Hi blogwalking :) My blog on to share My thought, My feeling and My journey as working mom with 4 children. Feel free to leave foot note :)
RSS

30 December 2011

Dhia (OST Tentang Dhia)




Gedik sikit.. he he...
Episode Tentang Dhia sudah pun berakhir, memang sedih, terharu sungguh akhirnya macam Uda dan Dara...kasih sehingga ke akhir hayat.

"Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantungku mula jiwaku
Merelakan diriku menjadi milikkmu
Itu yang ku mahu
Itu yang ku mahu…cintamu
Sinar mentari pagi
Menyinar rahsia sunyi
Biarlah ku bermimpi
Terlena dibuai sepi
Dhia khayalan cinta
Selama ini kuharapkan
Cuba engkau fahami
Takkan dirimu diluka"

Minat sangat dengan lagu ni, bukan sebab di nyanyikan oleh Adi Putra yg handsome tu..tapi suara "lelaki tulen" tu..adui... nak pulak ada tunjuk gambar hero pujaan malaya ni.. :)



Sinopsis cerita tentang Dhia...tak nak ulang tgk balik...sebab sakit dada tgk mak mertua yg maha kejam tu...sanggup dia berkawan dgn hantu raya..eee... Nama nye kaya tapi percaya pada bende-bende tu semua... Berhenti di sini dulu, nanti kita sambung lagi ek... :p

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ombak Rindu (OST)

 

Ombak Rindu..
yg hangat di perkatakan.. cinta yg wujud tanpa di paksa datang secara tiba-tiba.
Satu anugerah dan ketentuan dari Nya.. Bagi mereka yg pernah membaca novel ini mungkin akan merasakan kehangatan cinta di antara izah dan haris tapi bagi diri insan yg seperti aku , aku menilaikan cerita ini pada sudut kasih sayang setiap insan di dalam filem ini.
Sayang kekasih pada kekasih di zaman kecil nya,
sayang ibu terhadap seorang anak sanggup melakukan apa saje termasuk tanpa rasa bersalah kepada allah menfitnah seorang insan lain yg tak berdosa hanya untuk melihat anak nya berjaya ,
sayang anak terhadap seorang ibu memenuhi permintaan ibunya bagi menyelamatkan maruah seorang ibu, sayang seorang kawan terhadap kawan lama nya sehingga sanggup menyerahkan anak sendiri kepada kawannya.
Terlalu banyak pengorbanan, kalau di kupas lebih mengikuti novel seperti kata penulisnya mungkin akan penonton akan lebih merasakan lebih kasih sayang di dalam filem ini, maka banyak lagi airmata yg akan tumpah di dalam panggung itu nanti :)
Macam mana pun thumb up untuk penulis novel, cuma rasanya bagi aku, lakonan Aaron agak krg umph!! sedikit berbanding di dalam drama Nor Elena. Maaflah yer Aaron.. komen dari peminat xpe kan.. Ada jgk dalm filem ni Aaron cakap tersekat-sekat seperti dalam lakonan-lakonan nya di dalam drama-drama.. Mgkn peminat fanatik akan marah bila baca tulisan zi ni tapi kalau x percaya ulangi beberapa kali, paling kurang pun 2 kali,..akan nampak kelemahan Aaron di situ, apa pun akak tetap peminat Aaron Aziz.. wink!wink!

Tp rata-rata cerita sekarang, byk memaparkan ibu kandung yg terlalu obses sehingga sanggup menidakkan kebahagiaan anak itu sendiri... Apakah realiti sekarang begitu?...Ya Allah minta-minta di jauhkan lah..semuga aku tidak di letakkan di dalam golongan itu.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Celine Dion I Surrender Live

Layan jer.. :)
There's so much life I've left to live and this fire's burning still
When I watch you look at me,
I think I could find the will
To stand for every dream and forsake the solid ground
And give up this fear within of what would happen if they ever knew I'm in love with you
'Cause I'd surrender everything to feel the chance to live again I reach to you,
I know you can feel it too, we'd make it through
A thousand dreams I still believe,
I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms, never let go,
I surrender I know I can't survive another night away from you
You're the reason I go on, now I need to live the truth
Right now there's no better time, from this fear I will break free
And I live again with love and no they can't take that away from me
And they will see,
yeah I'd surrender everything to feel the chance to live again I reach to you,
I know you can feel it too, we'd make it through
A thousand dreams I still believe, I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms and never let go, I surrender
Every night's getting longer
And this fire is getting stronger, baby I'll swallow my pride and I'll be alive
Can't you hear my call?
I surrender all 'Cause I'd surrender everything to feel
the chance to live again I reach to you,
I know you can feel it too, we'd make it through
A thousand dreams I still believe,
I'd make you give them all to me
I'd hold you in my arms and never let go,
I surrender Right here, right now
I give my life to live again
I'll break free, take me, my everything,
I surrender all to you
Right now I give my life to live again
I'll break free, take me, my everything,
I surrender

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

21 December 2011

Apa ada pada jenama?

Ayat yang selalu kita ada, "Brand" and brand is Jenama. Dulu mmg x faham kenapa ada orang yang terlalu 'memuja' sesuatu jenama ataupun seseorang yang obses/tergila-gilakan branded items.
Apa ada pada jenama? perlukan anda membazir wang membeli barang yang berkali ganda mahalnya sedangkan ada barang sebegitu yang boleh anda dapat dengan harga yang berkali ganda murah?

Mungkin ada orang marah sebab bagi meraka Jenama itu penting. but for me, I do love certain kind of brand but not to obses. I do like ELLE, Guess, Charles and Keith, SKII, coach, and other branded item but I'll buy when I feel like buying and I have extra money...:)

And I'm also can accept fake thing, why Not? sometime its look nice too and affordable..
Maruah?? takkk!!!...sama sekali tak menjejaskan maruah aku...Sikit pun x terasa terhina...
Memanglah ada kawan-kawan yg suka pada jenama itu dan ini, dari diri sendiri sampailah ke anak, semuanya kena ada jenama. Kadang-kadang geli hati jugak tgk di jualan pesta di surau tempat kami bekrja..., bila ada pakaian anak yg berjenama, menyerbu seolah-olah barang tu di lelong dgn harga yg murah sekali, padahal, mereka hanya ingin mengejar jenama
Xde niat nak mengutuk atau menghina, cuma sekadar berkongsi pendapat sendiri. Alkisahnya nak bercerita pasal anak sulung zi yg suka sangat beli barang yg ada jenama..kadang-kadang harga yg nak di beli x masuk di akal!! Adakalanya dia beringat juga, yg kekasih hati nya ini x mampu nak sediakan itu semua, tapi adakalanya dia lupa diri jugak..hmm...:)
Bagi orang kaya atau yang berlagak kaya mungkin cakap mane ada membazir. untuk kepuasan diri. okay fine. terpulang pada engkau. duit engkau.tapi perlukah engkau datang dekat orang dan cakap eh, aku beli beg ni semalam. RM 600, tanpa ada orang tanya?ha ha...
Memang x di nafikan barangan yg jenama itu berkualiti, tapi adakalanya, kita tertipu juga lah. Corak yg sama, design yg hampir sama, tapi jenama yg berbeza di jual dalam kedai yg sama, satu mahal, satu lagi murah...jd yg mana pilihan hati..? Tepuk dada tengok beg duit..he he...


Nak tahu sebab apa letak gambar red coat nie? sebab memang minat sangat-sangat, coat yg minat tu jenama ELLE, dari awal tahun dok usha..mana lah tau kalau sale nanti turun harga dari 200 jadilah puluh-puluh ringgit jer...herm samapi nak penghujung tahun harag dia setakat less 10% aje.. setakat boleh jeling jer la... :) Lagipun bila fikir-fikr balik, nak gi mana dgn kot yg merah menyala nie.. kat malaysia musim sejuk tak de, musim hujan ngan banjir ada ler.. Nak bawak gi over the sea?? bila la..Proton nak hantar gi oversea tu lagi... di buatnya dia hantar time musim panas..x ke haru...simpan lagi kot ni nanti...he he (ayat nak sedapkan hati)

Tapi ada satu barang ni memang nak beli sangat-sangat bukan sebab jenama yea..tapi sebab kualiti dan keberkesanan nya..(cewah ayat!!)..zi nak grab jugak SKII pitera essence tu...harga di sebotol rm325... sometime ada offer 199 satu set..tapi selalu melepas... tp x pe... setiap bulan kumpul 50 ke 100 sampai capai matlamat...sebabnya nak jdkan wajah yg semakin kusam, gersang dan tandus ni nampak semakin jelita, ini bukan sebab tgk iklan yg tunjuk model yg cun melecun tu..tapi keberkesan pada sahabat lama yg sama umur dgn kita tapi telah memakainya di peringkat usia yg sebegini dan hasilnya...memang menakjubkan, hish kalau company SKII tahu zi promote gila-gila product dia ni, ada hati x dia nak bagi skincare set free he he...
Inilah die product yg disebut td...
 Skrg ni pakai bercampur-campur product dari yg ada jenama sikit hingga yg xde jenama lansung, pencuci muka dari sabun beras pun zi sapu juga..:) Sebabnya, ikut balance brought down setiap bulan selepas di tolak pada hutang serta commitment yg sampai bila x tahu bila penyudahnya....
Apa-apa pun jenama adakalanya penting juga tapi memadaila untuk keperluan..bukannya nafsu atau tingginya martabat seseorang itu.. cheer!!..


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

19 December 2011

Majlis Anugerah kecemerlangan PMR 2010 bagi anak-anak kakitangan PRoToN




Its quite long already, but just to keep it save in d memory.


Pulang dari menerima hadiah

masa ni muka dier blur sebab kena duduk barisan belakang... :)

Atas ehsan dan keperihatinan Dato Sri Siti Hasmah, maka anak-anak teruna ini di suruh duduk di barisan hadapan


Sebenarnya majlis ni dah berlalu agak lama, tapi ingatkan nak tunggu gambar dari jabatan yg menganjur, tapi orang yg mengendalai kan majlis itu agak emosi sehinggalah sekarang ini, malas nak bising hanya kerana gambar yg tak sperti nya.. Hanya inilah gambar yg dapat di abadikan dari camera hp yg x berapa canggih.. :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

17 December 2011

Its just a Day

Hari ini pergi kerja dengan muncung di muka, mana x nye ingatkan niat kita nak membantu tp lain pula jdnya. Kena marah la pula, sbb hbs semua seluar kerja dan jeans dia dah aku basuh malam td tp x bersidai lagi. Ingatkan ada lagi sepasang dua dalam almari rupanya semuanya dalam washing machine. Dah la penar baru lepas memasak untuk makan tengahari anak-anak, almaklumlah ibu bekerja kena lah siapakan dai breakfast sampai la ke makan tengahari. Bila dah di tegur, mood nak pergi kerja terus hilang. nasib baik la hr Jumaat, new comers kt office ni pelawa lunch di luar. Apa lagi, ini kira terapi stress jgk ni :p

Sunway Pyramid having sales!!.. Rupanya amoi yg cantik sama taste dgn mak dara anak empat ni he he. Singgah di charles abd keith, macam rasa nk beli purse. Tgk kasut pun dah rambang mata. hmm kalau x fikir nak beli keperluan budak sekolah, mmg dah ambik satu kasut tu. Tp hajat pertama mesti di tunaikan, budget nak beli satu bertambah jadi 2. Satu tu keperluan, yg ke dua tu..nafsu!! he he


hasil tangkapan :)

Add caption

Masa perjalanan balik sempat jeling di NICHI... ada sale jugak la,, Amoi tu pun macam nk melangkah masuk aje tp di sebabkan kekangan masa, terpaksa lah beredar dgn niat yg bernafsu berkira-kira nak datang lagi :) Duniawi betul !!! kalau bawak anak yg sulung ni, confirm dia akan memberi senyuman yg penuh makna!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 December 2011

Dinner with Protonian

Rasanya dah lama x meng"update" blog nie semenjak ter merajuk kejap hih hih...
Kemalasan melanda .. yg ter amat sangat ... Banyak pula bende yg nak kena settle.. Apa pun kita layan dulu gambar masa dinner hari tu ek..since x bawak camera yg berat tu... Nasib baik lah ada belas ihsan dari kawan-kawan dgn photographer dari HR (kawan jugak tu ;) )....



ketibaan datin-datin dan datuk-datuk di sambut oleh Proton Management..kelas gitu..he he
 Persediaan bukan main tapi kesudahannya di sebabkan kesuntukan masa... tekap apa yg ada... Baju pun tangkap muat gak.. sempat gak letak lip-lap, lip lap kat baju tu sikit...he he.... Bila lagi...kan. entah bila lagi nak ada dinner lagi, umur dah bertambah... sapa lagi nak bawak gi dinner la pulak kan.. :)


<><><><><><><><><><><> 

bersama hubby
 

Bersama Sham (teman yg sentiasa memahami)... credit to atun sebab panggil untuk gambar bersama
 

Nampak sangat menempek camera org kan.. :p

 Sakit kepala la.. nanti besok sambung lagi yea...








Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 November 2011

11.11.2011

Dah tiba dah tarikh yang di tunggu.. bukan kerana tarikh keramat atau tarikh yg special ye, cuma dinner for 20 year service award... Hari tu sibuk cerita nak cari baju lah, beli make up la.. untuk merai-kan malam yg amat bermakna..ha ha...kononnye.
BUT...unfortunately, nothing much to expect actually, no dress to wear, I' have no time to prepare since my eldest son masuk hospital..kena operate la pulak...adoi... Dengan tak cukup tido, tak cukup rehat... berkejar ke sana, kemari, duit keluar macam air...Masa tu la jugak terfikir, kenapa lah aku tak belajar sungguh-sungguh masa disekolah dulu...Kalau tak mesti dah pangkat besar dah atau dah jadi business woman...
Walaupun jawatan ku sekarang gah pada nama...tapi gaji tak se Gah pada namanya...
Kalau kompeni luar dah ada lima angka dah...hu hu...
Banyak kali dah cakap nak berhenti..tapi tak juga berhenti..last-last 20 tahun tu....
Nak tergelak pun ada, sedih pun ada... bangga sikit tu ada la juga...
Well tak nak bercerita banyak...tengok jer..malam ni, kalau rajin aku membawa camera buruk ku yg berat tu..adalah gambo yea..kalau tak, tunngu je la belas ihsan kawan-kawan kalau sudi nak bergambar dgn muka yg tak berapa nak glamor nie...
Jumpa di sana...




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

31 October 2011

Appreciation for 20 year service award!!

Wow... 20 years already!!!! No wonder I felt I have no energy anymore..ha ha... I've work in Proton for 20 years already... hu hu quite long huh?... But still, I cannot quit cos of commitment!!... Waaa...but the good things is Proton will organize a dinner for people who already works in Proton for 10, 20 and 25 years. Actually this is yearly event.
As for me he he - a women, who always want to look beautiful, elegant, gorgeous!! and whatever name that similar...he he. My mind already full with a lot of idea,..he he..mcam la cantik sangat...ha ha...
First what is the theme?... I ve heard it is red and black theme..well not much challenge :(... 2. how to look nice and attraction?... Its must be the dress right? (sebab muka tak lawa)... Hem mmm google first!!

NIce tak?
This One?

this one?

Ada lagi...:)
Ni kalau nak pakai skirt la kan :)
Copy from Stylish Muslimah blogspot
Elegant kan?
Menarik kalau warna hitam,dan merah!!!

Punyer la banyak google dan survey...tapi sempat ker nak tempah? Hrm... I think I raise my hands... 2nd option boutique to boutique survey?...Boutique? wow..sound like I've lot number with a lot  zero at the back sigh!! ha ha... I do have that much of money...then Pick and match la dear he he....
Until now, i did not buy anything yet!!..hik hik...
However, I did buy something!!..he he guess what.. to look something different, I'd bought a few make up from Bodyshop. It's not to "bangga" myself..ha ha... it's just I've free time at that time and some more, when I went to SACC mall to look around if I can find something for that night, I caught my self of buying something (that not even in mind) to buy a make-up..ha ha...
I've no time to snap a picture that i've bought from BodyShop but I have copy similar pic (which is I download from google of coz!)...
Here we are..jeng jeng....
similar that I've bought during Proton day
Brush!!
to cover of my pigmentation and dark spot
Black and Brown
hik-hik this one I do not buy because I've change my mind to buy from Daisho (quite cheaper)
On thr next day, shopping lagi...actually I need to buy supplement. (maklumlah dah masuk 40 over ni)... Bila dah melangkah ke Watson tu, macam-macam pula yg di beli...everything to just to look nice on the night.. wink! wink!....
inspire by Eynda blog he he
eye-cream
picture from heavenlygorgeous.blogspot
See...I think the cost already similar to the dress that I not yet buy for that night... Nampak gaya macam pakai baju yg ada dalam closet jer nih hu hu....

Tommorow, there will be briefing for all awards recipients. Maybe I can get more picture what my dinner dress will gonna a be...

Till then ..daaa...




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Avril Lavigne - Wish You Were Here

Setiap kali melawat blog follower yg sorang ni akan berkemundang lagu ni.. (tp sekrg macam dah xde). Sampai boleh hafal lirik. Lirik nye memang menarik, bagi remaja, of course! untuk yang bercinta..tapi bagi ibu-ibu boleh di translate kan kepada anak-anak ker, hubby ker... kawan rapat ker..he he.. tapi yang pastinya.. pilihan anak ini memang selalu sama dgn citarasa ku... (he..he aku maseh berjiwa muda ha ha ..poyo!!) Tengah buat stake holder agreement ni, sambil dgr lagu, bila tiba lagu ni rasa macam bagi semangat nak update blog la pulak.. :)




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

28 October 2011

Kenapa Blog ni nampak tunggang langang- bersepah sana-sini...waaa..penatnya design blog haritu..nape jadi cam nih... kena virus ke? atau kena hacked...Adoi..sorrylah...nampak gayanya makan bulan nak edit balik nie..dah lah semanggat menulis..dah xde... adoi... Pasa seiapa yg baru singgah tu abaikan saje yea... waaa.... !!!! cam ner nak masuk pertandingan nieh...hu hu...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

18 October 2011


SEDIH :(

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 October 2011

Hee..baru rasanya update blog pasal kebahagiaan..tapi hari benar-benar mengugat kebahagiaan betul... Anak ibu yg sorang nieh...kadang-kadang boleh jadi penasihat, kadang-kadang boleh jadi pendengar setia, adakalanya berfikir lebih matured dari ayahnya..tapi adakalanya kalau dia ikut kepala dia yg kadang-kadang keras sekeras batu-batu di jalanan tu..membuatkan darah yg beku pun boleh mendidih dan mengelegak macam nak meletup seperti gunung berapi.
Dah tahu dia tu ada asthma pergi bersejuk berembun pergi bercampaign konon...Balik kena semput, sesak dada, tak boleh bernafas..,plus macam-macam lagi... yg kita kat rumah nin berdebak debuk dada menahan sesak apalah nak jadi dgn anak bujang sorang ni....malam tu kami sekeluarga berkumpul sambil mendengar satu demi satu kata-kata yg ku memberi arahan apa yg patut dia lakukan dalam keadaan dia yg semakin sesak nafas itu... Kalau ada heli" sendiri, memang dah pergi fly -off ke taiping sana... hish...
Hari ini dia beritahu lagi ada lagi satu perkhemahan - semua pelajar terlibat...cuak betul dengar... Dalam sakit-sakit tu ada hati lagi nak pergi berkhemah ...ya allah... Katanya dia terpaksa...tapi kan boleh excuse takkan lah cikgu -cikgu kejam sangat kan... suruh pergi klinik ambil surat pelepasan jawapan nya "NANTI"--jawapan yg palaing aku tak suka dengar...
Memang menaikkan lagi tekanan darah ini...walaupun tak de darah tinggi tapi terus kena migrain... kalau dia depan mata ...telinga kesayangan dia tu memang akan ku pusing 180 darjah... hish...
Blog ni memang tempat meluah perasan gamaknya. Kalau letak kat status FB..panjang berjela..nanti hik hik....




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

06 October 2011

Kebahagiaan

Persandingan Anis dan Nizam

Kebahagiaan, siapa x ingin bahagia? betul tak? Ini nak share kebahagiaan kawan-kawan sekeliling... :) Baru-baru ni pergi perkahwinan Anis dan Nizam di USJ Subang Jaya, meriah..terserlah senyuman manis Anis hari itu. Maklumlah orang tengah di ambang kebahagiaan..he he.. Bukan nak cakap orang yg dah lama kahwin tu x bahagia..cuma bermacam-macam dugaan dan masalah-masalah meng"overwrite"kan  kebahagiaan tu he he...
Meh kita lihat...orang tgh bahagia :)


Nampak kan?..seri nya lain macam..kan



Nak tunjuk gambar yg baju biru tau..senyum orang yg nak ke ambang bahagia gak tu...yang baju merah tu pun maseh bahagia hik hik..
Lepas ni nak share satu lagi kebahagiaan kawan berpangkat adik manis ni...tapi sebelum tu kita layan gambar-gambar dulu.

Aidilfitri dan sambutan harijadi


Birthday gurl...Humaira namanya...sweet kan?


Masam cam mana pun..tetap cute
Ini kakak birthday gurl
pandai posing lagi
cantik kan?
Nice view
Haa..cantik tak? Dari besday gurl sampaila  rumah besday gurl... :) Ini merupakan satu kebahagiaan bagi tuan  rumah ini dan sebagai seorang kawan akan merasa kebahagiaan itu setiapkali berkunjung ke rumah ini... Tuan rumah yg tak pernah lokek dengan senyuman yg sentiasa manis. Nak tengok tuan rumah x? Mestilah comel macam anak-anak nyer kan..

Inilah tuan punya rumah.. Cik Puan Datin Sri Maisarah dan Datuk Hoslan.. (Huish ...tutup mulut tu..jangan nganga lama sgt nanti masuk lalat..he he..cantik kan?)
Seronok melihat bunga-bunga kebahagiaan di sekeliling kita.. Walaupun kita penuh dengan berbagai-bagai masalah tapi bila melihat bunga-bunga riang ini..hati kita kembali tenang dan bahagia...
Till then jumpa lagi ...






Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

04 October 2011

Demam PMR


PMR menjelang lagi, kali ini anak yg ke dua pula...memang kali ini bukan saje berdebar tapi memang rasa takut lebih dari anak yg nak ambil peperiksaan. Di tambah dengan masalah sekeliling yg melanda menyebabkan senak dada...
Semuga di permudahkan..semuga dia tenang menjalani peperiksaan ini, Janganlah kalut , jgn berdebar... hish ini macam ibu dia la nak ambil periksa... :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

06 September 2011

Work in Progress

Tak sempat nak update , dah jadi macam apa dah blog.ni caca marba..dah... he he..sat na..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25 August 2011

Hari Raya menjelang lagi

Berhabuk dah blog ni.. pening kepala tgk blog yg gelap ni..rasa nak tukar warna..tapi tak sempat-sempat nak tukar... hish dgn mood yang tak nak buat de kerja nie boleh tak kalau nak mengodam blog nieh.. hish makan gaji buta gamak nyer..tapi orang lain dah buat kerja lain lah jugak...
Tak de mood nak buat kerja bukan sebab mood raya..cuma nak bercuti..berehat bersama dengan anak-anak... tapi yg tak bestnya nanti kena gi dari satu rumah ke satu rumah....adoi.. penatnyer...
Bila pulak time nak duduk rumah menunggu orang datang pulak..:) masa tu sure masa dah tak larat jalan..berdiri pun dah goyang-goyang... senyum tak senyum pun orang dh tersenyum tgk kita... (hish...sampai ke situ pulak!!)
Anak-anak semua dah happy nak raya... yg besar semua dah terfikir RM ler... yg kecil..taunyer nak pakai baju raya... Alamak sebut baju raya... baju raya tak beli lagi...

Kena buat checklist semula nih!
Nasrul - Baju - settle
               Kasut - belum lagi ( yg ni nak yg mahal jer..hish!!)

Ain - Baju - Baju Kurung (terlebih-lebih!!) Nak tambah t-shirt pulak... hmm boleh la satu, dua
         Kasut - X beli lagi

Hilmi - Baju tak cukup
         - Seluar dapat 2 jer... Bila lah hilmi nak turunkan tummy tu...hu hu
         - Kasut?? hmm abang dia suggestkan beli crocs... - mcmlah ibu die bertitle Manager...(tgk lah nanti       -kalau ada duit dtg dari langit..he he)

Sufi- the youngest .... Baju dah 4 pasang, seluar? - beli 2 cukup lah..tapi yg ni kena banyak baju basahan... (sebab suka mandi dan basuh baju sendiri)

Ibu??? - hu hu...baju x beli lagi... Malas betul nak raya tahun nie..Nak minta cuti rehat ngan suami lah... "abng jalan lah ngan anak-anak..zie rahat kat rumah yea..." Boleh tak pakai idea tu?.. he he






Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

29 July 2011

Fall For You

Ha ha, mesti ingat apa lah tajuk cam nie..Jatuh cinta lagi ke dalam umur yg hot ni..:) Sebenarnya ini lagu ni anak yg bagi tajuk, dia kata dia kena wakil group dia kena nyanyi satu lagu.., masa tu dia  ingat lagu ni aje dalam kepala... Lepas nyanyi terus dia sms.. "ibu malu"..ingatkan apa.. rupanya baru lepas nyanyi... alahai anak muda sekarang...
Tanya dia "awak nyanyi lagu apa"
dia jawab" Fall For You dari secondhand serenade.."
Oh..lagu tu..(cam la aku tahu ).."boleh ke diaorang faham apa yg awak nyanyi? kat rumah pun awak susah nak buka mulut bila bercakap, ni pulak kena nyanyi" (ayat mengusik)
dia jawab " Ntah kita dah nyanyi paling kuat dah ibu"..habis nyanyi semua budak jerit nama kita"
 (dah perasan la tu...)
"ha ha..hujan tak tadi"(maseh nak mengusik)
"Mana ada :)" sms di balas semula..
Actually I'm glad dia dah boleh gembira semula...walaupun yg dia selalu mengadu dia sunyi tak de kawan..hmmm.. memang tak independent betui yg sorang nie... (dulu tak lah macam ni)
Dah melalut lah..actually nak share lagu yg dia dok nyanyi tu tapi bukan dia nyanyi lah.. ni versi penyanyi original.. :)


Yang pasti dia telah berjanji akan fokus pada matlamat yg satu untuk berjaya dalam akedemik demi mencapai impiannya. Insyallah...





Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

26 July 2011

Alia sweetie

Nukilan ini untuk seorang insan yang pernah ku kenal walaupun untuk seketika.
Alia.., auntie tak tahu apa yg benar-benar berlaku antara kalian, tapi di sini auntie ingin menyatakan apa yang berlaku adalah cabaran buat kalian. Bukan mudah untuk membentuk sebuah ikatan kalau belum benar bersedia. Apapun dear, auntie harap Alia tabah macam mana auntie nak Nas tabah dalam menghadapi cubaan ini.
Yang penting Alia kena teruskan perjuangan Alia sebagai seorang pelajar, Alia seorang yang bersemangat waja dan sentiasa serius untuk berjaya, Auntie sentiasa mendoakan yang terbaik... Jadilah kebanggaan kepada ibu dan bapa Alia...
Lagi satu, jangan cepat emosi :)...
Last but not least, maafkan nasrul dan maafkan diri sendiri agar kita mudah memaafkan dan melupakan...
Nice knowing u.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjuangan mesti di teruskan

Adakalanya kita rasa kita boleh mengubah segalanya mengikut kehendak kita, adakalanya kita rasa apa yg kita buat itu semuanya betul, orang lain semuanya salah tapi pernah kah kita bersyukur dengan apa yg kita ada dengan apa yg kita terima..
Sesungguhnya Allah itu maha adil. Setiap apa yg di beri kepada umat-umatnya ada sebab-sebabnya. Cuma sebagai kaum Adam dan Hawa terpulang pada mereka untuk menerimanya. Aku juga tidak lari untuk merasai perasaan tersebut.
Kita mudah menilai orang lain tapi kita tak mahu menilai atau mengenali diri kita.. Akan ku cuba memperbaiki satu persatu kelemahan ku dan akan kuterapkan nilai-nilai itu juga kepada anak-anak ku terutama anak lelaki ku. Biar dia belajar mengenali diri nya sendiri, mengasihi diri sendiri sebelum belajar mengenali hati-hati teman-teman yg lain. Sekali telah terluka atau melukakan amat sukar untuk bertaut kembali..
Teman ketawa sememangnya ramai teman menangis memang sukar di cari. Mencari kawan sejati tidak semudah belajar a,b, c...
Bagaimanapun selagi hayat maseh ada, selagi pintu taubat masih terbuka, hidup di dunia ini tidak boleh di persia-siakan. Perjuangan ku mesti di teruskan..anak-anak adalah keutamaan ku.
He he... ter emo pulak pagi-pagi ni...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 July 2011

Salah aku kah?

Termenung sejenak saat aku habis membaca blog itu...
Kenapa harus jadi begini.., kenapa harus berakhir begini... Berulang kali aku meneliti baris tiap baris ayat yg di pertuturkan di dalam blog itu...apakah seteruk itu hentaman yg di berikan... Begitu teruk ke anak ku itu...
Ya Allah... kau permudahkan lah perjalanan anak-anakku, sebagai seorang ibu terasa betapa kerdil nya aku seolah-olah telah gagal mendidik anak ku menjadi seorang insan.
Betapa hebatnya ayat yg di gunakan sehingga terasa seperti pisau merobek-robek hati seorang ibu...Entahlah...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 July 2011

Satu Detik kita perlu berhenti

Tengahari td aku mempelajari sesuatu "apabila kita dalam keadaan tertekan, satu pekara yg harus kita lakukan iaitu berhenti berfikir mengenai duniawi dgn itu hati kita akan merasa tenang setenangnya".
Petang td menerima panggilan dari nasrul, dr suaranya dapat ku agak dia dalam kesedihan tp oleh kerana dia telah berjanji utk menjadi seorang yg tabah, dia seolah-olah cuba menyembunyikan nya. Duhai anak ku, ketahuailah oleh mu, sesungguhnya banyak lagi cabaran yg harus kau lalui. Setiap detik dan waktu berbagai cabaran yg akan datang dan setiap cabaran itu menjadikan dirimu lebih dewasa.


Kalau ibu dapat sedikit mengubah taraf hidup kita, ibu yakin nasrul akan buat lebih baik dari itu. Mungkin itu juga yg difikirkan oleh :teman mu" itu., untuk menjadi yg terbaik tanpa sebarang emosi. Ambil ini satu cabaran, bangkit semula setiap kali kau terjatuh. Mungkin di saat inihati mu sunggih pedih dari luka yg tak di ketahui betapa dalamnya tapi demi adik-adik nas yg istemewa itu, balutlah luka mu dengan kembali kepada yg SATU. Hanya DIA yg lebih mengetahui.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

09 July 2011

July is the best month i ever had :)

8th July. Hr yg cukup istemewa wink! wink!


1. Dapat kunci kete LAncer untuk ku bawa pd waktu singgang hr JUmaat. Thanks Maz dan en. Tarmizi. Sesungguhnya orang yg teraniaya akan mendapat rahmat disebaliknya.

2. Mendapat surat dr phk majikan-membawa berita yg tdk ku sangka. Syukur pd MU ya Alllah dan terima kasih kepada bos kecil dan bos besar atas penghargaan ini :)


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS