir.. , beliau sering datang ke RND untuk melawat..setiap kali lawatan..mmg kerap la berjumpa dan bertentang mata..(ish kesitu pulak yea)...maksudnyer... keperihatin beliau pada PROTON ni, tapi semenjak zaman Dato Abdullah Badawi jd PM, dah mula kurang dia datang ke RND..kalau ada pun unoffical..x heboh lah..malah kadang-kadang x tahu pun dia ada dalam bangunan RND ni kecuali orng-orng kat Styling la..(istemewa sg t Styling tuH!..cis!...ha ha..jeles kejap)...
Kalau system pulak ..dalam zaman dumb terminal yg ada satu color hijau jer tu..dah mula menjadi color putih dan berbagai warna, tahun 1998 PRODUCT DATA MANAGEMENT (PDM) di perkenalkan..selalu la kena mengadap mamat-mamat dari berbagai bangsa dari France sampailah ke INDIA yg english dia yg berbelit-belit dan berpuntal-puntal tu... sampai pening kepala nak translate kan ayat ke english yg betul ke bahasa malaysia lagi..hish... tapi mmg handsome-handsome, cuma x la sampai tertarik nak buat boy friend..he he (ada pulak yg terasa ni kan).
Dah sebati dengan system PDM muncul pulak ala-ala versi WEB untuk PDM ni...maseh boleh di guna pakai, tapi WEB masa tu maseh baru lagi.. ada yg suka ada yg tidak...tapi yg pasti..memang majoriti hanya RND dan PPC yg banyak guna system ni...yg lain tu boleh dikatakan hampeh gak lak... TAPI jgn cite system skrg..SPINE namanyer...bila dah ada "tulang belakang"(direct translation dari SPINE :).)....nak pulak dgn boss dia yg macam ala-ala diktator tu..he he..ya ampun Sham ;p...Everybody must USED SPINE as our reference!!! ha engkau..ambik sebijik...padan muka..yg terkial-kial..dulu tu kenalah guna SPINE... Kalau dulu manager-manager guna PC untuk tengok BSKL - berapa banyak saham dah naik atau turun,..kali ni kena buka SPINE..untuk tengok minute-meeting, tgk status report..kena update lagi, kena jadi approver...usah kata lah...haa..sendiri mau ingat la... PROTON dah masuk zaman canggih mangih dah,tapi bila dah terlampau canggih pun ada kesan negative jugak...sambil kerja boleh buka interner, boleh tgk youtube, update status FB...he he..last-last semua kena block..nangis!! hu hu..termasuk aku la...hilang sikit hiburan. Apa-apa pun, PROTON tetap di hati...mana tak nyer 22 tahun di sini, bertemu jodoh di sini, gunakan kemudahan bersalin pun di sini..sampai keluar 4...he ramainyer anak... :) cuma satu jer yg sedih..bila- lah PROTON nak buat kereta yg xdak bunyi-bunyi... sekurang-kurangnya boleh berbangga dgn kereta INSPIRA tu lah..sebab hanya 36% jer local..yg selebihnya kita jer yg tahu kan...(peratus tu kalau x betul, tolong komen ye kawan-kawan)...sebab itu status tahun lepas la.. Sebenarnya kita bukan x leh nak buat kan..bukan engineer kita x bagus..tapi cuma banyak sangat politik dalaman ..payahkan??..kita hanyalah insan kerdil..yg x boleh nak kata apa. TAPI..ha ada tapi nyer...x semua kete yg berjenama tu bagus..ada juga kekurangannyaer..cuma orang akan komen lebih sikit pada kereta PROTON sebabnya boleh komen apa diaorg nak komen, bahasa satu jer..guna..bahasa malaysia..kalau yg level tinggi sikit..bahasa inggeris ..tapi nak maki kalau dalam bahasa inggeris maseh sedap di dengar..tapi kalau dalam bahasa melayu..sikit punya banyak ayat sumpah seranah yg memg sakit kalau kita kena..kan...
Dulu kereta TOYOTA yg kena panggil balik tu...sikit jer org dok komen kat forum kan..sebab mungkin bahasa kena susun baik sebab kalau tulis dalam ayat bahasa english kan..dari nak komen pedas..jadi bahasa baku la pulak kan..he he Ha ha...tu dier..rozi dah melalut...okay lah dah panjang lebar...tulis pun dah merapu..nanti bila-bila kita sambung na...(ntah bile la tu) Sayang semua : peace no war! he heTapi memang kena sambung..sebab lepas ni tak boleh nak komen banyak..sebab nama pun ex- kan, dah bercerai hidup ni.."putus sudah kasih sayang" hu..lagipun nak juga share gambar-gambar lama..dgn kawan-kawan,adik-adik atau anak-anak yg kalau terbaca blog yg x glamor nie kan..ha ha  ..o stop rozi stop... nanti sambung ek...bye

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

01 March 2013

PERJALANAN TERHENTI

Lama x update blog, kalau ikut penat jari menulis, mmg dah penat, cuma bila nak transfer dalam blog, mmg kemalasan melanda, dengan masa lagi..dkt rumah mmg tak sempat la..berebut-rebut anak nak pakai, ada tab konon nak jadi blogger tegar..hemph hampeh..yg tu pun diaorang nak "konker" Penat gak nak bersihkan sawang kat blog nih..he he.. (sawang kat dalam kepala sebenarnya) hem..nantilah yea..kejap lagi la yea.. Nak pergi scan gambar lama..nak buat video... Al-maklum lah..nak pergi dah ni..nak kata sedih pun tidak..(belum lagi kot) nak kata happy...lagi la tidak..ngeri lagi ada...takut? subhanallah! tuhan aje tahu.. Kejap lagi la yea.. bye dulu :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 January 2013

MRSM taiping -2011/2012 aktivity


Anak yg tinggal di maktab, ibu pulak yg excited update blog die. Bukannyer apa, die ni mmg xsuke bergambar, ambil gambar orang dier sukala cuma ibu dier yg x mampu beli camera yg dia minta...byk betul ibu hutang janji dgn dier ni.... insyallah kalau ader rezeki, ibu belikan yer... Sebenarnyer bukan nk cerita byk pun, nak share gambar-gambar dier masa kat sana...ni pun curi dr kawan dier yg punyer camera canggih...tq Naif, auntie ambil dr fb awak nie..
Dia mmg suka main basketball, dr form 1 lg..tgk tu, sian ...ibu beli kasut basket canggih sgt, rasa mcm dah beli saiz dier, rupa muat-muat ajer, sakit jugakla..bila bergerak byk...last-last, bila activity petang, dia prefer pakai selipar jer
boleh shoot dgn pakai selipar lagi..kira ok la tu kan..
E-night...MRSM ni..macam-macm night...
perasan x baju putih belakang tu..tgh buat gangnam style ke apa :)
Appreciation night for 3.5 and above..nampak gemuukkk  he he
bab western food die memang suker..yg sebelah tu...jgn salah faham..bukan special ek...kena gulai ngan ibu dier nanti :)
sajer letak gambar ni..sebab suka sgt tgk kawan dier yg sorang nier..mamat cute...he he
Ni jer yg dapat upload,, susah betul nak upload gambar dari tab...kena guna html code.. kalau guna compose biasa..tunggang langgang gambar x cantik..caption tu, kejap boleh buat kejap tidak...sudahnyer kena bukak lappy jugak..nak kena betulkan... dah lama tinggalkan HTML ni...orang dah masuk ke XML dah...tapi berguna sebenarnya.. OKaylah nanti-nantilah kita sambung...
ni muka yg selalu dier buat...tu sebab senior selalu aim dia berlagak..tapi dah mmg cam tu...hu hu...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS