Salam Jumaat semua, dah lama tak ade post baru, sebenarnya ada update baru untuk tahun baru ni, tapi tak sempat nk upload kat blog yg dah berbuk dan takde semangat ni..
07 February 2014
Motivasi Diri
Pagi ni sebb letih, mengantuk pulak tiba-tiba.. singgahlah kejap memotivasi kan diri sendiri la kunon..
sampai sini dulu, nanti kita update lagi yer.

19 September 2013
6 months in SCOMI Rail
Lets the picture's talk :)
SCOMI 10 years celebration
![]() |
| Sambutan 10 tahun NKLF - Berkumpul awal pagi |
![]() |
![]() |
| Upacara potong kek he he kenal tak? |
![]() |
| Sarapan pagi yang di sponsor SCOMI.. erk!..... |
Farewell lunch for one of SCOMI members - Shah Hazli -very nice person
![]() |
| Girls posing |
![]() |
| SE staff |
Engineering raya gathering
kecik sangat kan, nanti ek..kalau sempat kita download size asal..maklumlah menempek camera canggih orang hu hu
NKLF Raya gathering
Kitaorang menang Stall terbaik tu - Juara lagi.... :)
Dapat RM150 hengget..ok la kan...
| buluh yang ditebang dekat sungai Choh..hik hik |
| nampak tak bunga kat tengah tu..hu hu.. itu kita yg deco tau... |
| Jejaka yng menghias stall kitaorang.. |
| Pasangan adik dan kakak he he |
![]() |
| our stall |
| Ini yang sebab kitaorang menang nih..he he |
Itulah serba sedikit activiti makan kat SCOMI...mana tak naik badan.. tapi still xboleh menderma darah gak sebab kurang dari 46 kg..aduis..sorry long next time kalau along masuk hospitallagi..sure zie dah gain sampai 50kg sebab aktiviti makan kat Scomi ni tak mengenal sempadan..ha ha
03 September 2013
Dzul Iman
Lama betul tak update blog ni, bukan xde semangat nak update, semangat tu ada, tapi masa tu xde. Ni pun sebab datang awal seblm mula kerja. Kat sini kerja flexible hours, sampai tadi pukul 7.48 pagi. Tapi bukan boleh balik pukul 5 pun, kat sini waktu standard balik 5.30p.m. Sebenarnya okay je kalau nak balik pukul 5 sebab kita sampai awal kan, tapi kita orang Asia ni dah terbiasa dgn fixed hours, bila nak buat flexible macam tak faham la pulak.
Ada boss Aussie kat sini, dia masuk pukul 7.30. Tepat 4.30 dia dah balik dah..sebab bagi dia dia nak commit tugas dia then itu waktu pilihan dia. Bagi dia kalau nak tunggu kerja habis, samapi bila pun x kan habis..(betul juga tu kan)..Tapi biasalah nama pun org Melayu kita ni..berdispilin (kunonnya..ha ha)... perasaan takut tu sentiasa ada (dalam hati sentiasa berkata eh!boleh ker?, xde org nak sound ker?..huh macam-macam)
Eh eh dah melalut sebenarnya nak cite yang 2 orang anak yg bersekolah rendah tu dah ada tempat untuk di transit lepas waktu sekolah. Alhamdulillah ada juga taska biasa yg terima kanak-kanak istemewa macam anak kita tu. Cikgu-cikgu semuanya lemah lembut. Pentang mereka bukan sekadar transit di situ..mereka di ajar membaca Qirati, sembahyang serta doa-doa harian. Displin pun dalam islam. Semua kanak-kanak di situ diwajibkan sembahyang termasuklah anak kita yang istemewa tu. Seronok mereka.
Anak kita memang dah lama x mengaji semenjak kerja dah jauh ni kan.. bila jumpa tempat yg ada mengajar mengaji nie, rasa amat bersyukur sangat. Kalau ikut budget mmg lah kurang tapi in sya Allah. setiap anak ada rezekinya.. aminn.
Mula-mula mereka mmg seronok bila pergi ke sana.., lately ni hari-hari komplen x cukup makan..adoi..mungkin sebab murah kot, thats way makan lauk sejenis saje.. ayam satu, lauk kuah. Yg kecik tu mmg makan lambat, dan dia xsuka kuah, kalau dah letak kuah dia terus xnak makan.
Setiap kali bila balik pteng mereka komplain, lapar, dahaga... Ya Allah.
Bila berbincang dgn suami, dia kata bab makan tu, biarlah balik kita boleh kasi makan, tapi bab akhirat tu kita x sempat nak bagi mereka tu semua..jadi biarlah dia suffer bab makan dan minum tu, sebab balik rumah pun kita bagi diaorang makan jugak,....
Hemm mungkin ada betulnya...
Okaylah bos dah sound he he
16 July 2013
Happy birthday to me
Today its my birthday, i expect the first person wishing me is my beloved eldest son, but hampa.
Apapun, gembira juga sebab terima birthday wish dari anak perempuan (walaupun bukan anak sendiri) yg comel dan cute (muka cam selena gomez gitu) "Alia Aqmar". Thanks you dear :)
Okaylah x nak sedey sedey.. Nak cite pasal my birthday wish he he..ini impian jer la..kalau xde orang nk bagi, nampak gaya untuk memuaskan hati, kena beli sendiri la gayanya... Nak tengok apa kite punye birthday wish
![]() |
| jeng jeng... besar lagi tu..ha ha.. Ni angan-angan jer, ini bukan termasuk dalam wish list pun ngeh ngeh |
![]() |
| Nak yg cam ni jer..simple jer kan..kalau bukan tiffany..ala-ala tiffany pun ok jer.. :) |
Sekadar wish list x salah kan..semua org mempunyai wish list g berbagai, samada mampu atau tidak, ikut kemampuan yg nak membeli tu la kan..
Apa-apa pun yg benar-benar harapkan adalah di beri keberkatan dalam setiap apa yg dilakukan, dan semuga pintu taubat untuk ku belum lagi tertutp untuk diri ku yg x pernah lari dari melakukan kesilapan.. Amin-amin ya rabbal Alamin..
Nak buat kerja dulu, kalau sempat nanti kita sambung pada post lain yea.. Daa..
04 July 2013
Upcoming wish :) Thank u Scomi
![]() |
| Thank u Scomi |
Tengah berkira-kira apalah si suami nak bagi ni yea... bulan puasa..ni..x kan nak kumpul sekali sampai raya kot..xbest! xbest! nanti dapat duit raya jer...
Nak lain hu hu...
apa yea bloggers semua..? nak minta apa yea..bagi la idea... tahun depan..x dapat apa pun, wish pun tidak, bagi kek pun tidak...kali ni nak demand..kena beritahu nak apa...
Jeles tgk Nana Mahzan, byknya dapat hadiah, maklum lah celebrity la katakan, husband usah cakap lah..dapat tiffany lagi... Emm..kalau dapat ala-ala tiffany pun ok gak ek...
Kali ni nak minta my niece bagi jugak..kena bagi...sebab sorang tu dah kerja, sorang lagi..dah kaya sebab simpanan dia mengalahkan orang dah bekerja 20 tahun!...
Anak lelaki yg bujang tu..kasi bunga pun ibu rela terima..Itupun kalau dia nak bagi la..
Untuk en Suami, tolonglah jgn belikan kek atau pizza... dah muak lah dear... Kalau nak rasa steak, kita pun boleh masak steak sendiri... ingat Syura jer ke boleh jadi juara, kita pun kalau masuk belum tentu juara..ha ha...
04 June 2013
Pendaftaran program asasi di uitm
Hari ni ada training di 1FA, one utama, kalau ikutkan mmg tak larat nak pergi. Penat sangat. 3 hari berturut-turut, x dapat rehat. Lepas berkemas dan menyediakan makanan pagi dan tengahari untuk anak-anak 2+1, terus uruskan persediaan segala dokumen bagai, dari pembayaran duit untuk pendaftaran di Bimb, hinggalah urusan medical check-up.
![]() |
| perjalanan menuju puncak luar dari kawasan fakuliti, kat atas tu adalah asrama pelajar-pelajar |
Tapi ingatan bagi yg pertama kali untuk mendaftar sebagai pelajar di uitm ni, xpayah lah iku peraturan yg diberi oleh borang dalam surat tawaran tu, maksudnyer, mengenai pembayaran permulaan untuk urusan pembayaran menerusi BIMB tu, kalau mengikut borang, pembayaran boleh dibuat melalui teller BIMB sajer, tapi sebnernyae, kena buat membuat bayaran melalui kaunter di BIMB sebab pembayaran ditellerr akan keluar message" no akaun yg dimasukkan adalah tidak sah". Pihak di BIMB sendiri mengaku pekara itu tidak boleh di laksanakan spt yg dinyatakan didalam surat tawaran tersebut. Harapan, biarlah pihak Uitm peka terhadap masalah ini. Sian pada parent yg terpaksa berbaris semula untuk membuat bayaran pula di kaunter.
![]() |
| fakulti-tempat mereka belajar, yg ni kat bawah bukit-tempat ibu bapa menunggu bas ketika hari pendaftaraan |
Pada hari pendaftaran pula, sekali lagi pihak Uitm buat drama lagi, cuba di surat tawaran atau dipaparkan di website Uitm ada memberi nota peringatan pada ibubapa akan cara kemasukan di Uitm, dari soal pendaftaraan maupun untukkemasukan di asrama pelajar. Ini tidak, dalam surat tawaran menyatakan waktu pendaftaran bermula dari pukul 2.00pm sehingga 4.30pm tapi mujurlah kami datang awal sejam maka kami ada masa sedikit untuk membantu anak membawa segala keperluan menaiki bas yg disediakan di aras bawah kawasan Uitm tersebut seblm di bawa ke pusat pendaftaran sebelum mendapat kunci bagi bilik asrama masing-masing.
Semasa di dalam bas, urusetia memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa bahawa acara suaikenal akan bermula pada pukul 2.30 pd hariitu juga! Maka pelajar dikehendaki meletakkkan barang ke bilik masing-masing sekiranya ada masa dan terus berkumpul untuk menyertai acara suaikenal. Bagi kami yg datang awal ni, alhamdulillah lah, tapibagi parent yg datang tepat pukul 2 dan ke atas, haru biru la jgk, dah lah kena beratur menunggu bas di tingkat bawah Uitm tu, kena beratur naik lif ke tingkat bilik asrama anak pulak, maklumlah ramai yg nak menaiki lif dalam satu masa, jd kenalah beratur jugak kan, masa tu lah lif rosak lah pulak..tak ke berpeluh nak naik ketingkat atas pula..adoi kesian..parent-parent kalau dah umur setakat abad kan?
![]() |
| Blok dia A2, A3 salah satu blok Asrama putera, tapi yg kelakarnye berdepan dgn blok A2 adalah asrama puteri..mmg clear sgt kalau mereka x menjaga tatasusila |
Semasa di dalam bas, urusetia memaklumkan kepada pelajar dan ibubapa bahawa acara suaikenal akan bermula pada pukul 2.30 pd hariitu juga! Maka pelajar dikehendaki meletakkkan barang ke bilik masing-masing sekiranya ada masa dan terus berkumpul untuk menyertai acara suaikenal. Bagi kami yg datang awal ni, alhamdulillah lah, tapibagi parent yg datang tepat pukul 2 dan ke atas, haru biru la jgk, dah lah kena beratur menunggu bas di tingkat bawah Uitm tu, kena beratur naik lif ke tingkat bilik asrama anak pulak, maklumlah ramai yg nak menaiki lif dalam satu masa, jd kenalah beratur jugak kan, masa tu lah lif rosak lah pulak..tak ke berpeluh nak naik ketingkat atas pula..adoi kesian..parent-parent kalau dah umur setakat abad kan?
![]() |
| abaikan penyapu dan segala yg tersangkut tu, semua kes nak cepat |
![]() |
| Bilik bujang -xleh nak colorful |
Tak ke satu kerja nanti, budak-nudak tu kena angkut naik atas selepas pragram orientasi tu annti, bila masa nak mengemas, bila masa nak gi makan, solat..kata kawan, biarlah itu satu hijad untuk pelajar..ye..faham sgt, tapi bagitahu lah awal, tak lah mak bapak tu bawak segala bagai..kan, sian depa kalu yg dtg dr jauh ..naik teksi lak tu, sampai sini kena angkut pulak barang naik bus..dan kenapa tak bagitahu awal awal bila acara itu bermula, kenapa tulis waktu pendaftaran pukul 2 sednagkan minggu orientasi bermula pulul 2.30? Pihak UITM x fikir ke tu semua..kalau kita selalu cakap itu cakap macam k.......kan?
Harap harap lepasni..pihak U perihatin la sikit no...Kita bukannak bagi lemak kat pelajar tu, cuma buatlah kerja tu proper sikit, nama U tu dah terkenal dah..tapi jgn
Ah tunjuk macam U baru wujud kan? Caca marba semua!
Belajar dari kesilapan, jgn jadi setiap tahun macm ni yer, kesian pada kami yg dah tua-tua ni..(aku kira tua jugak lahkan)...
Apa-apapun terima kaseh kerana menerima anak ku mengikuti program asasi di sini. Walaupun dia kecewa x dapat tawaran ke over the sea, tapi ini pun dah kira alhamdulillah..mgkn ada hikmah di sebaliknyer...insya Allah
25 April 2013
3+ 1 ... Bukan untuk suami yer :p
Assalamualaikum, sebelum jari jemari menari nari (cewah..ayat bunga sikit).. dgn lajunyer... kena buang segala habuk-habuk dan sarang-sarang yg dah memenuhi blog nie..he he... Rasanya dah agak lama meninggalkan ruangan kesayangan ku ini...
Tajuk 3+1 tu bukan untuk mengalakkan suami kesayangan tambah 3 sekali..he he jgn salah anggap, agak-agak la yea..kalau ye pun bagi keizinan satu lagi cukup ler..nak tambah 3 ..dah kira tamak dah tu... :)
Maksud tajuk sebenar sebenarnya adalah 3 kejadian tapi nak di muatkan dalam satu ruangan blog kali ini..itu jer..he he
Yang pertama, cerita mengenai die ni selalu menghiasi blog ini, yelah anak sulung la katakan, segala-galanyer bermula dgn dier, tapi x bermaksud tak menyayngi yg lain tapi di sebab langkah pertama bermula dgn dia maka kelebihan tu terletak pada diri dia yg bernama Muhammad Nasrullah. Keputusan SPM dia yg baru keluar awal bulan March hari tu kami terima dengan tenang dan gembira..walaupun x seperti yg kami jangka dan harapkan tapi sekurang-kurangnyer dia dah buat yg terbaik.. Dalam perjalanan ke Taiping, mmg resah mengalahkan tuan punyer badan.., nak tengok keputusan online, tak dapat masuk-masuk..apatah lagi melalui jalan ke Taiping, kejap ada, kejap tidak line celcom ni...menambahkan cemas dihati, bila tiba di sana masing-masing dah ada keluar berpelukan, tterpancar wajah masing-masing.. yg aku lak cuak.. Bila samapi nak mengambil slip mengikut kelas masing-masing, yuran dobi pulak tertunggak..alamak..eee mmg betul budak ni..kena lah settlekan dulu bayaran baru boleh ambil slip keputusan, rasa nak cekik-cekik anak ni, menambahkan tekanan untuk ibu dier.. Lepas ambik slip muka sier tiba-tiba masam...terus menuju ke arah kami, terus dia bisik kat telinga, ibu kita dapat 8A, 1B...dan tersenyum, sebagai seorg ibu apalagi yg dapat di ucapkan..hanya, "terima kaseh Ya Allah, kau makbulkan segala doa-doa ku untuk anak ku ini", nak menitis airmata x jugaklah..tapi sekurang-kurangnye dia dah membuktikan bahawa dia boleh melakukan dalam keadaan dia yg tak berapa sehat menjelang peperiksaan hari itu.
Nanti kita share gambar yea.... skrg ni kat tempat kerja..apapun tak de...
Yang kedua, bermulalah perjalanan sebagai seorng ibu untuk memastikan yg ke arah mana yg harus di pilih nanti, patutnyer anak yg lebih , nak apply ke mana yg mereka nak pergi, tapi aku tidak, sibuk bagai kan kita yg nak masuk U bukannnya anak, sebabnya dia ni manja sikit segala-galanyer..nak suruh kita buat,,dia tahu nak prepare untuk interview saje nanti..org dah rilek dah dari study yg dia sibuk buat ulangkaji matematik dgn baca sebanyak mana novel english yg di belinyer... xpe lah itu cara dia...
Dari satu ke satu biasiswa di minta dari pada MARA, JPA, TNB, Maybank, Busary, ntah apalagi..semuanya aku balun isi borang..yg penting dan usaha...
Yang Ketiga.. apa lagi kalau cerita masuk tempat kerja baru...(nak cite ke x?)...Nanti dulu kot...sbebnya..xde yg menarik untuk dicerita kecuali, flexible hours yg terlalu flexible, sampai x tahu bila masa kerja bila masa rehat atau masa balik. Yelah kami yg datang dari company yg amat staright dgn kedatangan ni sampai ada monitoring setiap minggu! bukannya setiap bulan..kan tiba-tiba bila dapat company yg teramat lah rilek pun masa..sampai kami rasa kami pekerja yg paling dedikasi sekali..ha ha...
Kami bertolak dari Puchong pukul 6.50 sampai di tempat kerja pukul 7.45 or 7.50..xe ker bagus tu... Kami sebebarnya pilih waktu masuk pukul 8.30 balik 5.30.. tapi disebabkan sampai awal kami ingat boleh lah balik pukul 5 kan... memamg lah kalau ikut begitu..tapi kat sini disebabkan ramai yg memilih masuk pukul 9 jadi waktu kami nak balik pukul 5 atau 5.30, ramai yg tak angkat punggung untuk balik lagi...jadi perasaan yg amat malu kalau baru kerja nak balik awal kan..so selalunye kami ikut pintu belakang untuk balik..supaya tak terserempak dgn boss besar...
Itu pasal masa berkerja, tapi kalau pasal kerja banyak nak cerita...banyak sgt-sgt...Kita cite sikit dulu la yer... kat sini trend suka meeting, apa-apa pun meeting yg dtg bukan kecik-kecik punye pangkat, sampai level director or vice president akan join meeting... adoi... senak perut... dalam satu hari berapa byk mtg kena attend... belum buat kerja lagi...no wonder la ramai yg balik pukul 8 malam...
Lagi satu kat sini setiap mtg suka baut presentation slide..adoi penat..nak present satu hal, nak buat slide bagi org faham satu hal lagi...al-maklumlah nak memahamkan bos-bos besaq tu kan...
Proses kat sini...taknak cite banyak, cukuplah sekadar kata...macam company yg baru nak buat kereta..ha cam tu lah...tapi kat sini x buat kereta...buat..tuttttt! he he...Xpe..lah pelahan-lahan kita ubah ek...
cuma yg pasti kenaikan kat sini mmg giler tinggi, minimum kenaikan 5% paling tinggi 20%..tapi rata-rata ramai dapat 15%... entah bilakah nasib itu akan sampai pada ku..hu hu... Walaupun company belum dapat profit lagi tapi mereka tetap ada ex-gratia sebulan gaji..kami yg baru ni telan air liuq je lah...
Kerja memang x menang tangan...tp ada satu yg x bestnyer...sebab ramai yg bekas dari company lama yg dah join kat sini...bukan xsuka, cuma ada 1/2 tetap macm dulu, ada seorang dulu extreem giler, macam dia la terror segalanya padahal masa kat co lama dia nobody jer.. ada yg dulu mmg hebat giler company lama, tapi biler masuk sini..jadi tenggelam..entah kenapa...
Yg cakap xbest tadi sebab ada yg extreem perasan bagus tu.. menyampah pun ada...tapi biasalah kat sini..kalau "pandai"cakap sikit org akan pandang tinggi, tapi kalau habis semua nak short cut, tunggang langgang lah process semua... sampaikan kami yg datang dari company yg sama ni, siap cakap dgn org-org lama kat situ, yg "mamat" tu jer yg perangai pelik cam tu... bukan semua xproton macam tu yer...
Mgkn masa kat sana, mamat tu di overshadow kan org lain so bila dapat msuk sini terus jadi "jungle"- gelaran yg diberi oleh org kat sana..pada mamat nie .... huish...doa-doakan lah supaya aku x dapat gelaran apa-apa la pulak :)
Alamak..dah masuk waktu..la..ok//bye dulu ya
daaa...
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)


















