Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

14 April 2011

Semakin Penat berlari.....

Kebelakangan ni, rasa teramat letih, letih dalam segala-galanya. Rasa tak sanggup lagi nak mengadap kerja yg semakin hari semakin bertambah tanpa di undang. Buat kerja yang tiada dalam scope pun ada. Kerja sendiri tak tergapai, kerja orang lain pula kita kena selesaikan. Tapi orang yg kita tolong tu tak appreciate langsung kena marah adalah, macam seolah-olah kita ni menyibuk dengan kerja diaorang.. hei excuse me!.. kalau kerja kamu org tu perfect sangat kenapa perlu ada satu group ditubuhkan untuk membantu kerj a you all tu... hish..geram sungguh.
Life sendiri pun rasa tak sempurna sekarang. Pagi, kalau tak terkejar-kejar, kelam kabut menyediakan anak-anak ke sekolah, pakai tudung pun dalam kereta, balik jangan kata nak masak, nak kemas rumah pun tak larat..ya Allah kenapa lah letih teramat letih kehidupan ku kebelakangan ini.
Kalau nak di kata kan usia semakin meningkat tapi kenapa ini tidak terjadi pada teman-teman yg sebaya dgnku.. Maseh ada yg boleh berlibur ke sana-kemari, maseh boleh menikmati makanan yang enak-enak di luar. Sedangkan aku hari minggu tidak boleh di istiharkan waktu berehat..waktu itu jugaklah menimbum cucian yg harus diuruskan, kasut sekolah yang perlu di basuh, ruma yg perlu di kemas..belum habis di dalam, di luar juga perlu kan perhatian.. ya Allah bila semua ini akan berakhir...
Bukan ingin mengeluh, bukan juga ingin meratapi tapi sesungguhnya diri ini terlalu penat untuk berlari mengejar segala yang perlu di uruskan dalam sehari..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

29 March 2011

Hati ku berbunga riang

Hatiku berbunga riang apabila my beloved (anak yg berada di Taiping) menghubungi di awal pagi. Seronok sungguh bila dia mula bercerita mengenai exam yg baru dia hadapi semalam. Dia dalam perjalanan ke Basketball tournament di Taiping. Terpaksa menunda kertas fizik untuk menyertai tournament tersebut. Sekolah pun satu buat tournament time peperiksaan, pening jugak memikirkan pelik betul perjalanan sistem sekolah sekarang. Memanglah kokurilukum tu sebagai kredit tambahan bagi setiap pelajar sekolah, tapi bila menyertai perlawanan masa time peperiksaan tu rasa cam cuak lah jugak..Dalam gembira u ada juga risau nyer, ya lah.. keluar dari kawasan sekolah..berapa orang cikgu yang ada, makan macammana, Naik bas tu selamat ke tidak...Satu-satu persoalan dalam kepala timbul..Masa nilah teringat zaman kanak-kanak dulu, no wonder lah ayah memang tak bagi ikut rombongan sekolah ada saje alasannye sampai nangis-nangis bawah katil sebab tak dapat pergi rombongan..he he..kelakar jgk bila teringat zaman sekolah dulu.

Got to go, nak sambung buat proposal paper :)


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

17 March 2011

Time after time - My beloved

if you're lost you can look--and you will find me
time after time
if you fall I will catch you--I'll be waiting
time after time...

#cyndi lauper#

My 1st prince bersama my princess - Ain


Bukan nya teringat kan lagu ni cuma mengenangkan anak sulung yang semakin dewasa. He's not my little baby anymore. And time after time, he seem far away.. Maseh rindu dengan ciuman yg selalu di berikan olehnya walaupun sudah menjangkau umur 11 tahun, selalu aku mengelak bila dia ingin memberi ciuman, bukan tak suka..cuma bagi ku dia dah dewasa, aku jadi tak selesa, tapi ada sahabat berkata, masa dia tengah sayang kita , jangan kita tolak dia, sebab bila dah dah sedar dia dah dewasa, dia takkan memeluk dan mencium kita lagi..masa itu kita akan terasa...

Langkawi- Masa umur 5 tahun,

Dan itulah yg aku rasakan sekarang, kami semakin jauh, bukan sekadar tinggal berjauhan tapi hubungan kami terasa agak dingin, dia bukan lagi menjadi pendengar setia ku, dia bukan lagi tempat ku menumpang kasih bila aku memerlukan "shoulder to cry on"... Tiada perselisihan faham diantara kami, cuma dia telah mempunyai teman yg untuk dia bermain kasih, meluahkan perasaan hati dan berkongsi masalah. 

Bagi ku pula umurnya maseh muda untuk memulakan sesuatu hubungan "adam dan hawa", bila aku menyatakan kerisauan ku itu, dia hanya berkata "temannya itu hanya sekadar sumber inspirasi dan galakan dia untuk berjaya", sedih juga bila mendengar alasan beliau, apa taknya, aku bukan lagi pemberi semangat padanya, aku bukan lagi tempat dia bermanja dan aku bukan lagi tempat dia mencurahkan masalahnya..

Bersama "teman" merangkap sumber inspirasi katanya :p
Kalau dulu, tak kira sakit atau tidak, setiap minggu dia mesti menghubungi aku, untuk bercerita keadaan dia di asrama, bila pulang bercuti, kalau tak mengambil cuti untuk beriadah dgn dia tak sah..dia akan sentiasa berada di sisiku. bercerita, bergurau senda malah ada saje aktiviti untuk kami berdua ataupun sekeluarga..

Sesungguhnya aku benar merindui anak sulung ku itu. Bukanlah ia merupakan anak kesayangan, cuma dia permataku yang pertama. Terlalu banyak cabaran membesarkan dia. Pernah satu ketika aku hampir kehilangan dia apabila dia di masukkan ke wad kecemasan disebabkan virus denggi, darah putih telah menutupi sel darah merah nya, plat darahnya semakin menurun.. suara nya begitu lemah, matanya sukar untuk dibuka bila aku memanggil nama nya ketika itu, masa itu Allah saja yg maha mengetahui betapa lemah seluruh anggota ku, tiada apa yg kupinta hanyalah memohon kepadaNya agar tidak terlalu cepat mengambil dia dari aku.
Kini dia semakin meningkat remaja, 16 tahun but his still my little boy... still manja but its seem I hardly know him now.. WHY?? Cuti sekolah bukan lagi waktu untuk dia bergembira bersama kami tapi kerap menyendiri dan tidak lagi mahu bergurau senda dengan adik-adiknya.. Pantang di cuit, sekejap aje boleh mencetuskan fenomena yg kurang selesa di antara kami.. 


Cuti persekolahan pertama 2011
Apa yg kurasakan berlaku lagi..sedih sungguh.. Tapi bagaimanapun kali ini, dia seolah-olah mengerti akan apa yg aku rasa. Entahlah...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Journey in Chiness new Year

New Journey for my beloved son. MRSM Taiping here we come... Bermula kembali satu perjalanan bagi kami sekeluarga maupun anak lelaki sulungku. Nak buat macammana, tak diikut kan dia dah buat yg terbaik untuk diri dia dan keluarga. Tapi yg pasti aku tak ingin mel;ihat dia bersedih. Kebahagian anak-anak adalah kebahagian aku jua.

Ingatkan nak bertolak hari Ahad aje. tapi bila ajakan demi ajakan dari along sukar untuk ku tolak.. Memang aku suka sangat pergi melihat kampung orang mesti seronok. Tapi mengenangkan kenderaan kami yg agak come untuk memuatkan ke enam org kami yg bermacam-macam size ni... berfikir byk kali juga..Last sekali..I've to decide...(itu yg selalu berlakulah ;p)..
Bertolak juga kami ke Tronoh, Perak.
posing selepas breakfast

yang paling ku sayang (ibu dan ayah)
Singgah dulu di kawasan perumahan adik ipar along..(panggilan uda)..kami di jamu berbagai jenis makanan..semuanya nampak meyelerakan...mmm sebabkan nak maintain ayu..terpaksalah control nafsu nafsi yg dah berkobar-kobar tadi...

Pulang dari situ kami trus menuju ke Tronoh.. sampai hampir pukul 10 mlm. Rasa macam masuk kg batu 14 yg dulu aje.. Mesti best sebab dapat merasai kembali kenangan masa kecik-kecik dulu.

bergambar sebelum menghala ke destinasi masing-masing

Keesokan kami di jamu dengan berbagai jenis makanan lagi..riuh rendah  juga.. Terasa betul suasana kampung; alangkah seronoknya kalau kampung aku maseh seprti itu.. ;( Tp nak buat macammana kena ikut juga arus pembangunan cuma agak terkilan bila masing-masing ada yg putih mata bila ditawarkan dgn berpuluhan ribu untuk mwnyewakan tapak pertanian itu sebagai tempat kilang-kilang haram di kampung kami di sini.

Bergerak ke homestay Taman Jana Mulia... (lupa pulak nak ambil gambar homestay, tapi memang ok, cuma yg tak bestnya peralatan yg di beri agak kureng sikit...Ingatkan dapat homestay baru segalanya baru tapi separuh baru separuh trpakai... tapi alhamdulillah lah..pnyewanya jenis tak berkira, nak masuk (check in) awal pun tak pe, Nak keluar (check -out) lewat pun tak pe.. Itu yg best partnye.. Bilik utama ada air cond lagi. Ada 4 bilik kesemuanya..apa lagi kesukaan lah budak-budak tu...
Cuma satu jer yg tak gemar..AIR... airnya kurang kebesaran nya.. aku ni memang hantu air.. kalau mandi kalau air tak besar mmg lah tak puas.. apa lagi nak membuang hajat.. tapi itu boleh di improve kan...
Makan tengahari sebelum ricky ke MRSM Taiping
Asrama lelaki

MRSM taiping- Asrama lelaki

tak habis lagi nak cite..kalau senang nanti sambung







Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 January 2011

Sayonara 2010, 2011 moment of truth..

2010, boleh dikatakan tahun yg penuh dengan warna-warni. Ada kebahagian, ada kesedihan, ada kehilangan semuanya Allah memberi aku merasai detik-detik itu. Rezeki yg datang mencurah-curah tiba-tiba hilang dgn sekelip mata. Betapa Allah Maha kaya, Tidak pernah Dia melupakan UmatNya begitu juga kerana terlalu sayang kepda umatNya, Dia menguji satu demi persatu, sekirnya waktu itu aku maseh tidak sedar atau tidak m]waras untuk mnerima Qada dan Qadar, pastinya aku tidak lagi berdiri meneruskan kehidupan ini dan sempat lagi melangkah ke tahun yyg baru ini. Sesungguhnya Allah maha penyayang kerna msh memberi peluang utk aku meghirup lagi udara di bumi ciptaanNya. Syukur Alhamdulillah pada Mu ya Allah, aku maseh di beri peluang untuk menadah tangan memohon ampun bagi dosa-dosa ku yg lalu, membuat secukupnya amalan bagi menyiapkan diri sebagai muslimah yg sejati..AMIN.......

Yang Manis di tahun 2010
- Naik Gaji :) (lebih dari expected %) - bersyukur teramat sangat
- 2 kali di beri peluang beriadah di Japan, walaupun atas belas ihsan company :) pergi kerja lah tu tapi sempat jugak bershopping hik..hik..
- Bercuti di Langkawi..ha ha..Ini pun disebabkan Kelab wanita proton menganjurkan pertandingan Walk and shopping hunt di sana...
- Jalan-jalan dan bershopping di bandung.. ni yg best sebab nilai duit kita yg tinggi dari mereka, rasa macam orang kaya sekejap, tapi dalam menjadi kaya tu pun, adakalanya merasa terharu dgn kemiskinan yg melanda negara tersebut..membuatkan hati insaf seketika.. (Masih merasa insaf lah aku? :))
- Bonus yg lebih dari yg di jangka.. ngeh..ngeh... beraya sakan jugak lah tahun ni siap boleh baju untuk anak buah sekali. Merasa jugaklah anak-anak duit raya dapat lebih dari tahun-tahun yg sebelumnya.
- Dan yang paling mengembirakan apabila anak sulung ku mendapat 8A dalam peperiksaan PMR...

Yang pahit (atau yg masam-masam sikit) di tahun 2010
- Ada orang dapat kenaikan sehingga 2 kali dalam setahun, tapi aku.. naik pun idak.. hik hik...
- Maseh menetap di rumah emak (maseh menjadi anak mak)..tak mampu nak beli rumah lagi..
- Tak dapat pindah department walaupun hasil interview amat memuaskan, bukan tak nak pergi, tapi last minute org yg interview kita yg tak nak kita huwaaa!!!! Dengan alasan aku ini sangat di perlukan di tempat kerja sekarang (kiranya aku ni ada value lah.. - puaslah memikir kat mana value diri aku nih!)
- Beberapa kali tidak di lepaskan untuk transfer department atas alasan yg di atas... sakit nyer hati...
-Semua permohonan pinjaman ku di reject atas alasan kewangan ku yg semakin meruncing..!! hah! betul ke? Rupa-rupanya ada 2 bank yg belum update data di mana pinjaman itu sepatutnye telah berakhir, tapi sbb kurang pekerja agaknya..maka nama aku maseh di kira meminjam dan belum di jelaskan bakinye... (memang malas betul la pekerja diaorg ni kan.. ;p)
Akhir sekali yg paling masam+pahit +kelat... tak pernah aku rasakan yg aku kekurangan wang di saat menyambut tahun baru baru-baru ini...hu hu...
Kenapa yea....

2011 ketibaan tahun inin memang ku nanti, tapi apakah penantian ku ini adalah penentuan atau penamat bagi perjalanan ku ini

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 December 2010

A moment with my beloved :)

School Holiday will last a few days more, still I've no idea where to go my beloved. It's not just an idea since I've a lot of idea actually :) but final decision is made by my hubby..hu hu... Susah betul nak dapatkan result dia.. Macam nak tunggu result nak meminang aje...ha ha


Finally, I've to make a decision :(   KL je lah bang... The most important is to see happy face from my beloved child. KL pun KL la... Bye-bye Bandung, bye-bye Singapore, bye-bye Langkawi and last bye-bye Melaka...KL here we come ... sure orang KL dengan Selangor gelakkan kitaorg sebab percutian berkeluarga hanya di sekitar ibu kota,but it is fact that we have to accept

Luckly, boss ku yg sporting sudi menempahkan Hotel atas nama cousin dia yg kerja di KL, so dapatlah staff price.. Prince Hotel..here we come..
Mula-mula sampai rasa macam kecil sangat diri ni dgn family yg serba kekurangan ni, maklumlah masuk Hotel yg 5 bintang tapi sebenarnya perasaan aku saje. Kami di layan dengan penuh mesra oleh kakitangan di situ malah di layan seperti tetamu-tetamu kelas atasan.. he he berbangga la jugak masa tu.

Kegembiraan anak-anak bila masuk di apartment tersebut jelas terbayang di muka masing-masing. Maklumlah apartment yg maha luas, setiap tempat ada tv untuk mereka memilih channel yg mereka sukai.. termasuklah cik abang yg tak tinggal dgn dunia sukannye...


Front Door - Open sesame.. :p

Dining

Bedroom 2

Living room

Living room + Dining + Kitchen (please ignore beg buruk ku tuh :) )

Master bedroom ( kain batik tu untuk warnakan tilam tu jer..;p )
my princess having her first coffee

Kitchen + dining and my bekal ;)
As for me excited la jugak..sebabnya depan hotel tu ada Pavillion shopping complex. Jalan ke depan sikit Bintang walk..uuu heaven!.. ha ha.. Window shopping jer.. nama pun perempuan... Tak dapat beli tengok pun jadi... :p
But time for mom only at night, siangnyer time untuk anak-anak.. tak boleh menyelit langsung...

waiting for turn to shopping :p

Tired but still has shopping desire...ha ha

my first company for shopping
UniQlo... mmg saat yang di nanti... nasib baik hotel sediakan shuttle untuk pergi ke BB tapi tiba di sana..hampa..dah lah meredah hujan untuk mencari mana terletaknya Fahrenheit 88, tiba di UniQlo..hampa... pakaian tak seperti di Japan, harganya pun mahal. Sweeter yang my princess pakai tu aku beli di UniQlo Japan dgn harga RM25 tapi bila tiba di Malaysia jadi 69.90..mahalnyer.... My princess teringin nak beli legging tapi legging yg offer pun masa tu dalam harga 24.90 itupun yang biasa punyer.. Kami pulang dgn tangan kosong dapat penat ajelah.. tapi macam manapun dapat makan best kat hotel..hilang kempunan baju Uniqlo kejap.. :p


Hmmm anak nak guna my lappy.. see u then...


And a lots more pic to upload..  :) and lot more story to tell

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

15 November 2010

Trip to Bandung

Pergi nya dah sebulan lebihlah. Tapi tak sempat nak update blog. Lagipun balik dari Bandung, sibuk pulak dengan projek kereta Inspira yng baru launch semlam..
Asalnya pergi Bandung ni bidan terjunla jugak.. Nak berjalan memang dah lama..tapi asyek bertangguh, adakala geng tak de, bila dah ada geng duit pulak tak cukup.. tapi bila asyek bertangguh bende jadi beku sekejap. Entah macammana my dearest friend ni dia ia-ia nak pergi..bila dah ada orang bersemangat macam tu, hati yg angat-angat taik ayam ni pun naik bersemangat la pulak.

Muka bersalah :)

Mula-mula sampai airport, penatlah plak..pergi pun macam kena paksa jer..tapi sebenar rasa bersalah sebab tinggalkan anak-anak kalau kerja tu lain cerita lah sebab terpaksakan..nama pun kerja.
Posing masa menunggu flight yg memang dah delay


Tapi bila kawan-kawan ramai dah berkumpul dgn beg masing-masing, rasa teruja la plak.. Tapi first time pergi makan angin dgn kawan-kawan selalunya dgn my beloved sis dan beloved family jer.. Agak kecoh la sikit.. Nak depart tak tahu kaunter apa, rasanya macam dah tau tapi LCCT ni byk songeh la sikit, nak pulak kaunter Air Asia, punyelah banyak kaunter, dibuka-nya satu kaunter aje..dah lah tu terkial-kial abng ala-ala kakak sikit tu nak check in luggage kitaorg yg maseh kempis lagi tu...

Bagaimanapun satu kredit jugaklah pada dia sebab layanan yg teramat sopan, sikit pun tak marah dgn mak-mak dara yg muka dah mencuka sebab lugage punya hal..
Bila dah check-in apa lagi sambil menunggu flight tiba, flash sana-sini, mengalahkan artis nak pergi bercuti la plak..
Sampai di sana 2 pagi kalau tak silap.. Terjumpa pulak ada adik Engineer satu tempat kerja pagi-pagi buta tu.. Kecik betul dunia, mana pergi mesti ada orang Proton..al maklumlah pekerja sampai 6000 itu belum lagi 100 ribu. Dalam kesejukkan van pulak terpaksa berkongsi, ingatkan org lelaki nak naik teksi rupanya nak jugak menyelit dgn kitaorg ni naik kete Kijang..hem apa lagi berhimpit-himpit dgn beg-beg lah gayanyer..belum lagi berlaga-laga peha...masa tu lah teringat kan anak-anak kat rumah..hemm itulah cabaran yg pertama ibu..

1st Day
Activity for d first day - Shopping!!..wink..wink.. we start on "telekung"..actually I wonder why "telekung" bukanlah taksub sangat sebenarnya but the price cannot resist..murah bangat tapi macammana pun jangan tertipu dengan kata-kata penjual..pergi survey beberapa kedai dulu.. Sebab saya dah terkena..beli telekung sampai 2 kedai..satu sebab kesian..dah puas menawar last last tak jd beli..tak sampai hati. Satu lagi kedai tu, mudah sangat dia bagi diskaun harga pun berpatutan, layanan pun bagus sekali -maseh ingat nama kedai tu "LARIS"..memang laris pun..:p


kedai telekung pertama yg kami kunjungi
Banyak berpusing-pusing dari membeli sebab peningnya banyak kedai sebenarnya to tell the truth "not enough money actually"...he he.. RM1000 actually for touring and shopping is not enough unless you only shopping for ur self then its a different story. As for me, as a wife and mother of 4 children..he he..plus anak yng solehah..kih..kih..(puji diri sendiri)..of course setiap satu ada buahtangannya belum masuk kakak kesayangan punye lagi..anak buah lagi..hemm nasib baiklah ada kakak sorang, niece ada 2 org je..kalau tak...adui.. 

Lunch time- of course have to taste restoran rekemen by blogger..nama apa yea.. something called like "bumbu" i think...he he lupa.. but the food was awesome...delicious...yummmy..hmm what else..mantop ..hik! hik!

2nd Day
activity for 2nd day, Shopping n shopping :)
Factory Outlet but our driver /"super" seem lost in the city ha ha.. tourist guide tersayang pun agak keliru..mungkin selamanya guna taksi .. (our tourist guide orang indonesia tapi tinggal di Ciribon, Jakarta..)Its like KL and Shah Alam, i think..;p. We take 4 hrs (I think) for us to search whatever set in our mind before land to Bandung.Almost every building there were factory outlets, so you will need more than one or two hour to visit all of them. Of course we didn't have that much time. Grab whatever we feel nice and low budget however nothing much to grab seem no size, not as what we expected.. they said because we go after Hari raya.. not much left..(maybe. I'm not sure..)
From FO we straight away go to Chimpilas.. adoi... suppose be only take a few minute but as I said our driver "kardic" seem lost..we take 2 to 3 hrs to go to Chimpilas..ha ha..why?..because our super and our tourist guide also lost "hilang ingatan"..ha ha... They actually not sure of the road that they were heading to.. aduh kasihan.. hik hik...


kelaparan-tak terangkat pun kepala nak tgk camera man :p

3rd Day
Tangkuban perahu - destinasi yang dinanti-nanti oleh seorang teman yg menyertai percutian kami..But actually this is very nice place actually..Legend story of Tangkuban perahu is jeng..jeng..
 
"Tangkuban Perahu, in Sundanesse (Local langguage) means upside down boat, tangkuban = upside-down/upturn and Perahu = boat.
Mount Tangkuban Perahu has always been connected to the Legend of Sangkuriang.
This local folklore tells the story of the birth of Mt. Tangkuban Perahu. It all started with a young man named Sangkuriang who fell in love with his own mother, Dayang Sumbi. Sangkuriang however have lived seperately from his mother since childhood.
One day, after a hunt. He stop by a small village on his way home. Here he met a the love of his life, who happened to be his mother still remained young and pretty. They both fell in love with each other, and wedding plans were made to go. At this moment the mother just realize that she was about to marry her own son. Knowing this, she figured a way to cancel the wedding without rejecting Sangkuriang. She asked Sangkuriang to build a lake and boat that would set sail at dawn as a requirement to ask for her hand.
Sangkuriang agreed.
He the built a lake by damming the Citarum river and started to build the boat. It was almost complete. Knowing that her requirements would be fulfilled, Dayang Sumbi, Sangkuriang mother, magically waved her supernatural powers and lit up the eastern horizone with light, decieving false dawn. Cock crowed in the rose of this light, a sign of a new day.
Not completed his boat, Sangkuriang knew he lost. He was devasted with anger and he kicked the boat he had built. The boat then roled up side down, and became the mountain of Tangkuban Perahu. The dam he made torn, the lake drained to make a wide plain." ciplak from story book Sang Kuriang :)

mendaki ke puncak Tangkuban Perahu
 


Picture taken by our Bapak Kepala (ketua makan sebab jaga duit makan :hik hik..)

Mencuba makan nasi Padang (quite expensive!!- and the taste ? ok la..)
 Top of  the hill  of Tangkuban Perahu

Kawah Ratu



Action In Bandung Part 1

Action in Bandung part 2
Actually, the trip is good , not so bad ha haa..Having good time with office mate "dapat lepaskan tension sekali-sekala.." Looking forward on 2nd trip to Bandung..tak puas lagi...:p

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS